Monday, August 23, 2010

Motivasi Dinding

Salam Satu Malaysia ...

Di kala kebosanan selepas balik kerja, walaupun hanya berbaki 45 minit sebelum waktu berbuka, gambar diambil tanpa mengira waktu dan siapa menjadi mangsa. Setiap objek mempunyai maksud tersirat yang mungkin kita boleh rungkaikan. Perghhh. Intro dh macam A Samad Said. Kepala dah makin botak bila fikir office. Yes, work will never have its ends. They will never end. Never ending story I would say.

Tiba-tiba lak aku nak ulas pasal kehidupan. Pernah dgr org cakap, muka tembok? Sama lah macam muka tak tau malu. Itu bukan isu, sebab itu peribahasa yg dah lama guna sejak lama dlu. Jalan jangan pandang belakang. Aku tak setuju. Kalau tak pandang belakang, kita tak igt apa salah kita dah lakukan. Kita tak boleh bangga dengan kejayaan kita yang lalu. Jalan jangan sampai jumpa dinding. Samalah macam kehidupan, bila jumpa dinding ibarat ada satu masalah yang besar gila sebab takut dinding tu takleh nak roboh. So, easy conclusion is our life ends here. The truth is, no it won't.

Bagi aku, kita perlu jumpa dinding. Dengan takrifan lain, dinding itu hanya utk sekejap sahaja. Mungkin sebagai check point utk kita berfikir sejenak. Untuk kita merenung kembali. Untuk kita kembali merancang. Sapa kata dinding takleh tembus. Pernah tgk Prison Break? Mcm mana Michael Scofield pecah dinding guna pemukul telur ja. Nothing impossible (tag line Adidas). So, dinding itu bukan satu pengakhiran.

Dinding juga bukan satu tempat yang seronok. Cantik dinding tu kalau kita pandang dia ada siap dengan graviti bagai. Tapi, x semua ada skills melukis cmtu. Kalau dinding kita pandang tu plain ja, cmna? Huh. So, setiap insan ada kreativiti. Adaptasi dari kebolehan masing-masing untuk mencapai satu standard yang diri kita sendiri tetapkan. Apa kisah pasal orang? Orang tak pernah pon kisah pasal kita. Yang penting, jangan terlalu memikirkan yang bukan-bukan. Sentiasa positif dalam kehidupan.

p/s: dh macam pakar motivasi plak aku

4 comments:

  1. setiap masalah jg adalah motivasi utk kita bangun kot..

    ReplyDelete
  2. tulah.maca pakar motivasi pulak (- -")

    ReplyDelete
  3. yenyen: itulah ... keh keh keh ... :D

    ReplyDelete

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...