Tuesday, December 28, 2010

Kenapa Perlu Emosi di Blog ?

Salam Satu Malaysia ...

Bertemu kita lagi ye. Lama tak blog walking / blog hopping / anything la. Just a random thought to be shared and perhaps get feedback / critics from readers. Hari nih nak cerita sikit pasal keadaan emosi sesetengah blog yang semakin meruncing. Kalau ikut trending skang, isunya ialah antara Indonesia & Malaysia. Ditambah dengan bahan bakar media massa, perghhhh memang masyuk lagi la ia terbakar.

Tapi, tentuluran bukan nak cerita pasal itu semua. Nak tulis mengenai kenapa orang suka tulis dalam blog bila dia emosi ??? Jeng Jeng Jeng Jeng. Tak tahu sebab menyebabnye kerana si penulis tu saja yang tahu kenapa dia tulis cmtu. Pernah gak terbaca satu blog nih yang mana, dorg bergaduh dari blog ke blog. Gaduh depan depan la kan. Nak gaduh offline / online dalam blog ape ke hal nya. He he he.

Pendapat tentuluran ialah, dorang nih inginkan kelainan (seperti gambar di atas). Inginkan sesuatu yang lain di dalam blog dorang. Kita mungkin tak nampak atau tidak tahu kenapa dorang buat cmtu. Mungkin kita rasa benda tu bodoh je. Mungkin juga tidak bermakna kat kita. Tapi ...

"WHENEVER A MAN DOES A THROUGHLY STUPID THING, IT IS ALWAYS FROM THE NOBLEST MOTIVE"

Mungkin itu yang lahir dari hati jujur mereka. Mungkin dengan cara menulis blog dan mengutuk dalam blog lebih menambah keyakinan mereka daripada cakap berdepan. Blogger kan cool. He he he. Apa-apa pun motif dorang, itu hak mereka selaku penulis blog. Kita sebagai pembaca harus menghormati dan cuba menegur dan bertanya jika kita rasa benda itu salah ataupun kurang tepat untuk ketika tersebut.

Jangan disebabkan penulisan kita di blog, twitter, facebook dan laman sosial lain menyebabkan silaturahim sesama insan boleh terjejas. Berkata dengan penulisan tidak sama berkata secara lisan yang dituruti dengan intonasi. Lain orang lain intepretasi penulisan itu. Berhati-hati ya kawan-kawan.

2 comments:

  1. haa azmil..pls improve ur writing..haha..ati2 sbb bkn sme org ley emo skjap mcm aku..jeng2..=)

    ReplyDelete
  2. KN: tulisan ini bkan sebab aku emo ke ape lak ... aku menjawab blog orang lain ... tuan die dah tau pon ... ko kene paham tu

    ReplyDelete

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...