Monday, September 20, 2010

STARians Beraya !!!!

Salam Satu Malaysia ...

Sudah lama tak update ini blog. Rasanya, entri paling sikit untuk tahun nih bagi bulan nih. Actually, banyak je berlaku lately untuk membolehkan blog ini diupdate. Tapi macam biasa, kemalasan melampau macam garfield membantutkan segala usaha murni tersebut. So, masih tidak terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca. Entri kali nih berkisar raya bersama rakan-rakan sekolah rendah & menengah.

Dengan kehadiran Syawal, tidak terlepas aktiviti rakan-rakan sekolah lama untuk berkonvoi raya dari satu rumah ke satu rumah yang lain. Pada 16 September, konvoi dah bermula dari rumah aku dan beberapa buah rumah lagi. Ia disambung semula pada hari Jumaat. Ok. Nak dijadikan cerita, hari Jumaat itu aku sepatutnya amat sibuk tapi kepenatan melampau, aku terhadkan aktiviti aku. Pada petang Jumaat, aku pergi ke rumah abang Wadi di Bukit Antarabangsa since dia cakap abang Klassik dia ada skali. So, datang nak jumpa wish raya then balik lah. Singgah kejap jek. Duduk dalam kereta lagi lama dari duduk bersembang (gambar bawah tiada kaitan kerana hanya penyeri blog).

Seterusnya, terus ke rumah Shahreel sebab ada open house. Shahreel nih kalau nak dijadikan cerita, mak dia cikgu sekolah kiteorang masa sekolah rendah dlu. Cikgu Sharifah nama dia. Gambar ada tapi malas nak upload. Kat sini ramai lah gak budak-budak sekolah kteorg datang kumpul. Bergambar itu pasti. Setelah dipaksa pakai baju melayu barulah masing-masing nak pakai. Sebab, kalau tak aku takmau amik gambar. Inilah gambar (gambar bawah) paling hodoh setelah diarah untuk berbuat demikian.

Seterusnya, selepas puas makan, main mercun kat rumah Shahreel, sambung ke rumah santai Halif. Kat sini sempoi skit sebab die free flow. Ha ha ha. Kat sini gak lah sifat merindui zaman kanak-kanak ribena terserlah. Salu orang main mercun, nih dah tua-tua main bunga api. Haish. Anyhow, kiteorg enjoy gak lah time tu sebab lps2 tu jek ada game futsal lagi. And for readers information, kteorg main utk 3 malam berturut-turut. Mau tak pecah lutut. Sekian saja untuk kali ini.


p/s: Next posting pasal kahwin Elin & Eriq insyaAllah

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...