Thursday, December 29, 2011

UMNO: Keperluan vs Keinginan

Salam Satu Malaysia ...

In general, memang aku takder topik pon nak tulis pasal ape. Maybe sebab lama tak menulis, lama tak mengembara melihat alam, lama tidak berbuat apa-apa menyebabkan kehidupan aku agak mendatar sehingga tidak terdetik di akal fikiran untuk memikirkan sesuatu yang serius. Secara peribadi, aku mungkin di dalam keadaan tersepit sekarang. Ini adalah kes benar namun aku tidak akan memberi gambaran penuh pada kes ini atas sebab peribadi mahupun menjaga sensitiviti masyarakat persekitaran.

Persoalan yang kadang-kadang berlegar di kepala aku ialah antara "Keinginan & Keperluan". Dua benda ini saling berkait rapat antara satu sama lain. Jika boleh dihuraikan, dia boleh mewakili pelbagai konteks mengikut kesesuaian penulis. Kat sini, aku ingin cuba menyampaikan dari segi konteks menyertai pertubuhan kerajaan mahupun bukan kerajaan.

Tuesday, December 27, 2011

The Return

Salam Satu Malaysia ...

Seriously rasa janggal nak menulis balik di blog lepas lebih 3 bulan tak menulis apa-apa. Kenapa tidak menulis pun masih diragui jawapannya. Jadi, lebih elok jika ia dibiarkan sahaja tidak berjawapan. So, ape yang buat aku ingin menulis semula walhal tiada pon pembaca setia? Reason dia mudah, "I love what I'm doing". Hak Hak Hak Kah Ptuih.

Banyak sangat berlaku sampai tak tahu nak cerita yang mana satu. Mungkin bila terlalu banyak, elok je dibiarkan terpendam. (apsal ayat nak novel novel bagai kan). Hatuyaii. So, I'm preparing something for my updates later on. Will come back here soon.

p/s: Btw, above is my recent photo taken during my short "multiple" visits to Northern Peninsular of Malaysia.

Sunday, September 11, 2011

Masa Selepas Masa

Salam Satu Malaysia ...

Untuk pengetahuan pembaca, aku sebenarnya sedang enak dibuai mimpi tadi. Sekaran jam 1115 malam, tiba-tiba terjaga dari lena. Terjaganya aku dari lena kerana igauan mimpi ngeri yang kini bermain-main setiap malam di pemikiran otak aku. Tidur tak basuh kaki rasanya la nih.

Alang-alang terjaga dari lena dari dibuai mimpi tadi, ia ada memesan supaya aku post video di atas. Lagu nih sering kali dijadi lagu background kejap sebelum aku masuk tidur dan semasa persiapan aku ke tempat kerja. Tak tahu kenapa lagu nih, tapi dia menjadi lagu favorite dan mungkin sedang berhantu.

Monday, September 5, 2011

Wedding Wadi & Sam

Salam Satu Malaysia ...

Tanggal 31 Ogos 2011 menyaksikan satu titik perubahan kepada sahabatku bernama Najwadi kerana sah menjadi suami kepada pasangan beliau, Nur Syamsaziela. Tanggal 1 September 2011, resepsi di sebelah pihak perempuan telah selamat diadakan yang mana kehadiran aku tidak diperlukan ketika itu. Tanggal 3 September 2011, resepsi di pihak lelaki menyaksikan bahawa aku sanggup pergi ke utara sehingga ke Guar Cempedak untuk menyaksikan persandingan kedua mempelai.
Dengan itu, aku ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pasangan ini. Moga jodoh kalian berkekalan sehingga akhir hayat. Layarilah alam baru kalian dengan rasa gembira dan penuh cinta antara satu sama lain. Jika alpa, renungkanlah kembali Resipi "Agung" Karipap Karipap Cinta.

p/s: apsal ayat nak novel lebih nih ???

Wednesday, August 3, 2011

Kota Medan

Salam Satu Malaysia ...

Plan percutian ke Medan dengan bertemakan Sight Seeing hanya mengambil masa 2 minggu persiapan (termasuk pembelian tiket). Kami berlima iaitu Aku, Firza, Ben, Fae & Nina bergerak ke Medan pada hari Jumaat lepas dan kembali ke bumi Malaysia pada hari Isnin. Persiapan ke sana semua melalui research kat internet. Dari mula booking accomodation sehinggalah booking transport untuk diguna di sana. Kalau nak tau detail camne kiteorang buat, boleh je baca forum or drop komen kat sini. Nanti kiteorg jawab.

Tempat yang kami sempat kunjungi ialah Berastagi, Taman Simalem, Tasik Toba, Pulau Simosir, Air Terjun Piso Piso & Kota Medan sendirinya. Nak cerita banyak pon aku tak pandai sangat sebab nanti korang yang malas nak baca. Betul tak? So, apa kata korang layan gambar je. Lagi pon, aku post nih nak ganti entri yang tak terkeluar bulan Julai ritu. He He He.

Monday, June 27, 2011

Resipi "Karipap" Agung

Salam Satu Malaysia ...

Mungkin ramai tertanya-tanya kenapa status FB aku sekarang menjerumus ke arah kuih tradisional masyarakat melayu iaitu "karipap". Mungkin juga ada yang sikap acuh tak acuh tidak mengambil kisah akan status aku itu kerana bukanlah menjadi isu mereka untuk mengetahui mengenainya jauh sekali untuk komen. Jadi, kat sini aku nak ceritakan apakah isu "karipap" yang sebenar.

Mungkin ramai menganggap aku cuba "double meaning" dengan menggunakan istilah karipap dek kerana lawak kumpulan Balas yang menjerumus kepada maksud tersirat kepada karipap tersebut. Namun, ternyata andaian pertama anda semua silap sama sekali. Hanya orang yang berdekatan dengan aku mengetahui apakah sebenarnya isu "karipap" itu.

Sunday, June 12, 2011

42 Hours: The Meaning of Life

Salam Satu Malaysia ...

Dalam tempoh 42 jam, bermacam-macam pengalaman & aktiviti yang padat telah dilakukan. Pengalaman bermula seawal jam 9:00 malam pada hari Jumaat. Semuanya ada yang telah dirancang, ada yang tidak dirancang dengan teliti. Ini semua angkara semangat setiakawan dan keinginan membuat aktiviti hujung minggu.


Maharaja Lawak, Federal 4.44 Pagi, Majlis Pertunangan, KL Gangster, Tom Yam Campur, Final Piala FA, Badminton, Sarapan Lewat & Dylan Dog Dead of Night. Apa semua ini? Haaaaaa ...

Saturday, June 4, 2011

Arnab & Angsa

Salam Satu Malaysia ...

Jam laptop menunjukkan pukul 1:07 pagi. Aku baru sahaja pulang dari Setiawangsa (rumah Arul, Awan, Acap & ramai lagi). Baru pulang dari menonton Maharaja Lawak. Tapi, bukan itu yang aku cuba sampaikan pada cerita kali ini. Memang menjadi lumrah aku, bila jiwa "terkacau bilau" sikit, blog lah menjadi peneman setia yang tidak jemu menulis luahan hati ini.

Aku tidak tahu kenapa sejak seminggu dua minggu nih, aku rasa semua serba tak kena. Kerja office aku pon jadi laju semacam (itu juga sesuatu yang pelik kerana aku selalu akan tinggalkan sedikit untuk hari esok). Perasaan dalaman ini seperti tidak menadapat ketenangan dalaman. Macam cerita Kungfu Panda 2 yang selalu menyebut di mana "inner peace"? Ke mana ia menghilang? Kenapa Arnab & Angsa?

Wednesday, June 1, 2011

Osteo Arthritis

Salam Satu Malaysia ...

Dalam lebih kurang jam 12:30 tengah hari tadi, dialog di bawah telah terpacul keluar dari mulut aku menuju tepat kepada secretary department aku ...

Aku: Kak, saya pergi klinik jap. Boss carik saya cakap saya pergi klinik.
Kak: ok.

Setibanya dia kaunter klinik (Twin Towers Medical Centre), terus meminta nombor daripada kaunter untuk tujuan berjumpa dengan doktor. Nombor 1780 menjadi nombor giliran. Dr. Gopi menjadi doktor pilihan. Lantas bermulalah sesi rawatan yang tidak ku sangka akan berlaku juga akhirnya. Pengalaman ngeri mungkin kerana tidak pernah terbayang akan berlaku sebegini.

Thursday, May 19, 2011

ST BBQ di Chamang

Salam Satu Malaysia ...

Bulan lepas, di kala Aku, Arol & Finan baru balik dari The Mall singgah di Tasik Titiwangsa utk pekena cendol, tercetus lah satu idea revolusi yang dipanggil Air Terjun Chamang. Kemudian, terus saja isu itu diutarakan di laman sosial FB di bawah kelolaan Group Secret ST Buddies. Namun, ianya tidak dapat sambutan dek kerana cerita Erry yang menyatakan tempat tersebut pernah terjadi satu peristiwa benar yang agak berpuaka. Maka, isu itu terhenti di situ begitu sahaja.

Beberapa minggu kemudian, isu itu kembali dibentangkan di e-
mail yang mana aku menggunakan proposal lama event yang aku nak buat dulu. Kali ini, ia mendapat sambutan dan tanggal 17 Mei 2011 ia mencatat satu lembaran sejarah apabila aktiviti BBQ di Air Terjun Chamang, Bentong berjaya dilaksanakan. Peserta yang mengikuti aktiviti tersebut ialah Sham, Pian, Pi Nan, Pi Dot, Achap, Erry, Awan, Arol & Aku.

Saturday, May 7, 2011

Miserable

I'M MISERABLE RIGHT NOW !!!

DO NOT DISTURB !!

DO NOT UPDATE BLOG !!

DO NOT DO NOTHING !!


SHUT ALL THE FUC**NG UNNECESSARY STRESS !!

p f f f t t t t !!!!!!



p/s: please provide me ideas for me to write something to ease the miserable days

Tuesday, May 3, 2011

Fast & Furious 5

Salam Satu Malaysia ...

Fast & Furious 5 atau lebih senang orang panggil Fast 5. Ok. Konklusi dari aku tengok cerita ini aku bagi dia 7 daripada 10 bintang. Cerita ini agak terbaeik compare Fast & Furious sebelum-sebelum ini. Walaupun aku bukan penggemar Fast & Furious tapi aku layan gak lah cerita Fast & Furious sebelum nih.



Nak dijadikan cerita, Sabtu lepas (Ahad mungkin sebab tgk mid-night). Aku & rakan-rakan futsal Klang aku boleh lah tgh-tgh lepak minum petang, bukak handphone tengok Fast 5 dah keluar. Terus pergi TGV Jusco Bukit Tinggi, angkat tiket terus layan mid-night kat situ. Citer start pukol 12:30 pagi (Ahad). Ingat mengantuk, tapi, cerita dia amat best. Kenapa?

Monday, May 2, 2011

Maroon 5 Live in KL

Salam Satu Malaysia …

Hi readers. Wishing you has a blast weekends. Just to share a story with regards to Maroon 5. Prior sharing my story of watching their concert last Friday let me spoon feed you with some information about this band that might be helpful for you guys. Perhaps it gives you more appreciation while reading the entry later on.

Maroon 5 (M5) is an American pop rock band from Los Angeles, California. This band was active since 1994 until now. This Love, She Will Be Loved and Sunday Morning are among their popular song if you had ever heard that. Their album named Songs About Jane which contained the above songs enjoyed major chart success, going gold, platinum and triple platinum in many countries around the world. Enough said about them, let’s begin our talk.

Wednesday, April 27, 2011

Perasaan Jengkel di Office

Salam Satu Malaysia ...

Keadaan menjadi kelam-kabut. Semua serba tidak menjadi. Ini mungkin gara-gara prestasi semalam yang langsung tidak memihak kepada aku. Aku berasa sangat tidak puas hati. Sangat frustated melihatkan prestasi sebegitu. Oh yaaa. Untuk makluman pembaca, ini tiada kaitan dengan pasukan Selangor yang kecundang di tangan Kelantan semalam.

Prestasi aku bukan di tahap terbaik mahupun tahap average aku. Itu yang memusykilkan aku sehingga hari ini. Apa yang tidak kena? Kini, barulah aku faham perasaan seorang insan yang bernama Fernando Torres dengan ketiadaan gol dalam 14 penampilan. Tapi, aku bukan Torres. Aku hanyalah insan yang meminati sukan yang dimainkan oleh 5 orang pemain di dalam gelanggang getah. Natijah daripada itu, aku rasa amat bosan di pejabat.

Tuesday, April 26, 2011

Trip to Seoul - Ep. 5

Salam Satu Malaysia ...

Hari ketiga di Korea atau lebih tepat di Seoul, kami telah memulakan pengembaraan yang lebih mencabar. Kami bangun awal pagi untuk bersarapan kerana aktiviti pada hari itu telah kami tetapkan kerana ia pasti akan berpanjangan sehingga ke malam hari. Aktiviti kami pada hari ini ialah ke Namsan Tower, Myendong Fashion Street & Nandaemun Market selain mencari makanan halal di Itaewoon.

Kami menaiki subway yang disediakan sehingga ke stesen yang aku sendiri dah lupa. Dari situ kami berjalan kaki menaiki kawasan berbukit sedikit sehingga ke Namsan Park. Untuk ke Namsan Tower, sebenarnya kami boleh memilih untuk menaiki kabel car yang disediakan. Akan tetapi, kami lebih gemar untuk mendaki bukit tersebut semata-mata untuk menghayati keindahan alam yang tercipta.

Sunday, April 24, 2011

Birthday Present from Stamford Bridge

Salam Satu Malaysia ...

Jam 12:03 pagi waktu Malaysia, dalam hening tengah malam tiba-tiba handphone aku dikejutkan dengan kiriman sms daripada Mohd Najwadi berbunyi ...

"Happy birthday sahabat. Semoga kemenangan Chelsea jap lagi menjadi hadiah bermakna untuk kamu"



Bukan sahaja sms itu menjadi kenyataan, bahkan perlawanan tersebut turut menyaksikan pemain bernilai 50 juta pound menjaringkan gol selepas beraksi 14 perlawanan. Itulah hadiah hari jadi aku yang ke-XX khas datang dari Stamford Bridge kiriman Fernando Torres. Sangat terharu dengan jaringan pertama beliau untuk pasukan The Blues.

Trip to Seoul - Ep. 4

Salam Satu Malaysia ...

Hari kedua di Korea memang banyak pengalaman berguna. Apa yang dirancang tidak semestinya akan disusuli dengan execution. Setelah berehat semalam selepas tiba dari airport, esok paginya kami bangun awal. Seawal jam 5 pagi malaysia kami dah bangun dan menghirup udara nyaman Incheon. Kawasan yang merupakan seolah-olah country side Korea ini memang segar rasanya. Juga amat sejuk sehingga tangan menggeletar untuk memegang kamera.


Kami bersarapan roti yang disediakan oleh tuan rumah tersebut dan milo packet yang dibawa dari Malaysia. Selepas berbincang untuk aktiviti hari tersebut, kami meminta pertolongan tuan rumah untuk memberi pendapat dengan jadual yang kami rancangkan. Eliz begitu berbesar hati dengan meminta suaminya Jackie untuk menghantar kami ke jeti agar kami dapat ke Sindho Island. Barang semua kami tinggalkan di rumah tersebut kerana selepas aktiviti kami nanti, Jackie akan membawa barang kami dan hantar kami ke stesen Subway berdekatan.

Saturday, April 23, 2011

Trip to Seoul - Ep. 3

Salam Satu Malaysia ...

Seperti janji aku sebelum ini untuk menceritakan pengalaman sepanjang 10 hari berada di Korea akan aku mulakan dengan cerita pada hari pertama. Pada hari pertama, perjalanan bermula dari rumah sewa aku di Kampung Baru. Aku & Hanif bergerak berjalan kaki menuju ke LRT memandangkan tempat perjumpaan dengan Ainna & Firza adalah di KL Sentral.

Di KL Sentral, kami memilih untuk menaiki bas ke LCCT. Perjalanan lebih kurang sejam diharungin dengan dengkuran tidur yang tak seberapa. Setiba di LCCT, perut berkeroncong tidak apa, asalkan berjaya check in dahulu. Selepas check in barulah operasi mengalas perut di Mc Donald berdekatan. Selepas itu, kami terus ke balai pelepasan.Penerbangan yang memakan masa selama 6 jam tu, berjaya diharungi dengan dengkuran-dengkuran kecil.

Monday, April 18, 2011

Trip to Seoul - Ep. 2

Salam Satu Malaysia ...

Seriously walaupun ada internet connection yang Maha Laju kat Seoul nih, aku still jarang update blog sebab masa senggang aku banyak habiskan untuk memilih dan menguploadkan gambar-gambar yang kiteorang amik. Bukan taknak update blog, tapi kalau aku tak upload gambar tu immediately, nanti sure tak buat langsung. Btw, gambar tu jugak nak bagitau family & friends yang kiteorang kat sini ok saja.

So, hari ini hari ke-8 kat Korea. Satu malam kami habiskan masa di Incheon dan sampai kini kami masih di Seoul. InsyaAllah sampai hari Rabu nih. Untuk main activities, semua dah settle. Tinggal satu aktiviti lagi dengan satu group lain & operasi membeli souvenirs.

Monday, April 11, 2011

Trip to Seoul - Ep. 1

Salam Satu Malaysia ...

Nota Tangan: Aku sedih sebab tak dapat tengok Man. Utd vs. Chelsea 2nd Leg UCL.

Tepat jam 1345 waktu Malaysia (hari Isnin), kami berempat (Otroman Taro, Firza, Hanif & Ainna) akan berangkat ke Korea Selatan sebelum disusuli Faezah pada hari Rabu nanti. Kemudian, kumpulan kedua akan menyusul pada hari Isnin minggu depannya yang diketuai oleh Nina. Ini merupakan trip pengembaraan paling panjang aku rasa pernah aku buat. Dengan persiapan yang tak seberapa, kebanyakkannya last minute. Tapi info carik sana sini banyak membantu.



Pada awalnya, kumpulan pertama (kumpulan aku) terdiri daripada Aku, Firza, Ainna & Nur Amalia. Tetapi, di atas komitmen kerja, Nur Amalia tidak dapat mengikuti pengembaraan ini. Jadi, pada hari Khamis yang lalu, betul-betul selepas housemate aku (Hanif) baru pulang dari offshore, aku terus ajak join sekali. Alhamdullilah, respon yang diberi adalah positif. Hari Jumaat itu jugak baru beli tiket yakni 3 hari sebelum hari pelepasan.

Sunday, April 10, 2011

Saya Risau Prestasi Saya !!!

Salam Satu Malaysia ...

Nota Tangan: Dengan rasa risau diri ini dalam menulis entri ini.

*Picisan FC*

Di universiti dulu, Picisan FC merupakan team pertama aku bernaung. Hasil titik peluh sendiri untuk menubuhkan pasukan, pasukan ini berjaya bermain 2 musim untuk Liga UTP. Kalau ikutkan, ini merupakan pasukan kedua di dalam Batch UTP Jan'04. Majoriti pemain adalah dari lembah klang, utara dan selatan semenanjung. Kini pasukan ini bolehlah dikatakan sudah berkubur. Hanya bermain bila masing-masing bercuti. Itupun main futsal. Tapi kini semuanya sudah berubah.

Tuesday, April 5, 2011

Jom Check Performance Blog Anda

Salam Satu Malaysia ...

Nota Tangan: Background Music: Tropika - Cinta Pantai Merdeka

Selalu aku update blog je. Tapi tak pernah pulak terfikir apekah performance blog aku. Tadi dalam bosan-bosan, aku pon korek-korek lah dashboard blogger nih. Tup tap, baru aku perasan, ada satu tab amat informative. Tab STAT (statistic). Secara amnya, kat sini kita boleh tahu performance blog kita. Berapa ramai pelawat, dari mana mereka datang, entri apa popular, dorang search blog kita dari mana dan macam-macam lagi.

Dashboard Blogger

Dengan itu aku godek-godek la menatang nih. Semangat punya pasal, terus aku message Erry (blogger sempoi..support die rakan blogger) kat FB, mane lah tau die boleh tulis sesuatu pasal benda nih. Lagipun penulisan dia agak kreatif. Aku suka baca blog dia. Alamak, cam lari topik la plak. Sorry Sorry Sorry. Jom lah kita beramai-ramai kembali kepada analysis http://tentuluran.blogspot.com dari May 2010 hingga April 2011.

Monday, April 4, 2011

Pemergian Seorang Sahabat Yang Ku Sayangi

Salam Satu Malaysia ...

Pemergian Seorang Sahabat Yang Ku Sayangi

Saudara Amirul Hakimi Bin Abdul Alyem
25 April 1986 - 5 April 2006

Aku ingat lagi dulu-dulu.
Bila dia ada.
Dia tempat aku meminta apa-apa.
Dan dia tak pernah mengecewakan aku.

Waktu aku demam, selain mak dan ayah, dia yang paling ambil berat tentang aku.
Payah untuk aku lupa.
Dia suka sangat buat lawak.
Walaupun kadang-kadang lawak yang dia buat tu tak menjadi.
Dia suka hiburkan semua orang.walaupun dia sendiri sedang bersedih.

Wajah dia selalu sayu tiap kali tiba 1 syawal.
Kedua-dua orang tua nya pulang ke rahmatullah seawal usianya 3 tahun.
Dia tinggal dengan kakaknya.

Waktu di asrama dulu, bila semua orang tidur dia menangis seorang diri.
Dia menangis senyap-senyap di sebalik bantal.
Aku sedar sebab aku berpura-pura tidur.
Dia menangis dan menangis sampai betul-betul tertidur.
Aku tak tahu apa yang aku perlu buat ketika itu.
aku tahu,dia rindukan kedua-dua orang tua nya.

Tahun 2006 dia meninggal dunia.

Sunday, April 3, 2011

ST Bowl

Salam Satu Malaysia ...

Laporan Asal: Otroman Taro

Wangsa Maju, 3 April - Kejohanan Boling tertutup peringkat ST telah berjaya menarik seramai 7 peserta. Pertandingan yang dijadualkan pada 2 April jam 8 malam terpaksa ditunda kepada 3 April jam 12.30 pagi atas masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Menurut penganjur, pertandingan itu terpaksa ditunda gara-gara kemenangan Manchester United ke atas West Ham dan kekalahan Liverpool cap ayam kepada West Brom.

Peserta-peserta yang menyertai pertandingan ini adalah seperti ST [6], ST [19], ST [23], ST [7], ST [8], ST [4] dan ST [17]. Walaupun permainan kesemua peserta adalah hambar pada awal permainan berikutan masalah cuaca di tempat kejohanan, peserta masih mampu tersenyum girang gara-gara bola boling menjengah longkang. "Ini adalah permainan pertama saya dalam dunia bowling. Saya hebat tapi saya rilek", kata peserta yang berasal dari Sungai Petani iaitu ST [4].

Wednesday, March 30, 2011

Budak Kelantan Gedebe ???

Salam Satu Malaysia ...

Disclaimer: Gambar Sekadar Hiasan

Kali ini aku nak cerita sikit pasal BUDAK KELANTAN. Aku tak tahu ini propaganda atau apa, tapi sejak pasukan bola sepak Kelantan mempamerkan aksi kebangkitan yang mendadak sehingga menjadi juara Piala Malaysia, gelagat penonton mereka sering menjadi tajuk utama akhbar. Keghairahan mereka dalam menyokong pasukan telah membuat banyak pihak tidak berpuas hati. Mereka juga sering digelar "gedebe".

Gedebe dalam maksud bahasa Kelantan secara kasarnya bermaksud samseng. Tapi, jika diurai satu persatu, ia boleh juga dibawa kepada maksud yang lebih positif. Gedebe juga boleh membawa maksud berani. Mungkinkah kita boleh memberi maksud Tok Janggut pahlawan Kelantan suatu masa dahulu sebagai Gedebe? Jadi, aku ingin mempositifkan keadaan dengan memaksudkan gedebe sebagai berani.

Saturday, March 26, 2011

Battle: LA vs ... Dalam Botol

Salam Satu Malaysia ...

Disclaimer: Review ini hanya daripada pandangan -tentuluran-

Niat di hati tadi pergi ke MBO Cinema di Harbour Palace untuk menonton filem ... Dalam Botol. Serius, memang aku nak tengok filem nih. Itupun sebab semalam time balik dari KL ke Klang, dengar Suria FM, producer filem tu, Raja Azmi cakap itu berdasarkan kisar sebenar. Aku leh expect hasil die pasti lebih kurang seperti filem 2 Alam. Tapi, setibanya kiteorang (maknanya aku bukan pergi seorang), MBO tak tayangkan filem tu. Tak tau nape. Maybe baru release untuk TGV & GSC je kot. Ntah. Aku pon tak pasti.



Dengan itu, kami ternyata tidak hampa malah lebih gembira. Kenapa ??? Sebab takder lah bazirkan duit tiket untuk tengok cerita tu. So, kiteorang decide tengok cerita Battle Los Angeles. Dapat duduk dalam Main Hall (Hall 10). Dalam panggung tu cam biasa kurang dari 20 orang. So, satu row tu kiteorang yang punya. Rest arm die siap leh jatuh naik, memang terbaring lah dekat situ. Ambik 4 seat terus baring. So, review die amacam?

Wednesday, March 23, 2011

... dalam Rumah !!!

Salam Satu Malaysia ...

Background: Dewa 19 - Roman Picisan

Kehidupan liku-liku Kuala Lumpur benar-benar membosankan aku sejak kebelakangan ini. Rutin harianku adalah bangun pagi. Siap pergi kerja (itu pun kadang-kadang lambat sampai office). 8 jam paling kurang di office. Balik kerja. Tidur kejap. Buka internet. Baca blog sambil buat entri baru (kalau rajin). Main FB. Tengok TV jap. Tidor balik. Sebabnya ?? Jammed !!! Buat aku malas betul nak keluar.

Sekarang pon kat rumah nih duduk sorang-sorang. Housemate aku semua tiada buat masa ini. Kami menyewa di Kampung Baru seramai 4 orang kesemuanya. Azizi, Najmie, Hanif & Aku. Ketika ini hanya aku sorang sahaja berada di rumah. Azizi sedang terlantar di Prince Court Medical Centre sebab baru operate lutut. Najmie kerap ulang-alik rumah dia di Subang. Hanif kini berada di tengah-tengah Laut China Selatan atas dasar kerja. Aku hanyalah di rumah kerana kerja aku banyak di office buat masa ini. Jadi, entri kali ini aku nak cerita mengenai housemate aku.

Tuesday, March 22, 2011

Workaholic Syndrome

Salam Satu Malaysia ...

Background: Dewa - Separuh Nafas

Dalam keenakan & keasyikan merenung tepat ke arah laptop di office siang dek leka membuat kerja tiba-tiba "ting". Satu email telah menjengah ke dalam inbox outlook. Kerana sedar dek kekurangan diri hari ini kerana lambat masuk ke pejabat, email itu terus diabaikan buat sementara waktu kerana ia daripada orang yang tidak berkaitan dengan kerja aku.

Selang beberapa minit selepas itu, tergerak jari untuk klik apakah isi email tersebut. Ternyata ia bukan perihal kerja. Tetapi berupa nasihat agar kita tidak terlalu rajin dalam pekerjaan atau dalam bahasa glamor dia "workaholic". Menurut artikel tersebut, "Workaholism May Be Killing You". Lantas aku amati satu persatu kandungan artikel tersebut.

Sunday, March 20, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Salam Satu Malaysia ...

"Jika pintu empangan sudah dibuka, mana bisa ku tahan airnya"

Itulah antara bait-bait dialog yang masi terngiang-ngiang di telinga walaupun sudah lebih 24 jam menyaksikan cerita lagenda melayu Hikayat Merong Mahawangsa. Secara ratingnya, aku beri cerita ini 4 daripada 5 bintang. Ini berdasarkan plot cerita dan grafik yang menarik selain kepelbagaian yang ditonjolkan hasil kerja tangan anak tempatan. Sebelum itu, mari kita imbas kembali informasi mengenai Hikayat Merong Mahawangsa (HMM).


INFORMASI


HMM atau Sejarah Kedah adalah hikayat yang menceritakan susur galur Merong Mahawangsa dan pengasas Kedah, sebuah negeri di Malaysia. Sungguhpun terdapat beberapa fakta sejarah, ia turut mengandungi dakwaan yang mengagumkan. Era yang dirangkumi oleh teks ini bermula dari pembukaan negeri Kedah oleh Merong Mahawangsa, yang didakwa sebagai keturunan Iskandar Agung dari Macedonia sehingga ketibaan Islam pada abad ke-2 Masihi. Merong Mahawangsa merupakan penganut Hindu dan terdapat sembilan pemerintah Hindu sebelum Phra Ong Mahawangsa memeluk Islam pada 1136 dan mengambil nama Sultan Mudzafar Shah. Hikayat ini turut mengambarkan serangan Chola ke atas Kedah (Original Source).

Champion League Quarter Final

Salam Satu Malaysia ...

Background: Final Raja Lawak 5 Ulangan di Astro

Semua sedia maklum Jumaat lepas, proses pengundian untuk 8 pasukan terakhir dalam kejohanan bola sepak kelab eropah telah dilakukan. Ada yang mengejutkan, ada yang sudah meramalkan. Itulah hakikat bola sepak dunia. 8 kelab terbaik eropah yang dimaksudkan ialah Real Madrid, Tottenham, Inter Milan, Schalke 04, Chelsea, Manchester United, Barcelona & Shakhtar Donetsk.

Kalau tengok pada undian (seperti gambar di atas), pasti anda terkejut dengan pertemuan antara Chelsea & Manchester United. Kat sini, taknak cerita banyak tentang pasukan lain sebab pasukan kegemaran ialah Chelsea. Kalau di FB, memang ramai sangat fans Manchester United jika dibandingkan dengan Chelsea.

Thursday, March 17, 2011

In BRIEF !!!

Salam Satu Malaysia ...

Entri ini paling RINGKAS !!!

Gambar di atas describe me in brief.

Wednesday, March 16, 2011

Perpindahan Termurah JT[17]

Salam Satu Malaysia ...

Nota: Baca dalam nada sinis agar dapat masuk bakul angkat sendiri

Kuala Lumpur, Selasa - ST Team memecahkan rekod perpindahan dalam sejarah kelab futsal Gugusan Tanah Melayu apabila mengikat kontrak dengan Jamel Torres menerusi bayaran secara percuma dari kelab Cheeseburger F.C.

Penyerang SelangorNyol itu mengikat kontrak selama-lamanya bersama ST Team jika terdapat perlawanan yang memerlukan khidmat beliau. Perpindahan ke ST Team yang disifatkan sebagai rekod perpindahan terbersih tanpa menggunakan wang dan berkhidmat secara sambilan adalah yang pertama kali berlaku di Gugusan Tanah Melayu.

Sunday, March 13, 2011

Akulah Kekasihmu

Salam Satu Malaysia ...

Niat di hati tadi pergi Pertama Kompleks untuk mencari jersi pasukan futsal & mencari knee guard. Tapi, jalan punya jalan tak jumpa-jumpa kedai. Demi tidak merugikan masa, singgah sebentar di Pusat Permainan Video kat sana. Situ ada jugak Karaoke Jamban. Layan gak lah. Jamban pon Jamban lah.

Actually, aku pergi situ takder reason yang munasabah pon. Saja jalan-jalan nak buang masa. Kalau duduk sorang-sorang nanti bukan-bukan plak difikirkan. So, agak-agak korang, lagu apa aku nyanyi kat situ? Ok! Tak payah teka la sebab aku tau korang bukan nak teka pon. Aku nyanyi lagu di bawah ini.

Musibah 19 Mac ??

Salam Satu Malaysia ...

Dunia akan dilanda musibah pada 19 Mac ???

Itulah persoalan yang sedang diajukan kepada pengamal astrologi dunia. Ini kerana pada 19 Mac, Bumi dikatakan akan berada pada kedudukan paling hampir dengan Bulan sejak tahun 1992. Dengan kedudukan ini, akan berlakulah fenomena yang dikenali sebagai "lunar perigee" ataupun "Supermoon".

*Gambar Sekadar Hiasan Ikhsan Google Image*
Bila fenomena Supermoon ini berlaku, huru-hara dunia akan berlaku seperti ribut taufan, gempa bumi, letusan gunung berapi dan pelbagai bencana alam yang lain. Mengikut pakar astronomi, mereka memberikan alasan "graviti" yang tercetus akibat kedudukan hampir antara Bulan dan Bumi pencetus kepada pelbagai masalah cuaca melampau (sebelum mahupun selepas tarikh 19 Mac).

Saturday, March 12, 2011

Bila Banggunan Berdansa di Jepun

Salam Satu Malaysia ...

Background: MSL Negeri Sembilan (1) vs. Selangor (2)

Semua sedia maklum dengan bencana yang melanda negara matahari terbit. Kita bertuah kerana di Malaysia, kita tidak terdedah dengan bencana-bencana seperti itu. Marilah kita panjatkan kesyukuran kepada Ilahi dan berdoa agar semuanya selamat di sana.



Ikhlas daripada :- tentuluran [dot] [com]

Otroman Itu Wira Jika ...

Salam Satu Malaysia ...

Background: MSL Negeri Sembilan vs. Selangor

Apa yang dilihat diluar tidak seperti yang digambarkan di dalam. Itulah ungkapan sesuai di kala kita sedang enak memikirkan sesuatu secara bersendirian. Itulah lumrah kehidupan bagi seorang manusia yang ingin menjadi lebih baik daripada keadaan asalnya. Walaupun dicaci, dibenci, dikeji, dicuci, mana bisa ia tahan. Ia tidak ubah seperti perumpamaan "Jika Empangan Sudah Dibuka Mana Bisa Ku Menahannya". Terlalu sastera kah bahasaku kali ini?

*Gambar Sekadar Hiasan*
Pada 2 minggu lalu, aku dikejutkan dengan satu berita baik sebenarnya. Aku ditawarkan untuk berpindah ke Kerteh untuk meneruskan kerjaya aku di sana. Akan tetapi, keadaan seolah-olah tidak memihak kepadaku kerana aku belum bersedia untuk ke sana. Walaupun itu yang kuimpikan, bila difikirkan kembali, seolah-olah ada sesuatu yang menahan pemergian aku ke sana. Dengan itu, aku meminta untuk menangguh perpindahan tersebut dan kini ia sedang dalam peringkat perbincangan orang atasan pejabatku.

Thursday, March 10, 2011

Tips Futsal

Salam Satu Malaysia ...

*Gambar Sekadar Hiasan*

Entri kali ini saja nak share mengenai permainan futsal dari sudut pandang yang berbeza. Permainan futsal memerlukan beberapa elemen penting dan apabila bergabung, ia akan menjadi satu permainan yang dasyat. Secara amnya, permainan futsal memerlukan KEPANTASAN, KEAJAIBAN, TAKTIKAL, FORMASI & PERTAHANAN. Berikut merupakan huraian ringkas bagi setiap elemen yang dinyatakan agar dapat dijadikan tunjuk ajar kita sedikit jika tidak banyak.

Tuesday, March 8, 2011

Bowling Bilang Benci

Salam Satu Malaysia ...

Aku tak tahu kenapa lately aku suka sangat main bowling. Ini dah malam kedua berturut-turut aku main bowling. Tempat biasa lepak kat Wangsa Walk. Pergi sorang-sorang tunggu member sampai, pastu terus je membowling. Kalau semalam aku bermain dengan Farid, hari ini aku bermain dengan Mudong. Mungkin aku perlukan aktiviti malam untuk aku lupakan segala memori atau benda yang bakal terjadi. Lebih-lebih lagi tarikh 12 & 13 Mac bakal menyusul. Aku amat tak comfortable dengan tarikh tu.

Kebetulan tadi, masa kiteorang tunggu main, org bowling tu offer main game free sebab nak habiskan game kat lane tu. So, dapat lah extra 2 games sorang. Kira total main 4 game la. Pancet gak tangan. Berpeluh gak lah main tadi. Main 2 orang je. Rest pon sikit jek. Lepas je main, balik lepak kat Daring Tomyam. Saje layan angin malam. Ironinya, malam nih adalah game terbaik aku. Last week score 145. Semalam 166. Hari ini 176. Improvement. Aku mencari konsistensi actually.

Monday, March 7, 2011

Otroman Otroman

Salam Satu Malaysia ...

Lagu Latar: Dinamik - Antara Gadis

Pernahkah anda semua tercapai akal jika penyelamat dunia seperti Otroman (bukan Ultraman) berdiskusi di meja bulat. Sambil memakan kuih yang diorder dari caterer. Discuss pasal isu-isu keselamatan bumi. Serangan raksasa. Serangan makhluk asing. Tidak tercapai akal aku. Tapi, itulah yang terjadi apabila Otroman Ace (kawan aku) tagged Otroman Taro (aku) dan Otroman Tiga (kawan aku) dalam post FB dia.

Mungkin ramai dah tgk kat FB tu melambak orang buat ala-ala macam nih. Time merdeka. Pasal politik. Macam-macam lagi lah. Tapi, kali ini, ini memang tidak dirancang. Sebab tu ayat dia pon sikit jek. Lagipun, video youtube tu best kot. He he he.

Aksi pre-Boling T.I.A

Salam Satu Malaysia ...

Nota: Bowling cara kita melunaskan stress di office.

Laporan Asal: Otroman Taro

Wangsa Maju, 3 mac - Pasukan boling SKG Management "Tolong Ingatkan Aku" atau lebih mesra dengan panggilan T.I.A (gambar kedua dibawah) telah mengadakan sesi latihan bersama-sama pemain baru. Sebelum ini, pasukan T.I.A telah pun menyertai pertandingan boling peringkat syarikat. Laporan asal pertandingan tersebut boleh didapati di blog Putih Violet.

Pungutan mata bersama pemain-pemain baru

Serentak itu, memandangkan pasukan T.I.A akan menyertai satu lagi pertandingan boling peringkat jabatan pada 15 Mac 2011, ketua pasukan T.I.A, Jamel telah mengadakan satu sesi latihan bersama pemain-pemain baru sambil dibantu oleh 3 pemain T.I.A iaitu Nina, Firza & Nita. Bertempat di Wangsa Bowl, Wangsa Walk di Wangsa Maju, sesi latihan sebanyak 2 permainan telah diadakan bagi bertujuan meningkatkan prestasi pemain sebelum menempuh aksi pertandingan yang dijadualkan pada minggu hadapan.

Sunday, March 6, 2011

ST Team Mengamuk

Salam Satu Malaysia ...

Nota: Sila baca dalam nada berita.

Laporan Asal: Otroman Taro

Subang, 5 Mac - Kejohanan Futsal Sokernet yang dilangsungkan di Sunway Extreme Park telah menarik sebanyak 16 pasukan terhandal dari seluruh Malaysia. Kejohanan yang menawarkan hadiah kebanyakannya hamper-hamper bernilai ratusan ringgit membuat pasukan Steady Troopers atau lebih dikenali ST Team cukup teruja.


ST Team dianggotai oleh 9 ahli pasukan (walaupun pendaftaran pemain terhad kepada 8 orang sahaja) rata-ratanya bekas pemain negeri telah berjaya memberi tentangan sengit sepanjang kejohanan. Menurut ketua pasukan ST Team, Mohd Asrul Radzi,

Wednesday, March 2, 2011

Nike 5 Elastico Pro

Salam Satu Malaysia ...

Sudah lama aku tidak membeli kasut futsal yang baru. Kali terakhir ialah pada 24 April 2010. Aku membeli Mercurial IC Victory. Kasut yang dimaksudkan itu pon skarang sudah mencapai tahap tarikh luput. Sudah koyak dibahagian tapak kasutnya. Namun ia banyak berjasa dalam memberi prestasi cemerlang aku (kononnya lah). Aku tidak akan melupakan jasanya sebagai kasut yang sedap dipakai semasa berfutsal.

Kini, aku telah pon membeli kasut futsal baru pada 2 March 2011. Nike 5 Elastico Pro. Secara jujurnya, aku tak pernah pakai kasut jenis nih. Ini pertama kali. Moga kehadiran kasut baru ini akan meningkatkan prestasi aku di gelanggang futsal. Kalau tak pun, maintain macam dlu pon dh kira best. Kita tgk performance dia nanti. Welcome Nike 5 Elastico Pro.

Monday, February 28, 2011

Jangan Baca Kalau Lemah Semangat

Salam Satu Malaysia ...

Mungkin ramai mengenali Usman Awang, A Samad Said dan ramai lagi tokoh sasterawan negara. Mungkin juga ramai mengenali penulis novel terkenal tanah air seperti Aina Emir, Pak Latip dan ramai lagi. Tapi, anda mungkin tidak berpeluang mengenali penulis novel atau cerpen terbaru. Anda tidak mengenali beliau mungkin kerana bakatnya belum berjaya ditonjolkan lagi sebelum ini.

Dengan kesempatan yang saya ada di sini, saya ingin mempromosikan seorang penulis novel dan cerpen yang mula menapak di dalam industri penulisan. Memperkenalkan Mohd Firza Azra atau nama pena Facebook beliau Piz Za. Anda boleh click for more info untuk membaca hasil nukilan pertama beliau.

Sunday, February 27, 2011

Murtabak Singapore

Salam Satu Malaysia ...

Disclaimer: Gambar sekadar hiasan. Tiada kena mengena mengenai Arak mahupun yang lelain.

Apa ke jadah wanita-wanita di Malaysia ini? Togak arak sana sini. Bukan beragama lain. Tapi agama Islam. Apa ke jadah sudah jadi pada Malaysia? Kata negara membangun. Akhlak? Moral? Ke mana semua ini pergi?

Ok. Itu bukan tajuk entri kali ini. Tajuk kali ini berkisar pasal Murtabak Singapore.


Actually, last week time tgk Jalan Jalan Cari Makan (JJCM), dorg ada mention pasal murtabak Singapore sedap nih. Nak tau sedap tak sedap, kena la try kan. Sebelum itu, kami berlima je yang pergi ke sana. Kami ialah Jamel, Faidzal, Nina, Ainna & Hawa. Aku ada ajak budak-budak futsal nih huh. Tapi sorang pon taknak ikot. Bajet nak rehat bagai semua. Tak reply pon ada gak. Tapi takpa, master planner always have his intervention plans.

Sunday, February 20, 2011

Putrajaya Menjerit

Salam Satu Malaysia ...

Muzik Latar: Cinta Pantai Merdeka - Tropika
Nota Tangan: Title berdasarkan status FB seseorang yang telah diolah

Entri nih agak lewat skit sebab rasa macam kurang masa lak lately. Mana taknya, financial year company aku kerja dah nak abes. So, skang musim appraisal. Doakanlah aku dapat rating elok-elok hendaknya. Kalau murah rezeki, dapat lah bonus agi tahun nih. He He He. Actually, nak post pasal post-event Kenduri Doa Selamat Norain. Norain nih dlu clerk kat tempat aku keje. Esok die berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan Umrah. So, last week dia buat kenduri doa selamat skit. Kteorg satu office turun lah memeriahkan majlis.

Dari Kiri: Nina, Faidzal, Aku, Fae

Lepas je majlis, kteorg terus pecah dua. Satu heading to KL. Satu heading to Putrajaya. Group akulah yang pecah ke Putrajaya. Kat situ, saja-saja nak mendera dua orang budak perempuan a.k.a wanita (i.e. Nina & Fae). Aku ng Faidzal tolong arahkan and amik gambar je. Saje je memain sebab masing-masing tade komitmen aritu. Btw, Nina tu yang pakai baju merah. Lagi satu tu Fae. Faidzal lak kemeja merah. Nak lagi gambar ???

Tuesday, February 15, 2011

Nur Arissa

Salam Satu Malaysia ...

Muzik Latar: Aizat - Sungai Lui


Nur Arissa Binti AzaharItulah nama anak buah pertama dan buat kali ini masih menjadi yang pertama. Ho ho ho. Bila belek-belek gambar dalam laptop nih, jumpa la gambar-gambar budak kecik nih. Dari kurus ke tembam dan kurus semula. Ha Ha Ha. So, post kali ini memang amat pendek. Terlalu ringkas. Antara koleksi gambar budak kecik nih ialah.

Friday, February 11, 2011

Apa Masalah Kamu? 3C !!!

Salam Satu Malaysia ...

Muzik Latar: Dato' Siti & S.M Salim - Pandan-Pandang Jeling-Jeling

How to start huh? I'm thinking. Thinking. Thinking. Ok. Spot it.

Minggu nih rasanya minggu paling jammed utk otak aku. Dari kerusi office, naik masuk LRT, bawa ke kereta, sampai masuk rumah. Semua ada je tak kena. Ada je yg aku tak puas hati. Tapi, aku simpan je. Act as normal. Exactly as nothing is happening. Somehow, malam tu nanti baru kucar kacir bila fikirkan balik.

Masalah aku rasanya simple. Tapi susah nak solve. Ok. It's going to private matters now. Camne tu simple tapi susah nak settle? Dulu, aku amik mudah je. Buat bodoh sokmo. Lantaklah. Feel the flow dude. Feel the flow. Skang takleh dah cmtu. Kene ada plan. Ade contingency plan. Kena ada everything to cater every needs. Still tak masuk point utama agi nih. Bila fikirkan balik aku rasa, masalah aku ialah disebabkan oleh 3C

Wednesday, February 9, 2011

Lepas Ariel, Luna Maya Pulak !!!

Salam Satu Malaysia ...

Muzik Latar: Manchester Orchestra - I Can Feel A Hot One
Info Kepala: Cerita ini adalah cerita benar & diolah oleh penulis untuk melindungi sensitiviti.

Lately, aku macam terhidu something fishy. Ho ho ho. Mana tak nya, asal bukak FB je rasa something not right. Ok! Ok! Aku admit aku salu stalk page page tak berkenaan. Usha photos nak dptkan idea utk next photoshoot. Usha link-link menarik yang dorg post. Camne nak citer benda yang fishy nih ek? Aku nih jenis kuat menafsir gak la. Kekadang tu, prediction aku tepat. Tu kelebihan aku lah. Aku boleh jadikan satu story based on apa yang aku nampak & aku deduce.

Sekali tu, aku ternampak member aku post something. Ada orang reply something. No harm la. Yang reply tu aku knal and pernah ada hati ng dia. Yang post tu pon aku kenal sebab one best buddy la kan. Sekali. Takpe. Ok agi tu. Kebetulan la tu. Kali kedua, benda yang sama terjadi. Tapi, kali nih berlainan sebab dia vice versa. Ok. Takpe. Kebetulan la kot. Padahal dalam hati dah panas. Oh, sebelum terlupa, cara reply tu buat aku rasa something fishy is going on. Korang paham la kot apa maksud dia.

Sunday, February 6, 2011

Le Tour de Langkawi - Stage 10

Salam Satu Malaysia ...

Muzik latar: Manchester Orchestra - I Can Feel A Hot One

Mungkin entri ini sudah terlambat. Tapi, nak gak post sebab rasa ia sesuatu yang menarik. Tanggal 1 Februari merupakan Hari Wilayah yang disambut oleh Wilayah Persekutuan Putrajaya, Labuan & Kuala Lumpur. Dengan itu, hari tersebut diiktiraf sebagai hari cuti umum untuk wilayah-wilayah tersebut. Ironinya, pada tanggal 1 Februari juga merupakan hari terakhir perlumbaan Le Tour de Langkawi. Perlumbaan sebanyak 10 peringkat itu ditamatkan di Dataran Merdeka pada tanggal 1 Februari.

Aku tidak ketinggalan menyaksikan perlumbaan tersebut walaupun info yang diperoleh hanya tiba pada jam 1:30 petang. Dengan tidak melengahkan masa, jam 2:30 petang kami (Aku & GG) bergerak ke Dataran Merdeka dengan 2 tujuan. Pertama, untuk menyaksikan perlumbaan yang jarang-jarang dapat dilihat depan mata. Kedua, untuk belajar mengambil gambar. Alasan kedua itu mungkin lebih tepat. Perlumbaan sejauh 104.6 km yang bermula di UiTM Shah Alam dan diakhiri di Dataran Merdeka lebih menyemarakkan semangat kami untuk ke sana.

.... lagi gambar selepas ini

Thursday, January 27, 2011

Puzzled

Salam Satu Malaysia ...

Dah jarang sangat aku update blog ni. Reader pon bukan ramai sangat. So, xde la rasa bersalah ke apa. Just lately, kurang aktiviti menarik untuk diceritakan. Life kinda a boring lately. Tidur, makan, kerja, tidur, makan, kerja. Ntah lah. Adalah skit funs here and there. Tapi, nak cerita pon x best sangat pon. Heeeeeeee.

For a past 2 weeks, xde aktiviti yang betul-betul menarik. Khamis minggu lepas berfutsal dengan budak-budak di KL nih hah. Jumaat berfutsal dengan budak-budak di Klang nih hah. Sabtu ada tournament bowling company tempat kiteorg kerja kat Sunway. Malam tu pulak berfutsal skali lagi dengan budak-budak Klang nih hah. Ahad berfutsal lagi dengan budak-budak KL nih hah. So, pergi balik pergi balik tu je la kerja yang aku buat pon.

Thursday, January 20, 2011

Opportunity

Salam Satu Malaysia ...

Entri kali ni simple. PELUANG atau dalam bahasa orang putihnya OPPORTUNITY. Tak semua yang kita hendak dapat dengan mudah. Ianya mesti datang dari usaha & peluang yang ada. Itu yang aku nak share kat sini. Cerita agak membosankan tapi kadang-kadang bila fikirkan balik agak berguna.

Jika korang berpeluang untuk berehat 10 minit. Kosongkan minda dari semua benda. Cuba fikirkan apakah benda yang terbaik untuk diri sendiri. Bagi aku, cara berfikir begitu lagi berkualiti dan keputusan dicapai lebih tepat. Yang menjadi masalahnya ialah, aku tak berpeluang berbuat demikian or aku tak amik peluang yang diberikan.

Sekarang aku perlu mempergunakan peluang yang aku ada. Mempelbagaikan peluang yang aku boleh buat. Take advantage dengan peluang yang aku dapat. Guna peluang sebaik mungkin untuk aku dapatkan keputusan yang tepat. Aku saja nak post nih, sebab lately aku ada dapat satu peluang tapi ...................

Saturday, January 8, 2011

First Trophy for 2011

Salam Satu Malaysia ...

Background music: Awan Nano by Hafiz AF7

Semuanya bermula dengan satu ayat pada hari Rabu.
"Jom join futsal tournament KSRP sabtu nih."

Untuk pengetahun pembaca, KSRP bermaksud Kelab Sukan & Rekreasi PETRONAS. Bermula detik itu, sesi pencarian pemain bermula. Kami hanya mampu kumpul 6 orang pemain akhirnya walaupun had utk mendaftar pemain termasuk pengurus pasukan adalah 9 orang. Tapi, sebab minat punya pasal, tak kisah, terus je join. Sebanyak 27 pasukan mengambil bahagian.

Pagi Sabtu tu jugak pergi daftar. Perjumpaan pemain-pemain merupakan perjumpaan pertama sesama sendiri. Ibarat kawan main utk kawan utk kawan. Ha ha ha ha. Minat punya pasal, semua boleh get along. Tak kisah, janji semua satu matlamat iaitu bemain futsal. Dengan yuran penyertaaan RM50 kami diberi makan tengah hari & t-shirt sebagai souvenir. Berikut ulasan keseluruhan.

Thursday, January 6, 2011

Hantu Bogel Kereta Rosak

Salam Satu Malaysia ...

Music background: OST Lagenda Budak Setan & OST I'm Not Single

Apa yang akan anda lakukan jika kereta anda breakdown ???

Ini adalah situasi sebenar yang terjadi kat aku bersama rakan-rakan semasa kteorg baru turun dari Genting Highlands. Kereta aku breakdown kat R&R Genting Sempah. Sebelum aku share apa yang patut dibuat, aku citer skit bagaimana ianya terjadi. Dalam 7:40 kteorg sampai kat R&R Genting Sempah utk solat, makan etc.

Dalam 9:15 gerak semula ke kereta untuk menuju semula ke Kuala Lumpur. Kereta dipandu seperti biasa sehinggalah kawan aku sorang mintak stop kat kedai jual buah berangan. Lepas semua masuk balik dalam kereta, kereta aku lost power. Press minyak tak leh accelerate gak. Macam gear tak masuk. Then, datang lah satu kereta nak tolong (dorg nih cm mechanic gak la). Dorang cakap, minyak gear aku leaking. So, kereta tak leh nak gerak. Berada di R&R Genting Sempah dgn orang tak dikenali nak offer tolong (sure die hayun kaw kaw nye price die). Camna nak buat tu? Pertama sekali, JANGAN PANIK. Apa yang perlu dilakukan ialah seperti berikut.

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...