Monday, March 7, 2011

Aksi pre-Boling T.I.A

Salam Satu Malaysia ...

Nota: Bowling cara kita melunaskan stress di office.

Laporan Asal: Otroman Taro

Wangsa Maju, 3 mac - Pasukan boling SKG Management "Tolong Ingatkan Aku" atau lebih mesra dengan panggilan T.I.A (gambar kedua dibawah) telah mengadakan sesi latihan bersama-sama pemain baru. Sebelum ini, pasukan T.I.A telah pun menyertai pertandingan boling peringkat syarikat. Laporan asal pertandingan tersebut boleh didapati di blog Putih Violet.

Pungutan mata bersama pemain-pemain baru

Serentak itu, memandangkan pasukan T.I.A akan menyertai satu lagi pertandingan boling peringkat jabatan pada 15 Mac 2011, ketua pasukan T.I.A, Jamel telah mengadakan satu sesi latihan bersama pemain-pemain baru sambil dibantu oleh 3 pemain T.I.A iaitu Nina, Firza & Nita. Bertempat di Wangsa Bowl, Wangsa Walk di Wangsa Maju, sesi latihan sebanyak 2 permainan telah diadakan bagi bertujuan meningkatkan prestasi pemain sebelum menempuh aksi pertandingan yang dijadualkan pada minggu hadapan.

Pemain T.I.A dalam aksi peringkat syarikat

Dengan itu, pasukan T.I.A kini menjadi antara pasukan yang digeruni di kalangan jabatan. Bervisi dan berwawasan berkat daripada keinginan untuk menang, ramai berpendapat pasukan T.I.A akan mendominasi pertandingan akan datang. Untuk menyaksikan pertandingan ini secara langsung, anda boleh melanggan Astri Arene Wenger pada saluran 118.

Nota Kaki: Gambar kedua diambil dari Blog Putih Violet sebagai hiasan

4 comments:

  1. ni mesti lawan kanak² nih...

    ReplyDelete
  2. Anony: kanak2 la sangat kan ?? hahahaha...dah macam mak bapak budak pon ade kot..keh keh keh

    ReplyDelete
  3. xde macam pon aku tgk...
    pe pon kau memang otai...


    salute sekali.... toinggg!

    ReplyDelete
  4. arghhh...menganjing agi...perli kuat...deymmmm

    ReplyDelete

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...