Monday, November 1, 2010

Perang di Kota Bahru

Salam Satu Malaysia ...

Semua sedia maklum Kelantan telah pon berjaya menamatkan badi 89 tahun untuk memiliki Piala Malaysia agar dapat disemadikan di dalam almari kejayaan pasukan mereka. Tahniah diucapkan. Nak dijadikan cerita, pada 22 October (hari Jumaat), officemate aku, Firza telah dengan rela hatinya mengajak aku untuk pulang ke rumahnya di Kelantan. Lebih tepat di Wakaf Bahru, Kota Bahru, Kelantan. Actually, trip nih mmg betul-betul unplanned. Petang tu before balik kerja baru aku decide nak follow since die pon drive sorang.

Lantas, handset dicapai, SMS dihantar "Ayah, Amir tak balik minggu nih. Pergi Kelantan tgk bola". Green light diberi "Ok". So, malam tu nak dekat jam 11 malam gak lah kteorg gerak ke Kota Bahru. Perjalanan dijangka melalui Bentong, Raub, Gua Musang, Kuala Krai dan tiba di Kota Bahru. Ini pengalaman pertama aku ke Kelantan sebenarnya. Aku tak tahu apa yang menanti aku di depan. Yang aku tau perjalanan ini pasti memakan masa. Ya betul. Sepanjang perjalanan memang dipenuhi dengan hutan rimba.

Kami tiba di Kota Bahru dalam jam 7:00 pagi. Agak perlahan perjalanan kerana masing-masing penat selepas pulang dari kerja. Sampai-sampai je rumah Firza, terus je lena. Tak pikir banyak dah. Aktiviti malamnya mmg sudah diatur untuk menyaksikan perlawanan bola sepak separuh akhir antara Kelantan & Kedah. Ramai cakap, kalau nak masuk Stadium Sultan Mohamad - IV, ibarat berperang di medan pertempuran. Aku ingin rasai apekah sebenarnya peperangan itu. Aku ada juga mendapat sms yang mengatakan aku gila kerana sanggup pergi ke Kota Bahru semata-mata untuk menyaksikan perlawanan bola sepak walhal pasukan aku (Selangor) telah pun tersingkir. Seperti aku katakan tadi, aku ingin rasai kemeriahan dan suasana di sana selain adalah secebis niat untuk menyokong pasukan Kedah.

Tepat jam 7:30 malam kami berjaya melangkahkan kaki ke dalam stadium. Stadium sudah gamat sampai seluruh tempat duduk (batu terrace) telah dipenuhi umat manusia. Akhirnya kami decide untuk panjat sehingga ke atas (tempat paling tinggi dalam stadium). Untuk memanjat memerlukan semangat juang yang tinggi kerana anda perlu mengharungi lautan umat manusia sebelum berjaya sampai ke puncak. Setibanya di atas, memang tiada jalan turun melaikan selepas perlawanan tamat. Gambar di bawah diambil pada kedudukan paling tinggi di dalam stadium.

Ya. Aku berdiri di dalam stadium sejak 7:30 malam sehingga perlawanan tamat dalam jam 11:00 malam. Inilah pengalaman pertama aku masuk stadium tiada tempat duduk. Ianya terhad kepada 20,000 orang penonton secara kasarnya, tapi aku pasti yang menyaksikan perlawanan tersebut melebihi dari angka 20,000. Secara keseluruhan, aku masih belum berjaya merasai aksi perperangan tersebut kerana pasukan tuan rumah mencapai kemenangan. Aku pasti, sesuatu pasti berubah jika pasukan lawan berjaya menumpaskan pasukan tuan rumah.

Keesokkan harinya, kami berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Bergerak jam 6:00 petang dan tiba di Kuala Lumpur dalam jam 12:00 malam. Perjalanan itu agak laju kerana mungkin kami sudah biasa. Walaubagaimanapun, ini merupakan pengalaman pertama aku ke Kelantan dan mungkin bukan yang terakhir. Banyak lagi untuk diterokai.

2 comments:

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...