Sunday, July 25, 2010

Apa RMK-10?

Salam Satu Malaysia ...

Masihkah anda ingat yg aku penah ckp aku pergi ceramah UMNO Jumaat lepas? Roadshow Selamatkan Negeri Selangor Darul Ehsan nama ceramah die. Ceramah yang dijadualkan start pukol 9:30 malam terlewat sedikit. Tapi, aku kagum dengan pihak penganjur sbb dorg mampu selitkan impromptu nye ceramah. Ceramah yang betul patut diberi oleh Datuk Noh Omar. Aku tak tau latar belakang penceramah. Tapi, dorg ade cite and aku tak ingat. Maybe korang leh google sendiri.

Sebelum aku cite pasal ceramah haritu, kalau korang perasan, dah seminggu kat blog aku ade link blog politik. Actually, link tu sume dalam bookmark aku. Tapi, bile asik format laptop link semua hilang. So, xnak kasi hilang, aku add kat blog sendiri. Terpulang pada anda untuk berkata apa pun. Saya tidak kisah sama sekali. Aku pon bukan jenis ikut gila gila politik ini semua. Tapi kekadang tu berminat nk tau ape lagi ape lagi ape lagi. Kata gen-Y kan.

Nih first time aku gi ceramah politik selepas disekolahkan semasa berada di Kedah beberapa minggu yang lepas. Ha ha ha. (mekaseh kat penceramah aku aritu). Hurm. Aku tak tahu sangat ape objektif ceramah tu sampailah die edarkan bende-bende seperti di bawah. Isu utama yang die nak bagitahu ialah PASIR. Isu pasir nih aku tak alert sangat actually sampai lah aku usha sendiri kat internet dan lain-lain sumber. Aku agak terkejut pada awalnya sebab terjadi kat negeri kelahiran aku sendiri (ayat mcm geli geli jek). So, aku mule start lebih berminat dengan politk sejak itu. Tapi, aku tak hardcore ok. Aku just baca and tutup. Tu jek.

Tapi, dalam banyak risalah yang dorang kasi, aku tertarik dengan satu booklet nih. Tajuk booklet nih "Wah! 10". Perdana Menteri Malaysia berkata dalam ucapan beliau membentangkan usul tentang RMK 10 di Dewan Rakyat pada 10 Jun 2010 jam 1130 pagi, ...

"Bahawa dalam meluluskan RMK-10, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu-padu dengan semangat '1 Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan' dan mempunyai iltizam yang teguh bagi melaksanakan tanggungjawab yang murni untuk menjayakan pelan transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi dan maju."

Aku mula tertarik apakah 10 idea utama yang diusulkan. Aku yakin, akhbar tempatan lain sudah mula melaporkan benda nih lama dlu. Aku just pemalas and malas nak amik tau time tu. So, bile aku bace balik 10 idea utama (seperti kat bawah nih), aku rasa terharu dan bangga dengan level of thinking pemimpin yang ade. Actually, since aku dh mule menjauhi engineering, aku mule berminat untuk try area "strategic planning". Menggunakan akal fikiran. Btw, 10 idea utama tu ...
  1. Ekonomi dipacu oleh faktor dalam negara di samping mengambil kira persekitaran luar negara.
  2. Memanfaatkan kepelbagaian etnik untuk mencapai kejayaan di arena antarabangsa.
  3. Transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi menerusi pengkhususan.
  4. Menjayakan pertumbuhan yang diterajui oleh produktiviti dan inovasi.
  5. Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan cemerlang.
  6. Memastikan peluang sama rata dan melindungi golongan yang mudah terjejas.
  7. Pertumbuhan bertumpu, pembanggunan inklusif.
  8. Menyokong perkongsian pintar berkesan.
  9. Menghargai khazanan alam sekitar.
  10. Kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing.
Ok. Aku memang tak tahu cmne nk eloborate bende tu semua. Aku memang tak capable utk cerita in detail bende tu semua. Tapi, aku yakin, kita sebagai rakyat Malaysia perlu tahu or at least aware dengan bende tu semua. Especially to all candidates yang nak gi interview. Mana tau kot kot interviewer tanya soklan cmtu. So what are you waiting for? Google for more ...

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...