Sunday, February 6, 2011

Le Tour de Langkawi - Stage 10

Salam Satu Malaysia ...

Muzik latar: Manchester Orchestra - I Can Feel A Hot One

Mungkin entri ini sudah terlambat. Tapi, nak gak post sebab rasa ia sesuatu yang menarik. Tanggal 1 Februari merupakan Hari Wilayah yang disambut oleh Wilayah Persekutuan Putrajaya, Labuan & Kuala Lumpur. Dengan itu, hari tersebut diiktiraf sebagai hari cuti umum untuk wilayah-wilayah tersebut. Ironinya, pada tanggal 1 Februari juga merupakan hari terakhir perlumbaan Le Tour de Langkawi. Perlumbaan sebanyak 10 peringkat itu ditamatkan di Dataran Merdeka pada tanggal 1 Februari.

Aku tidak ketinggalan menyaksikan perlumbaan tersebut walaupun info yang diperoleh hanya tiba pada jam 1:30 petang. Dengan tidak melengahkan masa, jam 2:30 petang kami (Aku & GG) bergerak ke Dataran Merdeka dengan 2 tujuan. Pertama, untuk menyaksikan perlumbaan yang jarang-jarang dapat dilihat depan mata. Kedua, untuk belajar mengambil gambar. Alasan kedua itu mungkin lebih tepat. Perlumbaan sejauh 104.6 km yang bermula di UiTM Shah Alam dan diakhiri di Dataran Merdeka lebih menyemarakkan semangat kami untuk ke sana.

.... lagi gambar selepas ini

Secara peribadinya, aku tidak mengikuti pun perlumbaan ini. Aku tidak mengetahui pun siapa para pelumba handalan yang memenangi pertandingan ini. Aku tidak tahu apa-apa mengenai pelumba-pelumba basikal kerana berbasikal bukan merupakan sesuatu yang aku minati. Dengan itu juga, aku tidak ada idea untuk menulis lebih panjang lebar di sini. Hanya aku ingin paparkan beberapa keping gambar yang berjaya dirakamkan untuk para pembaca lihat.

Ok. Kami parking kereta di tempat yang jauh kerana mengetahui jalan raya pasti sesak teruk akibat penutupan jalan yang bukan-bukan. Tak tutup pun, selalu sesak. Yang menarik, ini pertama kali berjalan-jalan tepi jalan di jalan yang sesak dengan kenderaaan. Seperti kata GG,

"Next time, kita pakai short 3rd quarter, pakai kasut ngan socks, kita jalan sini. Baru cam tourist"

"Ha Ha Ha Ha", hanya gelak mampu aku balas.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...