Wednesday, June 30, 2010

Ariel & Luna - Gambar Baru Tergempar

Salam Sejahtera ...

Nak tengok gambar Ariel & Luna, ia seperti di atas ini ... semua had umur boleh melihat ... tapi, itu bukan cerita sebenar saya, cerita sebenar saya adalah seperti di bawah ...

Hari ini, saya menghabiskan masa di office selama setengah hari untuk attend training ... during lunch naik masuk office to have some lunch ... rutin biasa, hanya lah sembang sembang kosong utk melegakan minda ... office hari ini agak sibuk sebab masing masing nak siapkan Individual Performance Contract ... saya tidak terkecuali ... itu tanggungjawab ... di dalam sembang sembang itu, terdapat satu berita tergempar yang tidak pernah saya fikirkan akan terjadi ... selepas lunch, saya rasa agak penat memikirkan berita itu ... akibatnya, saya stress ...

apabila saya stress, saya suka melakukan perkara yang diluar jangkaan ... oleh kerana hari ini tidak hujan, saya nekad untuk berjalan kaki pulang dari office ke rumah sewa saya ... dengan berjalan kaki, saya dapat rasakan banyak mata memandang ... ia menjadikan saya kelihatan "HOT & SPICY" ... perjalanan dari office saya di KLCC ke rumah sewa saya di Kampung Baru tidak lah jauh mana ... tapi, saya rasa itu salah satu cara terbaik untuk menghilangkan rasa stress ... saya pun pulang ke rumah mengikut Jalan Yap Kwan Seng dan Jalan Tun Razak ...

perjalanan saya tidak terhenti di rumah saya ... ini kerana pada paginya tadi, saya ke office dengan menaiki kereta ... *kesengalan bermula* ... kereta saya diletakkan di Stesen LRT Kampung Baru ... jadi, saya terpaksa mengambil kereta saya semula di sana ... dengan itu, saya terpaksa melintasi rumah saya dan melambai-lambai tanda sudah sampai dan sambung perjalanan saya ke stesen LRT ... sampai sahaja di kereta, saya sudah berpeluh-peluh ... saya berasa amat "COOL" bila berpeluh-peluh ...

Saya berbangga dengan diri saya kerana berjaya berjalan kaki pulang dari tempat kerja ... saya berazam untuk meneruskan niat saya ini untuk hari mendatang ... TETAPI ... lepas saya fikirkan kembali, jika saya berterusan berjalan kaki, beberapa implikasi akan berlaku seperti di bawah:

  1. Pasti saiz pinggang saya dapat berkurangan sebanyak 1 inci sebulan.
  2. Berat badan saya pasti menurun walaupun secara tidak mendadak.
  3. Pasti saya akan makin fit untuk bermain futsal.
  4. Saya cepat jatuh sakit sebab menghirup pencemaran udara akibat kenderaan di jalan raya.
  5. Tapak kasut kerja saya pasti cepat dahaga.
  6. Bila tadi saya "HOT & SPICY" kemudian saya "COOL", jadi saya kembali neutral.
p/s: penulisan ini agak skema ... saya sedang stress ... perkara pelik akan berlaku ... peace ...

6 comments:

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...