Friday, November 26, 2010

Cikgu Shida Youtube Main Futsal La Plak

Salam Satu Malaysia ...

Cikgu Shida, siapalah tak kenal dengan cikgu Youtube nih. Nama dia tidak semena-mena meletup gara-gara miming dia yang perghhhhlamakkkk. Actually, aku nak letak video dari youtube lagu Kalau Berpacaran. Tapi bila search balik lagu Maher Zain nih nampak lah sempoi skit. Tol ke tak? Ntah lah. Tapi Cikgu Shida nih memang pergghhhlamak.



Kalau korang nak tau, Cikgu Shida nih bukan lah tajuk utama aku untuk entri kali nih. Saje je nak kasi thrill skit sebab nama dia tengah gempaQ. Aku post kali nih nak cite pasal futsal 2 hari berturut-turut. Hari Rabu dan Khamis. Hari Rabu main selama 2 jam manakala Khamis main selama satu jam. Apsal tetibe skema plak tatabahasa nih. Cool & Chill. Pendekar Laut kene cool.

Rabu lepas kiteorg main futsal kat Cyberjaya. Gigih gak la travel dari KL semata-mata nak main futsal kol 8 malam tu. Minat & nak lepas giannye pasal, redah je turun Cyberjaya main futsal. Maklumlah, lama tak main. Last skali main rasenye Jumaat lepas. Adeh. Gerak KL-Cyberjaya memang menduga betul lah. Jalan jammed. Exact location pon tak tau kat mane. Redah saja semua itu. Gameplay kat Cyberjaya agak memeranjatkan kerana memasing macam tengah peak. So, main mmg happy ever after. Semua menjadi lah. Macam Chelsea dulu dulu zaman Mourinho. Sedap gile main.

Khamis lak main futsal kat Setapak. Nama je Setapak tapi bertapak-tapak gak lah nak sampai. Main janji kol 8 tapi biasalah KL. Hidup kota nih mana ada jalan tak jammed. Masing-masing bodoh tahap KLCC bawak kereta tapi naik sorang-sorang (termasuklah aku). Sementara tunggu tu, layan pingpong dlu setengah jam. Style gak main pingpong sebab lama tak main. Gameplay futsal lak, superbly sayuuuuurrrr. Masing-masing tak tahu ape nak buat. Dah macam Chelsea sekarang zaman Ancelotti. Main penat gol tak dapat.

So, ape boleh buat, pandai makan pandai minum tak sedap telan sudah. Memandangkan aku ade citer skit pasal Cikgu Shida nih kan, apelah gamaknye kalau die miming or belakon la plak kan. Berlakon la pasal futsal ke. Takpun miming skill futsal ke. Takpun miming lagu bola la. Sure kelakar. Boleh ke die buat? Come on la cikgu. Made in Parit always can do better kan? Ha ha ha. Itupun kalau die baca la blog yg tak seberapa nih. Okes. Got to go. Adios.

2 comments:

  1. haha.. cikgu shida ni lawak la.. kecut pewot saya gelak tengok video dia. tp sya kagum melihat betapa gigihnya dia siapkan video tu..

    ReplyDelete
  2. betul2..kagum ng effort die..hehehehe

    ReplyDelete

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...