Monday, June 21, 2010

Khasiat Ice Lemon Tea

okeh ... nak cerita skit pasal Teh'O'Ais Limau atau lebih mesra dipanggil ICE LEMON TEA ... pada suatu hari, seorang executive insan yang sedang kelaparan mengajak seorang rakan nya bergegas ke tingkat bawah menara berkembar untuk mencari makanan juga minuman ... untuk pengetahuan anda, di tingkat bawah menara ada Kedai Mesra PETRONAS di situ ... mcm kedai kat stesen minyak ... macam macam ada ... sebelum bergegas turun ke bawah, dengan niat super duper ikhas, insan tadi menanyakan kepada rakan yang lain jika mereka ingin mengirim sesuatu ... lantas ....

"Mil, twister oren satu", tempeliak rakannya ...

kami pon turun ke bawah ... setibanya di tempat kejadian, air twister yang di cari tidak kelihatan ... yang ada cumalah twister apple ... berbekalkan baki kredit yang makin sedikit, die menelefon rakan nya di atas, kerana twister oren tiada ... dicadangkan kepada rakannya untuk mengambil sunskist oren ... rakannya menolak mentah mentah ... dengan itu, rakan dia menjawap di dalam telefon agar memesan ...

"Ko belikan aku teh o ais limau la", pesan beliau ...

Insan tadi pon, dengan telefon masih di telinga, mencari pekerja kedai dan berkata ...

"Kak, teh o ais limau satu bungkus", pesan insan tadi kepada pekerja di situ ...

tiba tiba ... pekerja itu kelihatan amat blur ... kelihatan atau dapat dirasa oleh insan itu bahawa mukanya (muka insan itu) mula bercahaya merah tanda silap ... tidak pernah Kedai Mesra Petronas menjual teh o ais limau bungkus ... termanggu dan terpinga pingga insan tadi ... bila difikirkan sekali lagi ... rakannya tadi memesan Ice Lemon Tea ...*%^$#*& memaki lah si insan tadi tanda kemaluan ... itulah manusia, baru tertukar istilah dari segi penggunaan bahasa telah merumitkan keadaan ... adekah manusia terlalu mengikut kebiasaan ... itulah lumrah kehidupan ... kesalahan yang tidak pernah disangka sangka ... di sini, saya ingin berpesan, walau ape salah pon manusia itu, tidak lari dari sifat baik yang ada di dalam dirinya ... kita sebagai manusia biasa janganlan tersalah nilai akan mereka ... *surely off topic*

2 comments:

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...