Sunday, November 28, 2010

Tips Jimat Kahwin

Salam Satu Malaysia ...

Bila cuti sekolah je, banyak je jemputan majlis perkahwinan. Tak kira dari saudara-mara, sahabat-handai mahupun rakan-rakan office ataupun kenalan Facebook. Semua nak kahwin. Meriah cuti sekolah macam nih. Kekadang tu sampai tak dapat datang sebab terlalu banyak jemputan. Jemputan skarang bukan 2-3 minit dah boleh sampai, paling cepat pon setengah jam. Lepak-lepak kejap, mahu makan 1-2 jam paling kurang. Belum termasuk jammed nak ke rumah pengantin lagi. Adeh.

Bila sebut je pasal kahwin, mesti sang Raja Sehari memikirkan tentang kos yang bakal ditanggung untuk melaksanakan satu majlis yang bersejarah. Semua nak buat sekali je, taknak majlis kahwin banyak-banyak kali. So, kene lah buat dengan betul dan grand. Maka, botaklah kepala bila terlalu memikirkan. Terutama soal perbelanjaan kahwin. Kat sini, aku nak share SATU tip penjimatan untuk berkahwin. Walaupun aku belum kahwin, tapi aku rase ini sedikit sebanyak dapat membantu korang yang nak kahwin.

Tip dia senang je.
CARI CALON SATU UNIVERSITI, SEKOLAH ATAUPUN RAKAN-RAKAN DI TAMAN PERUMAHAN YANG SAMA.
Ha ha ha.
Kenapa aku cakap cmnih tip die??

Senang je nak justify. Kalau korang carik calon yang satu universiti, senang skit nak handle jemputan. Mana tak nya, mostly kawan-kawan dari satu universiti nih mesti lebih kurang kawan pasangan korang gak. So, penjimatan terhebat di situ dalam mengurangkan jumlah kepala yang bakal hadir dalam majlis kahwin korang nanti. So, kos lebihan tu boleh lah disalurkan ke arah penjaminan masa depan cemerlang korang nanti.

Kalau nak lagi best, make sure calon korang dari satu universiti korang tu satu sekolah dengan korang dulu-dulu. Mana tak nya, kalau dah macam tu, korang dah boleh cover dah untuk tetamu sekolah & universiti sekali. Kan penjimatan terhebat untuk menjamin masa depan terbilang pada hari muka kelak.

Last skali, combinekan calon dari universiti, sekolah dan dia mesti datang dari taman perumahan korang sekali. Dapat cover tiga region kawan terus (i.e. universiti, sekolah, rakan sepermainan). Jimat Jimat Jimat Jimat. Ha ha ha. Ini penting agar dapat menjamin masa depan korang dengan pasangan masing-masing. Daripada membelanjakan ke arah tak tentu pasal, simpan untuk hari muka.

Apa-apa pun, ini hanyalah cadangan. Tidak semestinya perlu diikut ataupun dibantah. Apa yang penting, KERJASAMA. Jodoh pertemuan ajal maut di tangan Tuhan. Kita hanya merancang, Tuhan menentukan. Masing-masing ada otak, masing-masing fikirlah sendiri. Nak buat majlis grand ke saving ke korang punya hal. Apa aku nak kisah, bukan duit aku pun. Adios~

6 comments:

  1. fikir kawen je duit.
    duit je kawen
    nak kawen pun susah padahal senang je sebenarnya~

    ReplyDelete
  2. Syarifah:
    bergantung pada individu..
    kenapa perlu ada majlis grand ?? individu menentukan ... nak kahwin mmg senang ... nak tinggalkan impak ??? maybe dorg rase dgn majlis2 la kot ... keh keh keh keh ...

    ReplyDelete
  3. sy pun nak kawen jugakkk.. walaupun masih belajar lagi.. ehhehehee.. gatai na.. tp selalu pk, kalo kawen sederhana mungkin pun, mesti banyak gak duit dilaburkan.. haish... sebab baranng2 dah mahal..

    ReplyDelete
  4. misz myza: ntah lah ... tak pernah kahwin ... keh keh keh ... tapi, rasenye tu boleh control ... sebab kita yang buat ... :P

    ReplyDelete
  5. nasib baik la aku bakal kawen ngan orang sama Uni... tapi rasenye sama jer nanti..watak2 yg dijemput cam lain2~ =(

    ReplyDelete
  6. aiman: hahaha..excursion la tu..kah kah kah

    ReplyDelete

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...