Monday, August 30, 2010

Seharian di office ...

Salam Satu Malaysia ...

Bebekalkan tidur yang kurang cukup gara-gara menonton perlawanan tak best Real Madrid vs Real Mallorca, aku gagahkan diri gak masuk office. Laptop dibuka, plug dipasang, suis ditekan. Bermulalah rutin aku seharian di office seperti hari-hari sebelum ini. Laci dibuka mencari tie yang bersesuaian dengan warna baju. Sebab hari ini aku pakai baju putih, warna apa pon tetap sesuai. Laptop di login, gtalk di sign in, facebook dibuka. Selesai semua itu, barulah aku mula sign in kepada outlook aku.

Oh tidak!! Hari ini tidak seperti hari-hari lain. E-mail semalam dan awal pagi tadi telah masuk sebelum jam 8 pagi. E-mail daripada Skill Group Advisor aku dah lama menyinggah di outlook aku since malam semalam. Dibaca dengan teliti, aku siapkan ia sepantas yang boleh. Aku tidak perasan dia sudah masuk office. Setahu aku dia bercuti hari ini. Datanglah dia ke tempat aku sambil meminta apa yang dipesannya semalam. Aku dah siapkan before 8:30 pagi lagi. Sebenarnya, thumb drive diberi untuk aku lakukan sesuatu. Aku rela. Itu tanggungjawabku.

E-mail kedua yang masuk sebelum jam 8 pagi datangnya dari Kerteh. Ia mengenai proposal yang aku submit last 2 weeks. Proposal aku diterima 75% sahaja. Aku estimate lebih rendah dari apa yang dikehendaki olehnya. Sebab budget cutting skang, aku taknak proposal aku direject sbab cost yg bukan-bukan. Aku try justify kenapa aku buat cmtu. Tapi takper sbb proposal kene lebih, sbb sure kene potong gak nanti. Aku revise balik proposal aku and seek for approval. Hopefully, Skill Group Advisor aku dapat present proposal aku kepada pihak di Kerteh by next week.

Aku meneruskan tanggungjawabku lagi dengan cuba menyiapkan kertas kerja untuk projek yang bernilai 200k. Learning module development. Kalau dalam KPI aku kene deliver 3 modules, tapi dalam kertas kerja tu, dh boleh include 5 modules since budget still within the limit and we have the capacity. All those modules kene roll-out by December 2010. Aku tak sure dapat meet deadline nih ke tak. Since baru 50% dari part aku baru siap. Aku takut sangkut dalam justify kertas kerja aku tu. Tapi takpe, kita buat sebaik mungkin.

Itulah serba sedikit kerja aku di pejabat. Hari ini, walaupun aku agak mamai, mengulang lagu Hotel Calirfornia dari pagi sampai petang. Aku masih mampu melakukan kerja aku. Aku agak relax and enjoy buat proposal and all those things yg liaise with high level of management. Tak lupa gak, tadi time lunch aku sempat gak gi post office utk menghantar pesanan parcel terakhir aku pada bulan Ramadhan ini. Sebelum balik kerja, aku mendapat lagi sedikit hasil kutipan jualan kuih raya aku. Mungkin inilah rezeki. Walaupun tidak banyak seperti berniaga besar lain, tapi syukur dengan apa yang ada. Semoga esok Hari Kemerdekaan Malaysia ke-53 akan membuat aku makin maju dan maju.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...