Monday, July 26, 2010

Virus Cinta Masuk Hidung

Salam Satu Malaysia ...

Monday Blues??~~Aiyakk..Hari nih tader istilah Monday Blues untuk aku. Aku memulakan kerja dengan tekun sekali kerana hari ini hari Isnin. Poyo tak hengat. Semalam around 12 malam dh masuk tidor dah. Pusing kiri. Pusing kanan. Pusing depan. Pusing belakang. Xdapat tidur gak. Inilah masalah aku dari dlu. Kalau selsema jek ssh nak tidur. Cuba mencuba sampai lah around 1:30 tak tidur tidur gak. Ape lah nasib. Tau tau jek dah tertidur. Tu pon terjaga banyak kali. Hidung amat tak selesa. Ini semua rezeki.

So, datang office tadi kepala berat jek. Malas nk masuk pon ade. Tapi demi tanggungjawab ke atas negara dan rakyat Malaysia (ayat poyo) aku gagahkan diri gak datang office. Hingus kat hidung nk keluar je kene tarik balik. Tapi, kekadang best sbb bile kite selsema orang takut skit ng kite. Takut berjangkit. Xtau aku dpt selsema nih dari siapa. Tapi, feel gak kekadang. Bukan selalu kene kan. Dulu time org kene selsema ke demam kat office aku salu gurau ckp, jgn MC, kasi skit kat aku. Skang dh kene batang hidung sendri baru tau.

Attend section meeting pagi dengan hidung dh mcm badut. Bile duduk static je leh feel hingus nk keluar. Gile style. Aku suke time tu. *Suke main hingus time tu*. Kah kah kah. Tapi, yg tak feel bile nk tarik balik. Over tarik nnt msuk tekak. Tu tak best tu. Ape nye entri la. Pasal hingus pon nk gadoh kan. Initially, mmg plan nk gi klinik pas meeting tapi tak jadi. Rugi la tak gi klinik kan sebab company dh cover. Padahal selsema jek pon.

Petang tu, takleh tahan dah. Serius aku dh tak leh tahan. Bagi menjalankan tanggungjawab di office, xnak lebih ramai org berjangkit, aku pon gi la klinik kat KLCC level 4 tu. Doktor Gopi nama dia. Dia pakai iPhone 3GS. Siap ada pakai anting-anting silver lagi. Time aku masuk tu, die tanye nape. "Doc, selsema and tekak ada kahak"

Die check kat telinga. Ok. Tak demam. Die suruh bukak mulut luas-luas, check dlm. Die ckp, "Ouch, tekak u dh luka". Ok. Nih kali kedua dh doktor ckp tekak aku luka. Dulu ade skali die kasi ubat, aku tak makan pon ubat tu. Kali nih die kasi gak ubat utk tekak tu. Patut la aku rase tekak aku pedih semacam jek. Pagi-pagi takleh nk cakap ar, kahak melambak kat tekak. Sebab tu aku tak suke karok. Aku mempunyai masalah suara rupanya (alasan). Pasnih kena makan ubat yang aku tak tau nk makan cmna. Aku tak suka makan ubat. Tak suka. Tak suka. Ha ha ha.

Settle jumpa, terus sign bill. Bukan bill aku pon sbb bukan aku bayar. Usha skali lalu RM145. Ok. Bak kata osmet aku kalau bill klinik KLCC less than RM150 kira murah lagi tu. So, aku bajet murah je la tuh. Ha ha ha. Memang la rasa murah sebab bukan kau yang bayar kan. Manusia manusia. So, lepas nih nak makan ubat. Xmau skip ubat lagi. Kalau tak suara aku tak keluar nnt lagi susah. Kat sini, aku nak berpesan, kalau anda sakit ke ape ke, pergi la jumpa doktor sebab kita tak tahu apa lagi sakit kita. Mungkin tu just indicator dari tuhan untuk kita lebih menghargai kesihatan kita. Bye.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...