Thursday, July 1, 2010

5 Misi Mustahil !!!

Salam Satu Malaysia ....

Lepas jek short meeting dgn satu company nih utk promote barang die, aku terus gerak lunch dalam pukol 12:30 ... bukan niat untuk keluar awal atau pun ape, aku just nak ke Ibu Pejabat Polis Trafik kat Jalan HS Lee ... nak bayar saman yang tertunggak ... RM100 gak melayang mcm tu ... itu value selepas diskaun ... adeh ... dalam perjalanan tu (naik LRT jek) aku terperasan Stesen Bas Klang (yg dkt dengan Pasar Seni ... xtau nape panggil Stesen Bas Klang) ... banyak kenangan dengan Stesen Bas nih ... dengan itu, terlintas kat fikiran aku untuk membuat wishlist ... ade 5 kesemuanya ...

PERTAMA:
Aku ingin naik Komuter dari KL Sentral ke Klang ... kali terakhir aku naik public transport nih few years back (4 tahun lepas kot) ... dulu before naik Komuter dari KL Sentral, aku akan lalu kat Stesen Bas tu ... aku akan naik LRT di Pasar Seni untuk menuju ke KL Sentral ... classic kot kalau aku nak naik sekarang ...

*Komuter KTMB*

KEDUA:
Masih dengan Komuter ... aku ingin naik Komuter dari KL Sentral ke Seremban ... since aku start keje kat KL aku mempunyai cita-cita ini ... tapi, hampir setahun setengah aku berkhidmat dengan syarikat ini, aku masih belum mampu melunaskan cita-cita aku ...

KETIGA:
Jika dulu, dari sekolah asrama di Kedah, bas ekspres yang aku naiki akan berhenti di Puduraya ... dari Puduraya tu, aku lalu area Petaling Street untuk menuju ke Stesen Bas Klang untuk menaiki bas menuju ke Klang ... sekarang, aku ingin mengulanginya sekali lagi ... setelah hampir 7 tahun aku tidak naik bas dari Stesen Bas Klang ...

*Bus Stand Klang - Pasar Seni*

KEEMPAT:
Jika dulu aku bersekolah di Kedah selama 2 tahun, hanya sekali sahaja aku tidur di rumah kawan ... aku rasa patutnya aku perlu lebih lama rasai suasana di Kedah ... kali terakhir aku jejakkan kaki di Kedah (bukan Langkawi) ialah pada tahun 2007 ... itupun sebab mahu menyaksikan bola antara Kedah vs. Selangor ... sudah lama aku menyimpan hajat untuk ke Kedah semula ... tapi, beberapa bulan yang lepas, aku hanya mampu sampai ke Pulau Pinang ...

*Negeri Jelapang Padi*

KELIMA:
Sudah terlalu ramai menegur aku akan bentuk badan aku yang makin "membesar" ... aku admit aku makin "membesar" ... seriously ... mmg aku sendiri berasa tidak selesa ... bukan tidak selesa pabila orang berkata ... tapi, aku tidak selesa dengan saiz badan aku tapi aku bersyukur kerana limpah kurnia rezeki-Nya ... tapi, demi kesihatan, aku berazam untuk "mengecilkan" badan aku ... senang jugak untuk aku bersukan di hari muka ...

Kesemua azam ini akan aku cuba lunaskan dalam tempoh masa 3 bulan ini ... aku memerlukan sokongan rakan-rakan dan semua bagi menjayakan misi hampir mustahil ini ... terima kasih ...

p/s: lagu background ialah Ari Lasso & Bunga Cinta Lestari - Aku dan Dirimu

10 comments:

  1. kenapa kate misi mustahil? insya-Allah, boleh je kalau nak penuhkan wishlist ni :D

    ReplyDelete
  2. wow ... thx Amanina ... ha ha ha ... berusehe ... !!!!

    ReplyDelete
  3. wishlist org dah bekerja. laen dari yg laen .hihi

    ReplyDelete
  4. Nabila: you are so right :P

    ReplyDelete
  5. ape yg best nye derrr ?? hahaha

    ReplyDelete

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...