Monday, July 19, 2010

Friendship @ Friendshit

Salam Satu Malaysia ...

Nota Tangan: Entri ini mungkin panjan tapi saya rasa berguna.

Selamat malam semua. Berlatarbelakangkan alunan muzik Hotel California dendangan kumpulan Eagles, saya rasa terpanggil untuk menyuarakan pendapat dan luahan hati saya. Seperti yang pernah saya katakan pada entri sebelum-sebelum ini, Tentuluran[Dot]Com merupakan rakan baik saya untuk saya bercerita. Walaupun ia bukan benda hidup, namun ia lebih berharga dari apa yang saya sudah miliki setakat ini.

Perjalanan hidup seorang manusia dicorakkan oleh kedua ibubapanya. Semua orang tahu bahawa bayi yang baru dilahirkan merupakan sehelai kain putih. Ibubapalah yang mencorak kain tersebut untuk mendapatkan corak terbaik. Perjalanan hidup manusia tidak seperti yang dipinta atau dirancang oleh manusia itu. Ia merupakan lebih kepada pengalaman hidup yang bermakna untuk menempuh hari muka. Itulah realiti kehidupan dari sudut pandang saya. Setiap perilaku manusia, pasti mempunyai sebab dan akibat. Kita mungkin tidak tahu atau sedari apakah muslihat di sebalik setiap tindakan manusia. Hanya dia seorang yang tahu akan tindakan yang dia lakukan. Kita sebagai manusia biasa tiada hak untuk melarang atau menghentikan tindakan mereka melainkan ia betul-betul tindakah yang salah. Persoalan di sini, siapakah kita untuk menghukum tindakan seseorang?

Manusia merupakan insan yang mempunyai perasaan. Ada hati. Ada fikiran. Ada segalanya. Manusia merupakan makhluk tuhan yang terbaik yang dikurniakan akal dan fikiran. Tapi, sejauh manakah manusia mampu menggunakan kebijaksaaan mereka dalam mengaplikasikan kepada cara hidup? Berapa ramai manusia yang ditindas akibat kepandaian manusia lain? Mengapa manusia bersikap sedemikian? Saya tidak akan menjawab segala persoalan di sini, kerana saya sendiri tidak mahir di dalam isu ini. Saya hanya rasa terpanggil untuk menyampaikan apa yang tersirat di hati ini. Lumrahnya, manusia akan berfikir sekali untuk menentukan sama ada keputusan yang dibuatnya itu tepat dan memuaskan hati. Kebiasaannya, meletakkan keutamaan di dalam membuat keputusan dapat menghasilkan keputusan yang tepat untuk individu tersebut. Tapi, sejauh manakah ia sesuai untuk diadaptasikan kepada masyarakat? Saya setuju kita tidak dapat memuaskah hati semua orang. Seperti mana saya katakan tadi, manusia itu tidak "rigid".

Cara saya mudah. Cuba kita letakkan diri kita di tempat orang tersebut. Bukan senang untuk memberi contoh kerana mungkin ada yang tersasa. Tapi, di sini saya ingin tekankan bahawa penulisan saya tidak ada kena mengena dengan situasi sebenar. Saya hanya ingin menyampaikan pendapat saya. Saya akan kemukakan contoh untuk anda fahami apa yang tersirat di dalam sanubari saya. Hurm..jujur saya katakan, saya susah untuk memberi contoh sekarang. Tapi saya akan cuba. Mungkin contoh saya bukan terbaik tapi saya rasa sesuatu yang berguna untuk difikirkan bersama. Contoh termudah bagi saya ialah "persahabatan". Konteks persahabatan amat luas dan kalau dihujah boleh sampai ke anak cucu. Secara jujurnya di sini saya katakan, saya lebih hargai persahabatan dari percintaan. Jika diberi keduanya, saya lebih utamakan persabahatan. Sebelum itu, biar saya jelaskan di sini. Kita cuba keluarkan konteks kekeluargaan untuk membicarakan isu ini.

Persahabatan bagi saya sesuatu yang ikhlas, jujur, amanah dan kerjasama. Itu takrifan mudah erti persahabatan bagi saya. Kita tidak tahu bila kita akan susah. Bila kita akan senang. Kita juga tidak tahu bila kita mati. Kita juga tidak tahu, bila sahabat kita meninggalkan kita. Semua persoalan itu mempunyai satu tanda soal yang besar pengertiannya. Sepanjang 24 tahun saya hidup di muka bumi tuhan ini, banyak telah saya pelajari untuk konteks persahabatan. Kita mungkin tidak sedar betapa besarnya erti persahabatan. Kita juga tidak sedar bahawa kita sedang mengikat tali persahabatan. Kita juga tidak sedar bahawa kita sedang meleraikan tali persahabatan. Ia merupakan perhubungan dua hala. Kita akan sedar apabila kita mula kehilangannya. Kita mula sedar apabila kita mula menjauhinya. Kita akan sedar apabila kita mula susah. Saya tertarik dengan pendapat beberapa rakan/sahabat saya pada hari ini. Tapi, itulah realiti kehidupan. Tidak semuanya indah.

Secara peribadinya, saya sendiri pernah merasai erti persahabatan yang tidak jujur. Erti persahabtan yang tidak ikhlas. Ia lebih perit apabila kita tahu kejadian sebenar bukan dari sahabat (dalam konteks ini dia sudah jatuh tahap rakan) itu sendiri. Kekecewaan itu tidak dapat disembunyikan. Ya, mungkin boleh disembunyikan dengan menghamburkan senyuman. Tapi, hakikatnya, di dalam hati dan mata kita, bolehkah ia disembunyikan? Mungkin saya telah terlalu bersikan emosional di dalam penulisan ini. Tapi, sebelum saya berundur, ingin saya pesan kepada manusia-manusia di luar sana. Ingatlah bahawa, apa yang anda lakukan mempunyai akibat dan sebab tersendiri. Ingatlah, kita sesama manusia tidak akan mencapai kesempurnaan di dalam hidup. Ingatlah, di dunia ia lebih merupakan simbiosis. Ingatlah, perasaan orang lain juga harus dijaga. Nescaya, kehidupan kita akan lebih aman, tenteram dan dirahmati.

p/s:
saya ingin meminta maaf kepada semua rakan-rakan / sahabat-sahabat saya jika saya pernah melakukan kesalahan dan membuat anda semua tidak senang hati.

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...