Saturday, January 8, 2011

First Trophy for 2011

Salam Satu Malaysia ...

Background music: Awan Nano by Hafiz AF7

Semuanya bermula dengan satu ayat pada hari Rabu.
"Jom join futsal tournament KSRP sabtu nih."

Untuk pengetahun pembaca, KSRP bermaksud Kelab Sukan & Rekreasi PETRONAS. Bermula detik itu, sesi pencarian pemain bermula. Kami hanya mampu kumpul 6 orang pemain akhirnya walaupun had utk mendaftar pemain termasuk pengurus pasukan adalah 9 orang. Tapi, sebab minat punya pasal, tak kisah, terus je join. Sebanyak 27 pasukan mengambil bahagian.

Pagi Sabtu tu jugak pergi daftar. Perjumpaan pemain-pemain merupakan perjumpaan pertama sesama sendiri. Ibarat kawan main utk kawan utk kawan. Ha ha ha ha. Minat punya pasal, semua boleh get along. Tak kisah, janji semua satu matlamat iaitu bemain futsal. Dengan yuran penyertaaan RM50 kami diberi makan tengah hari & t-shirt sebagai souvenir. Berikut ulasan keseluruhan.

Perlawanan pembukaan, kami menang 4-0. Rentak kemenangan diteruskan pada perlawanan kedua dengan 5-0. Dengan 2 kemenangan, kami layak ke pusingan kedua pertandingan. Menanti pusingan kedua pertandingan amat lama sebab kami main 2 game straight dan kumpulan kami hanya mempunyai 3 pasukan.Pada pusingan kedua, kami menang 5-3. Dengan tidak mengambil lagi sarapan pagi, rata-rata pemain sudah kepenatan untuk menempuh pusingan suku akhir. Pada perlawanan suku akhir kami seri 1-1 sebelum menang dalam aksi penalti dengan jaringan 2-0. Dengan ini, kami layak ke peringkat separuh akhir.

Kejutan berlaku sekali lagi. Kami diarah untuk beraksi di court besar (taraf FIFA). Semua pemain tidak pernah beraksi di gelanggang besar. Aku pernah bermain dengan gelanggang besar tapi bukanlah dengan jumlah 5 pemain dalam satu pasukan (kteorg main selalu 6 sebelah). Dengan satu pemain simpanan, kami dikejutkan dengan pasukan naib juara pada peringkat separuh akhir dengan jaringan 3-0. Dengan itu, kami hanya layak untuk beraksi untuk merebut tempat ke-3 & ke-4. Kami tewas lagi pada perlawanan seterusnya dengan jaringan 1-0.

Dengan itu, kami hanya mampu membawa pulang 9 medal pertandingan (walaupun 6 pemain sahaja beraksi) & wang tunai RM250 yang segera diagihkan kepada para pemain. Ha ha ha. Walaupun matlamat kami hanya untuk suka-suka, ia bertukar kepada kejayaan yang tidak disangka. Ap-apa pon, terima kasih kepada para pemain Mudong, Firza, Fahmi, Akim & Poji. Walaupun prestasi permainan aku bukan ditahap sebenar (testified by Mudong & Firza sebab aku salu main ng dorang), still leh cop-up for 4th place. Dan inilah trofi pertama aku untuk 2011.

15 comments:

  1. hebat2!mesti sbb ko n firza daftar fitness first nie.tros fit!haha

    ReplyDelete
  2. Anony: errrr...rezeki

    Nita: siooottt ko..sejak bile kteorg daftar fitness first nih ??? tu scam je lebih ... kteorg semulajadi kot..xmen bnda2 tu...wahahahha

    ReplyDelete
  3. ko mmg off form.. tp still power bro. hahahah

    ReplyDelete
  4. mudong: kata rooney, men kelab power, msuk world cup sayur skit...tak pon cm amri yahyah..main selangor power, men national team sayur skit...hahahahaha

    ReplyDelete
  5. import la aku lenkali.lmbt lg aku nk msk pet..klu msk pun aku join team ppm.

    ReplyDelete
  6. babytiger: tadi team PPM kalah ng kteorg kot kat quarter...satu agi team die johan kot...klo btul la tu team PPM...tp, yg kalah ng kteorg kat quarter tu confirm PPM..hahahahah...usha FB mudong

    ReplyDelete
  7. la... apsal xbgtau.. leh import striker

    ReplyDelete
  8. deng: takleh import luar Pet...hehehehe

    ReplyDelete
  9. salam...

    lama x main futsal..

    **folo ur blog

    ReplyDelete
  10. byk nye gol korang skor

    ReplyDelete
  11. Anonymous: mane ade banyak nye...huhuh

    ReplyDelete
  12. azmil skor paling byk ke?

    ReplyDelete

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...