Sunday, July 11, 2010

Antara Kasih & Sayang

Salam Satu Malaysia ...

Jam menunjukkan 4:48 minit pagi pada tanggal 11 July 2010. Beberapa jam lagi, akan bergerak ke Kuala Lumpur. Berat rasa hati untuk meninggalkan tanah utara Malaysia. Mungkin, ini kali terakhir menjejakkan kaki di sini. Mungkin ada lagi perjalanan seterusnya ke sini. Mungkin juga tidak.

Dialog 'Ada aku kisah?' menjadi dialog bualan malam-malam hari. Walaupun agak menyakitkan hati, tapi ia bualan kelakar sebelum tidur. Hari-hari aku berada di sini, terasa lebih bermakna. Mungkin kerana tiada komitmen kerja mahupun keserabutan otak. Belajarlah dengan meniarap,merangkak,berdiri,bertatih,berjalan dan berlari. Janganlah kita terus berlari kerana sudah pasti akan jatuh.

Semua ilmu dan pengalaman yang diperoleh tidak ada tolok banding dengan wang ringgit. Ianya lebih bernilai dari sejongkang emas tulen. Disini juga aku menyaksikan keindahan anugerah tuhan. Ciptaan yang cukup indah dan unik. Hampir sempurna.

Hari makin larut, ingin ku habiskan penulisan ini dengan kadar segera. Selamat semuanya.

2 comments:

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...