Sunday, February 27, 2011

Murtabak Singapore

Salam Satu Malaysia ...

Disclaimer: Gambar sekadar hiasan. Tiada kena mengena mengenai Arak mahupun yang lelain.

Apa ke jadah wanita-wanita di Malaysia ini? Togak arak sana sini. Bukan beragama lain. Tapi agama Islam. Apa ke jadah sudah jadi pada Malaysia? Kata negara membangun. Akhlak? Moral? Ke mana semua ini pergi?

Ok. Itu bukan tajuk entri kali ini. Tajuk kali ini berkisar pasal Murtabak Singapore.


Actually, last week time tgk Jalan Jalan Cari Makan (JJCM), dorg ada mention pasal murtabak Singapore sedap nih. Nak tau sedap tak sedap, kena la try kan. Sebelum itu, kami berlima je yang pergi ke sana. Kami ialah Jamel, Faidzal, Nina, Ainna & Hawa. Aku ada ajak budak-budak futsal nih huh. Tapi sorang pon taknak ikot. Bajet nak rehat bagai semua. Tak reply pon ada gak. Tapi takpa, master planner always have his intervention plans.

Kedai ini terletak kat Bangi. Kalau korang nak gi sana, naik PLUS then exit kat Bangi. Drive terus sampai jumpa roundabout. Amik pukol 12. Drive terus lagi sampai jumpa satu lagi roundabout. Amik pukul 6. Dalam erti kata lain sila la U-Turn. Nanti nampak PETRONAS sebelah kiri. Masuk simpang tu. Pastu belok kanan. Kedai dia kat tepi lot. Kedai kecik tapi customer ramai.

Kteorg kat situ order Murtabak Singapore 2 Layer satu. Murtabak Singapore 3 Layer satu. Main dish ada yang amik Nasi Goreng Kampung, Nasi Goreng USA etc. Air plak kat sini, ada air botol ala-ala macam beer kononnya. Tapi tade alkohol pon. Sedap je, sebab bergas. Tapi, apa yg aku nak rasa ialah MURTABAK dia. Kalau kasi rating, aku boleh kasi 7 out of 10 la kot.

Murtabak dia ok je. Tak basah sangat. Macam guna daging serunding pon ade gak. Tapi, puas hati la kot kalau pekena 3 layer tu. Aku kena 2 layer tu pon dah takleh nak blah dah. Sebab dia kering sangat, aku kurang bernafsu lah. Tapi, bagi penggemar murtabak, anda boleh cuba disini. Harga dia pon tak mahal mana. Kalau 2 layer tu RM 8 sahaja. Air botol bergas dia RM 3 sahaja. So, korang boleh la try kat sana.

4 comments:

  1. wah...memang sedap makan kat sini... :)

    ReplyDelete
  2. princeduyong: mmg sedap..tp xsedap mana kot..hehehe

    ReplyDelete
  3. baik nye direction.. bgtau je laa kt seksyen 15 bandar baru bangi kan senang..

    ReplyDelete
  4. deng: aku xtau tu seksyen bape laa..hahaa

    ReplyDelete

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...