Friday, August 27, 2010

Kekuatan Hidup

Salam Satu Malaysia ...

Lama dah aku tak utarakan pendapat aku sendiri berdasarkan pemerhatian dan pengalaman. Dalam kan maksud dia? Yaaaa. Kali ini aku nak discuss atau memberi pendapat mengenai satu peribahasa Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".

Kalau dari maksud asal peribahasa ini, ia membawa maksud mudah ialah JANGAN TAMAK. Itu dari segi satu konteks. Konteks lain membawa maksud apa yang kita dah ada kita tak pernah puas dan kita inginkan lebih. Tapi, akhirnya kita tidak dapat pon yang lebih tu, pada masa yang sama kita terlepas apa yang kita dah ada.

Jadi, di sini aku nak bagi lah contoh sebenar yang pernah terjadi kat aku few years back and yet same thing almost happen again. I repeat, again. Kalau dulu, aku set priority apa aku nak buat, siapa aku nak jumpa, apa aku nak beli, exam nak score paper mana. Semua ada priority. Lagi tinggi priority dia, lagi struggle aku usaha walaupun aku tau end up tak berbaloi pon. So, bila aku fokus on the highest priority, aku hilang all the lowest priority. So, conclusion dia, apa aku kejar yang mana aku dah set TOP PRIORITY tapi aku tak dapat sebenarnya and at the same time aku hilang LOWEST PRIORITY.

Ok !! Aku admit korang tak dapat tau cerita sebenar. Biarlah aku sorang je yang tahu sebab ia seolah-olah menggambarkan kelemahan aku. Aku tak suka tunjuk weaknesses aku. Tapi, aku punya strength lah yang menjadi weaknesses terbesar aku. Pernahkah anda terfikir diri anda jahat? Pernahkah anda terfikir diri anda baik? Salahkah anda berlaku baik? Mungkin benar juga peribahasa Melayu yang lain, "Buat Baik Berpada-Pada, Buat Jahat Jangan Sekali". Yaa. Kebaikan kita patutnya ada limit. But the weaknesses aku ada, aku susah cakap TIDAK. So, aku hanya akan YAAAA kan sahaja. Dalam erti kata lain, aku sukar utk menidakkan keadaan. Tapi, kalau once aku dah bersikap kejam, atau aku dah mula bersikap tawar hati, mungkin akulah manusia paling jahat. Hope that is totally wrong !!!

Di kesempatan ini, aku nak berpesan lah jugak pada pembaca. Hargailah apa yang ada di depan mata. Jangan lah terlalu mengejar kesempurnaan. Kita tidak tahu apa menunggu kita di hari muka. Kita tidak tahu apa orang mampu buat pada kita. Tidak salah menjadi baik tetapi, utamakanlah diri sendiri dahulu sebelum orang lain. Hidup adalah simbiosis. Orang akan gunakan kita untuk meneruskan kehidupan. Ok!! Bukan semua macam ini. Segelintir sahaja.

So, sentiasa berwaspada. Jangan "Dikejar Tak Dapat, Dikendong Berciciran". Peace no war~

3 comments:

  1. nak like bole x?

    betol.jgn sampai kite menyesal nant.ms tu dah xda guna dah

    ReplyDelete
  2. Dalam hidup.. Kelemahan akan sentiasa dieksploitasi.

    Samada kita mengeksploitasi ataupun kita dieksploitasi..

    Apa-apa pun gunakan peluang sebaik-baiknya untuk tujuan kebaikan.

    ReplyDelete
  3. ayin: xde icon like :( ... tp noted ur point ...

    anif: betul tu..couldn't agree with u more :)

    ReplyDelete

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...