Sunday, August 8, 2010

Gambar Mawi Tak Senonoh

Salam Satu Malaysia ...

Asmawi Ani? Siapa je tak kenal mamat nih. Raja SMS satu ketika dlu. Skang jutawan. Sapa sangka DJ pasar raya boleh berubah nasib serta merta. Bukan ikut MLM pon. Sejak jadi juara Akademi Fantasia musim ke-3, nasib beliau berubah sekelip mata. Kahwin pon dengan Ekin. Boleh tahan lawa. Kaki pon panjang. Pakai tudung lagi. Itulah serba sedikit pasal Mawi.

Tapi, dalam setandan pisang tak semuanya yang baik. Dalam sepelatun askar tak semuanya baik. Dalam semua highway tak semuanya tak jammed. Itulah perumpamaan yang aku ingin sampaikan. Sebab nila setitik rosak susu sebelanga. Itulah dia. Sebab satu perangai tak elok, satu Malaysia kecoh nanti pasal si Mawi. MAWI PERANGAI TAK SENONOH.......

Pada tanggal 1 Ogos, aku didatangi MMS masuk ke dalam Nokia E71 (nak beli BB or iPhone xmampu). Gambar Mawi yang tak senonoh. Ingatkan sakit. Rupanya tak senonoh betul dia. Tidur macam ape tah. Kalah tuan dia. Haish. Inilah Mawi yang aku maksudkan. Mawi si kucing bukan manusia. Bukan Asmawi Ani ok. Intro tu propa jek lebih.

Tiba-tiba teringat kat Mawi menjilat kaki. Tiba-tiba merindui Mawi tidur sekali. Tiba-tiba....jeng jeng jeng...semuanya nak tiba-tiba plak apesal. Cool sudeyh. Ok Mawi, see you soon. He he he.

6 comments:

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...