Monday, December 27, 2010

Malaysia Rogol Indonesia

Salam Satu Malaysia ...

Indonesia dirogol Malaysia ??? Itu dia. Kalau di Indonesia dulu, dorang menang 5-1. Di bumi Malaysia, dirogol 3-0. Terima kasih barisan pemain Malaysia kerana membuat rakyat Malaysia berasa bangga. *disclaimer* dirogol bermaksud "mengalahkan".

Semua sedia maklum, 26 Disember 2010 tanggal bersejerah Malaysia selepas berjaya melangkah ke Final AFF Suzuki Cup (previously known as Tiger Cup) untuk kali ke-2. Permulaan permainan Malaysia agak lembab di peringkat kumpulan, namun konsistensi yang ditunjukkan untuk perlawanan berikutnya memberi inspirasi kepada penyokong kebangsaan tidak kira penyokong tegar mahupun penyokong lalang. Aku juga tidak terkecuali.

Selepas mendapatkan tiket pada hari Khamis, malam tu jugak bergegas untuk mendapatkan jersi pasukan kebangsaaan kat Uptown (nak beli Ori mahal bakk). Sampai uptown je semua stock habis. Kecewa gak lah. Tapi takper, perjuangan hari Ahad tetap diteruskan demi pasukan kebangsaan. Seramai 5 orang (Aku, Lan, Arel, Arol & Bob) bersedia untuk memberi sorakan terakhir untuk pasukan Harimau Malaya.

Perjalanan sepatutnya bergerak seawal jam 4 petang terpaksa ditunda sehingga 5:30 petang atas sebab tidak dapat dielakkan. Jalan masuk ke stadium amat sesak sebab time kteorg sampai je, dah banyak gile keter parking kat tepi jalan tanda jalan masuk sure sesak gila. Dengan sikap takde tatasusila dan tidak gentar mahupun tidak malu, kteorg masuk je area MSN tu, parking kat dalam tu walaupun dh kene halau and sergah ngan guard kat situ. Demi maruah bola sepak Malaysia.

Sampai je rupanya salah parking la plak. Keluar dari situ je semua puak Indonesia bersedia untuk provokasi. Apa ada hal. Jiwa kental tak faham satu apa dorg cakap, redah terus. Dalam 6:45 cmtu baru dapat masuk stadium dengan kawalan yang boleh lah dikatakan agak ketak gak walaupun senang nak lepas. Lighter takleh bawak masuk etc. Perempuan kene masuk khemah untuk check-up ape tah. Tapi, mercun tetap lepas gak kan? Nak kawal almost 85,000 punya orang bukan senang kan. Terima je lah.

Time masuk nih, memang stadium dah nak full dah. Tinggal side Indonesia je tak full agi. Kteorg dapat pon seat paling atas skali. Kira paling tinggi gak lah. Bila game dah nak start, fans Malaysia ade lagi tak dapat seat. So, pihak stadium bukak site Indonesia untuk fans Malaysia. By the time game start tu, satu stadium dah full (tak termasuk side yg sengaja memisahkan 2 fans). Ada duduk atas tangga. Sampai seat kteorg tu, 3 seat tapi duduk utk 4 orang. Dalam bola sepak semua kawan. Kenal tak kenal ape ada hal. Semua satu misi.

Bila nyanyi lagu Indonesia, ada gak segelintir penyokong Malaysia yang tidak menghormati lagu Indonesia sepertimana diperlakukan penyokong Indonesia semasa di Indonesia. Lagu negaraku dinyanyikan, kagum tgk jersi Harimau Malaya vesri gergasi berlegar di kerusi penyokong Malaysia. Tidak lupa juga bendera gergasi Malaysia. Walaupun terbalik, tapi ia tetap stylo.

Game 1st half, kira balanced and ok la. Malaysia main boleh tahan lah. Game ada terhenti kejap atas dasar laser. Memang ada laser berwarna hijau di padang. Tak tahu la kalau ada laser warna lain berlegar-legar di padang. Laser akan keluar bila Malaysia dapat free kick dekat area Indonesia ditujukan ke arah gol Indonesia. Kalau tengok TV tak sure nampak ke tak. Tapi 1st half lagi memang ada laser dan diprotes pemain Indonesia. 1st half 0-0. Ok lah dari tade ape-ape.

Bila 2nd half start jek, rasa game rancak semacam jek. Adakah tanda nak gol? Bila Malaysia dapat freekick je game terus stop kejap. Tak sure lak berapa lama. Tapi pasti isu laser. Pihak stadium terpaksa buat announcement secara live. Announcement secara tulisan di papan tanda elektronik. Gile kental la time tu. Tapi, elok-elok game sambung jek, Malaysia score. Malaysia score lagi. Dan Malaysia score lagi. 3 gol Malaysia disumbangkan oleh Safee Sali (2 gol) & Ashaari (1 gol). Gegak gempita satu stadium. Itu yang aku mahu sebenarnya. Lepas gol ke-3 tu je, fans Indonesia terus meninggalkan stadium.

Lepas game nak keluar memang agak sesak bangat. Nak wat cmne, hadapilah dengan senyuman. Walaupun bergerak perlahan sebab sesak gila, gagahkan diri gak lah nak sampai parking. Ada gak orang dah pengsan time nak keluar tu. Nak wat cmna, ramai gila time tu. Hadapilah dengan senyuman. Dah masuk keta lagi satu hal, jammed teruk nak keluar highway. Standard biasa lah time final kan. Alah bisa tegar biasa. He he he. Apa yang penting untuk malam itu, kami amat gembira dengan kemenangan pasukan kebangsaan.

Mana pergi taring Gonzalez ??? Mana pergi keeper ala-ala bagus Markus ??? Mana hilangnya Bambang ??? Mungkin kah mereka hebat di Gelora Bung Karno sahaja ??? Sama-sama tunggu 29 Disember nih.

5 comments:

  1. anis: heee :D ... ramai je lagi gi stadium ...

    ReplyDelete
  2. haha
    tajuk nak gempak!!
    hehe

    apa2pn,
    best game smlm
    MALAYSIA BOLEH!


    Wow! Cantiknya Header Blog ni! Pencarian 10 Header Blog Tercantik 2010!

    ReplyDelete
  3. hahah dnegar cite x men kat indon sebab penyokong buat hal? x tak tau. singapore x silap.

    ReplyDelete
  4. Hafiz: hahaha..mood tgh menang...tgh high nih..tajuk kene la gempaQ...keh keh keh...

    Eman: seriously ??? kene check forum nih utk info latest ... xkan final stadium kosong ??? ermmmm

    ReplyDelete

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...