Wednesday, December 8, 2010

MAHA 2010

Salam Satu Malaysia ...

Untuk memulakan entri bulan December nih, kita bukak dengan 1 Event. MAHA 2010. MAHA bermaksud Malaysian Agriculture, Horticulture & Agrotourism Show 2010. Info lebih detail boleh dapat kat sini (sila klik). Aktiviti yang berlangsung di MAEPS Serdang nih adalah tidak dirancang sama sekali. Masa tu pun, aku still 50-50 nak pergi ke taknak pergi. Last skali decide nak pergi sebab saja nak tengok keadaan sana dan nak amik gambar skit.

Aku tak tau kenapa lately ada je event memane, aku rase semangat nak pergi. Selalu jadi mangsa or yang akan gi teman, sure lah rakan-rakan office sebab aku tau dorang perlukan sesuatu yang jauh dari kesibukan kota. Ha ha ha. Takde kaitan langsung. Kita sambung cerita.

Aku mengambil masa selama hampir 2 jam utk sampai ke tempat parking MAHA 2010. Setengah jam di KESAS dan LDP. Manakala hampir 1 jam 30 minit susur nak masuk parking. Jalan teramat jammed semata-mata untuk masuk parking. Dah lah kena parking jauh. Kena menapak lagi. Dugaan betul. Sebbaik time tu cuaca mendung je dan feel gak la jalan kaki sorang-sorang sementara tunggu dorang sampai.

Aku tak ronda semua pun kat sana. Aku just pergi kat dalam dewan dia ja. Ada total 4 dewan dorang buat exhibition kat sana (yg aku lawat la). Seronok gak lah. Aku tak faham sangat apa yg dorang buat dan apa objektif event nih. Sebab tu takleh nak appreciate sangat. Tapi, lepas jalan-jalan kat situ barulah tau skit skit apa yang dorg buat. More or less pasal industri tani kita. Industri kecil-kecilan. Ok. Quite fun and enjoy.

Ini bukanlah macam PC Fair yg ada ladies pakai baju nampak pusat promote product komputer. Kat sini banyak makcik-makcik or kakak-kakak yang promote product dorang. Dari makanan, ubat-ubatan dan macam-macam lagi. Kadang-kadang tu, jenama dorang pon aku tak knal. Tapi bila dengar dorang promote, quite convincing gak lah. Seronok itu tetap datang kalau kita minat walaupun tak banyak.

Nak cerita banyak pon tak guna. Korang dah klik kat website situ, lagi banyak info ada. Konklusinya, sebagai first timer, aku quite impress dgn event nih sebab banyak info boleh dapat. Just kita kena tahu nak pick-up kat mana. So, guess what ?? Jangan memalaskan diri anda untuk menghadiri aktiviti-aktiviti seperti ini.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...