Thursday, November 12, 2009

[kEranDa]

:: Sebuah Keranda Kayu ::

Setelah kepenatan aku menghabiskan 2 hari workshop di Cyberjaya, aku pulang ke rumah lalu singgah ke gerai menjual makanan di bawah rumah aku ini ... aku order Kueh Teow goreng telur mata ... aku naik ke atas dahulu sebelum turun semula mengambil makanan ... sejurus selepas itu, aku terus melabuhkan diriku di dalam bilik air ... simbolik ?? ntah ... then, aku menjamu makanan aku di hadapan TV besar GG sambil menukar nukar channel Astro ... tepat sekali, channel 105 cerita paling best ... Sebuah Keranda Kayu ...cerita ini maybe kurang logik tapi aku yakin ianya masih berlaku di kalangan masyarakat kita secara amnya ... sebelum aku proceed, frankly speaking aku tgk cerita ini dari tengah ... mengisahkan seorg tua yg menceraikan isterinya dgn talak 3 lalu menghalau isteri dan anak-anak cacatnya keluar dari rumah itu ... adat cerita melayu mesti ada watak baik dan jahat ... yang lebih sedeh aku rase cerita ini ialah part si lelaki tua itu membunuh anaknya sendiri dgn cara melemaskan mereka walaupun die telah menceraikan isteri tuanya itu ... ini suma angkara hasutan dari isteri mudanya yg hanya inginkan harta si lelaki tua itu ... utk dipendekkan cerita, si isteri muda itu bermain kayu tiga ... dia bomohkan lelaki tua itu ... dh kantoi, die bunuh lelaki tua itu ... akhirnya, isteri muda dan teman lelakinya mati di kubur selepas pengebumian lelaki tua itu ... (nk tau detail tgk sndri la ... astro kan ulang ulang)

pendapat aku ??? hmmm ... sesuatu yg boleh dijadikan iktibar ...
  1. walau kaya mana pun manusia, harta tidak akan di bawa ke kubur.
  2. sifat maaf bermaafan itu harus hadir dari keikhlasan hati seseorang.
  3. tidak usah mengniaya golongan golongan istimewa.
  4. dengan mengingati mati, mendekatkan manusia pada sisi tuhan.
  5. sifat dengki hanyalah perbuatan yg akan dibalas oleh tuhan.
secara peribadinya, itulah iktibar yg aku rase boleh kita dapat dari cerita itu ... ingatlah, tidak semua manusia itu SEMPURNA !! Maafkan Saya !!

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...