Thursday, August 26, 2010

Hakim pun ada Istana ?

Salam Satu Malaysia ...

Datang kerja dengan perasaan amat mengantuk selepas penat berfutsal malam semalamnya itu. Rasa nak tidor je kat office tu. Sampai tengah hari still boleh tahan. Lepas tengah hari, otak dah jammed. Memang takleh fokus lantas terus aku buat perkara bukan-bukan. *off topic*

Nak cerita skit pasal tadi lepas balik kerja, aku ng housemate aku (Hanif) plan nak photo outing kat Putrajaya. Dalam keadaan kepala pusing drive terus ke Putrajaya. Jalan jammed cm biasa la. Kura-kura gerak lagi laju. Actually, tade ape-ape plan pon nak gi sana. Sampai sana around 6 petang. Terus drop by kat Masjid Besi tu then sambung lagi jalan nak cari spot menarik. Tak jumpa pon sebenarnya. End up singgah Bazar Ramadhan Presint 2 beli makanan utk berbuka. Ini kali pertama aku turun bazar sejak 1st day puasa. Besar gila bazar.

Lepas je kat bazar, terus gerak ke Istana Kehakiman demi merealisasikan impian Photo Outing di Putrajaya. Ape nye semangat la kan. Nak kata power, sah-sah tak power la kan nak amik gambar tu gambar nih. Actually, aku tertarik kat area sini since aritu masa berbuka di Pullman Hotel ada lalu area situ. Kagum dengan seni dan keunikan bandar terancang. He he he. So, singgah jap nak snap beberapa photo. Seriously, aku memang kagum dengan cara bandar ini dibangunkan. Kalau korang jalan kat jalan sini, rase semacam jek. Kagum gile kot. Tak tau lah kalau orang lain. Bagi aku ini pencapaian Malaysia yang significant. Pergh. Semangat Kemerdekaan la plak.

Dalam sibuk-sibuk duk amik gambar tu, tak sedar plak timing dh over due. Gerak balik time tu dh nk dekat pukol 7:15 dah. Ingat nak carik R&R kat MEX Highway, tapi mcm biasalah, salah jalan masuk PLUS highway plak. So, keputusannya, berbuka di dalam kereta. Gila sedih. First time buka kat dalam kereta plak tu. Adoi. Member aku sorg nih boleh lak bantai chicken chop die beli kat bazar kat sebelah aku time aku drive. Terliur jek. Ha ha ha. Anyway, good try la kot utk first expedisi nih walaupu tak power.

Bagaimana dengan esok ???

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...