Saturday, July 10, 2010

Guar Cempedak Episod 1

Salam Satu Malaysia ...

Hari ini tanggal 10 July, usiaku makin meningkat kepada 24 tahun 3 bulan 2 minggu. Satu lembaran kehidupan baru telah tercalit dalam misi pengembaraan aku ke utara tanah air. Misi yang pada awalnya tiada arah tujuan, kini ia menjadi sesuatu yang bermakna. Sebagai manusia, kita sering terdedah dengan sikap prejudis dan skeptikal terhadap manusia lain di persekitaran kita. Jika diteliti, sudah pasti terdapat sebab dan akibat atas tindak tanduk manusia bersikap sedemikian. Setakat hari ini, sudah 3 hari 2 malam aku di bumi Kedah. Pada entri kali ini, aku hanya akan meceritakan secalit pengalaman aku semasa berada di sini. Akan aku pecahkan pengalaman aku ini kepada 4 bahagian.

Sebelum aku memulakan penceritaan aku, ingin aku hamburkan sekalung penghargaan aku kepada Mohd Najwadi kerana bantuan dan kemudahan yang disediakan atas dasar tetamu. Walaupun beliau sering memangkah aku (harap harap tidak..hehehe), banyak pengalaman aku peroleh di sini. Sehari demi sehari, banyak ilmu yang aku perolehi. Berbanding kehidupan di kota yang penuh dengan ranjau, keseronokan, tindas menindas dan lain-lain lagi. Walaupun dalam tempoh masa yang singkat, aku dapat rasakan sesuatu yang berlainan semasa berada di sini. Tidak perlu mempunyai banggunan tinggi, kawasan 100% berhawa dingin, panggung wayang dan lain-lain lagi. Ia hanya memerlukan sesuatu yang mudah diiringi kekuatan hati.

Terlalu sukar untuk digambarkan dengan kata-kata setakat ini. Begitu sukar untuk aku menulis di sini agar dapat dikongsi dengan rakan-rakan pembaca. Mungkin pengalaman ini lebih sesuai diceritkan secara lisan. Aku yakin rakan-rakan aku di Kuala Lumpur dan Klang pasti terharu dan terkejut dengan penemuan dan pengalaman aku sepanjang berada di sini. Sekelumit tulisan tidak dapat meleraikan segala pengalaman di sini. Ia tidak lebih dari seperti memberi isi-isi penting agar pembaca dapat menyelami pengalaman yang sama apabila tiba masanya kelak.

Kepada rakan-rakan yang teleh aku letakkan janji untuk menemani semua bagi menyaksikan perlawanan bola sepak antara Selangor dan Kelantan, aku menyusun 10 jari kerana tidak berjaya menuruti janji tersebut. Aku seolah-olah perlukan lebih masa untuk aku leraikan apa yang telah tersimpul dan sambungkan semula apa yang telah terlerai dengan corak yang lebih manis dipandang mata. Esok, aku akan memulakan perjalanan pulang semula ke Kuala Lumpur. Sesungguhnya, pengalaman aku setakat detik ini (3 hari 2 malam) akan aku lengkapkan esok untuk menjadikan ia cukup 4 hari 3 malam dan secara tidak langsung menyemarakkan api kehidupan aku dengan cahaya suci agar dapat aku teruskan perjalanan hidup ini dengan lebih sempurna. Akhir kata, sekali lagi aku ingin ucapkan terima kasih kepada Mohd Najwadi sekeluarga.

Nantikan sambungan coretan ini pada bahagian 2, 3 & 4 ...

5 comments:

  1. [[[aiR_LonGan]]]July 11, 2010 at 2:35 AM

    jamel, aku terber*k sik bace post ni.. sebab dah berdekad2 tak bace novel cinta kan.. ko ade bakat jadi penulis novel cinta seyyhhh.. haha..=p

    ReplyDelete
  2. din: aku tak gi stadium ...

    awang: manusia mempunyai persepsi berbeza ... pelbagai sudut perlu diambil kira ... bukan hanya dari satu sudut pandang ...

    ReplyDelete
  3. H: weh, ko g kdh kt mne?
    J: bce ar blog aku
    H: weh, best x g kdh?
    J: bce ar blog aku

    isk3, kembalilah ke alam nyata wahai housemate..hahahaha

    ReplyDelete
  4. anep: aku malaih bukak mulut ... satgi kena pangkah ... so, ang baca sudah ... mgu pan nak mai kedah agi :) ... hahahah ...

    ReplyDelete

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...