Tuesday, November 23, 2010

Pendekar Laut main Facebook !!!

Salam Satu Malaysia ...

Selasa datang lagi. Selasa hari ini tidak akan serupa Selasa akan datang. Tidak juga Selasa hari ini akan kembali semula untuk menemui umat manusia dan makhluk-makhluk tuhan yang lain. Bunyi kacang dikunyah ibarat mencetuskan satu revolusi kenapa aku perlu menulis untuk hari ini. Tiada tujuan utama. Tiada tanda aras. Tiada topik untuk diutarakan. Tiada segalanya. Hanyalah aku, laptop, keyboard, headphone dan winamp yang memainkan lagu instrumental dari album Winter Sonata bertajuk My Memory.

Melihat jam di tangan menunjukkan 1151 minit pagi. Jam di laptop 1154 minit pagi. Jam di handphone 1156 minit pagi. Kenapa semua jam itu tidak sama? Ternyata kehidupan aku dah berbeza. Berbeza dari kelaziman. Pecahan-pecahan tidak wajar menjadi teman. Teorem-teorem pitagoras menjadi kunci kejayaan. Segala pembundaran terhampir, segala janjang metrik menjadi tempat pergantungan. Oh tidak !!! Matematik kegemaranku. Semakin ditinggalkan. Fizik nadiku semakin dilupakan. Kimia uratku semakin diabaikan.

Cukup lebar dan dalam ibarat kubur 7 kaki lebar 7 kaki dalam untuk aku memulakan intro bagi update terbaru.Facebook, Twitter, Blog, Friendster, MySpace dan lain-lain laman sosial menjadi tunjang kepada pembaziran masa tidak kira usia tua mahupun muda. Wanita mahupun lelaki. Bapok mahupun pondan. Budak-budak mahupun orang kurang siuman. Kenapa dengan semua laman sosial ini? Aku tidak mempunyai masalah dengan semua ini kerana aku sendiri pengguna setia.

Jika ikutkan masa, banyak sudah masaku dihabiskan dengan melayari, mengupdate, melalaikan dan segala benda-benda laghah telah dilakukan untuk menunjangi laman sosial ini. Bukan salah mereka yang mencipta laman sosial ini. Kesalahan harus diletakkan pada bahu individu. Tidak mampu menggalas dengan bahu? Gunakan lah anduh segitiga. Mungkin ia boleh membantu. Oh !! Semakin merepek disini.

Aku cuba bayangkan hidup aku tanpa segala benda-benda di atas. Adakah kita mampu bertahan? Dari segi apa ketahanan yang dimaksudkan, ikut sendiri-sendiri macam mana nak tafsir. Ternyata aku sudah ketagih dengan laman sosial tersebut terutama Facebook. Aku tidak salahkan mereka kerana laman itu kadang-kadang amat berguna untuk aku. Maklumat diperoleh dari situ. Cacian diterima daripada situ. Kritikan diterima daripada situ. Pujian dilemparkan di situ. Kutukan juga disalurkan di situ. Tidak ketinggalan, nak update blog pon boleh dari situ. Nak register account GengBlogger pon through Facebook. Indah bukan?

Rasa malas melayan Facebook pon ada juga lahir di sanubari penulis. Namun, semangat facebook tu memang mengalahkan semangat samurai. Ibarat serangan ke atas Bukit Kepong. Memang bertujuan untuk menyerang. Mungkin juga ibarat Leftenan Adnan berjuang mempertahankan tanah air beliau. Ape lagi yang aku rapukan ini. Membaca rapuan aku juga merupakan satu aktiviti membuang masa dan melalaikan. Tapi, kalau diamati betul-betul terdapat satu mesej untuk pembaca merungkaikan dan menyimpulkan kembali agar dapat disemat di dalam hati sanubari pembaca.

Oh..Loceng seolah-olah sudah berbunyi. Menandakan waktu rehat semakin tiba. Salah-salah. Waktu rehat sudah tiba. Walaupun perut masih belum berkeroncong dek penangan Nestum & Oat Biru, namun demi tidak menghampakan rakan-rakan bertugas, kita makan. Sediakan payung sebelum petir. Kalau dah kene petir masuk 7 kaki dalam 7 kaki lebar je lah nampaknya. Tidak-tidak. Itu semua ketentuan Ilahi. Kita hanya merancang. Tuhan menentukan. Apa yang kita lakukan pasti ada pembalasan. Beringat sebelum kena. Dah kena sendiri mau ingat. Oo yaa, sebelum terlupa, ada ubi ada batas. Mana ada org tanam ubi takde batas. Anda faham kan maksud tersirat? Sekian.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...