Tuesday, July 27, 2010

Jika Aku Tahu Esok Matiku

Salam Satu Malaysia ...



Petang nih aku balik awal sebab keadaan diri yang kurang sihat. Aku online just untuk membaca blog-blog lain. Sedang aku blogwalking, aku jumpe satu blog nih. Die ade lagu Ramli Sarip bertajuk Andai Ku Tahu. Diadaptasi dari lagu Indonesia. Tapi, bukan lagu yang menjadi isu aku kali nih. Bila aku dengar lagu tu, aku teringat pulak perbincangan aku kat office tadi. Sedang kiteorang berbincang, perbincangan terhenti seketika. Amalia, officemate aku tiba-tiba secara tak semena-mena cakap, "Aku taknak mati lagi. Aku masih nak puasa lagi".


Terkejut lah masing-masing... Atas penjelasan apa yang aku pun tak berapa ingat, ade sebab kenapa dia cakap cmtu. Aku takleh recall balik sebab ape. Tapi, seriusly aku cuak gak time tu. Bile tgk video clip nih, rasa insaf pon ada. Takut pon ade. Dah bersediakah kita nak hadapi semua ini ? Cukup sudah ke amalan kita ? Banyak soalan yang masih menjadi tanda tanya. Yang pasti, ia tidak akan terlewat atau tercepat walau sesaat.

Aku takderlah nk cakap aku nih baik. Aku akui mmg aku tak baik mana pon. Aku jugak mengaku aku tak jahat mana pon. Nakal sikit tu mungkin ada lah. Tapi, bila kita sentiasa teringat benda-benda macam nih, mungkin akan timbul rasa insaf sedikit demi sedikit. Betul cakap rakanku dulu, kalau kita susah nak buat secara mendadak sebab takut konon-konon hati cakap perbuatan kita tak ikhlas, dia jawab balik, baik buat macam tu sbb lama-lama mungkin keikhlasan tu datang. Itu lebih elok dari tak buat langsung.

p/s:
aku pesan yang baik untuk diri aku sendiri dan juga rakan pembaca. Yang tak elok tu jangan la ikut.

6 comments:

  1. saya suke entry camni. Boleh buat sy teringat balek yang sy kene banyak buat amal. :)

    ReplyDelete
  2. Maryam: OMG!! Nama kamu tak ubah macam nama course mate saya kat UTP dlu ... same pronunciation ... thx nway ...

    ReplyDelete
  3. Mengingati mati itu hukumnya sunat..

    ReplyDelete
  4. ko ingat aku ek jamel~ :P

    anyway,
    "kulli nafsin zaiqatul mauts"
    setiap yang bernyawa, mendekati mati? (klo xsilap ingat aku la maksud die)

    thx for the reminder! :)

    ReplyDelete
  5. anif: thx bro .. :)

    amalia: tq for the info :)

    rammyd: baeik :)

    ReplyDelete

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...