Saturday, March 26, 2011

Battle: LA vs ... Dalam Botol

Salam Satu Malaysia ...

Disclaimer: Review ini hanya daripada pandangan -tentuluran-

Niat di hati tadi pergi ke MBO Cinema di Harbour Palace untuk menonton filem ... Dalam Botol. Serius, memang aku nak tengok filem nih. Itupun sebab semalam time balik dari KL ke Klang, dengar Suria FM, producer filem tu, Raja Azmi cakap itu berdasarkan kisar sebenar. Aku leh expect hasil die pasti lebih kurang seperti filem 2 Alam. Tapi, setibanya kiteorang (maknanya aku bukan pergi seorang), MBO tak tayangkan filem tu. Tak tau nape. Maybe baru release untuk TGV & GSC je kot. Ntah. Aku pon tak pasti.



Dengan itu, kami ternyata tidak hampa malah lebih gembira. Kenapa ??? Sebab takder lah bazirkan duit tiket untuk tengok cerita tu. So, kiteorang decide tengok cerita Battle Los Angeles. Dapat duduk dalam Main Hall (Hall 10). Dalam panggung tu cam biasa kurang dari 20 orang. So, satu row tu kiteorang yang punya. Rest arm die siap leh jatuh naik, memang terbaring lah dekat situ. Ambik 4 seat terus baring. So, review die amacam?

Filem ini diarahkan oleh Jonathan Liebesman manakala jalan cerita dia plak Chris Bertolini yang garapkan. Antara pelakon filem nih ialah Aaron Eckhart, Michelle Rodriguez, Ramon Rodriguez, Michael Pena, Bridget Moynahan & Ne-Yo. Ok. Aku tak kenal pon artis-artis Hollywood nih. Ini pon aku dapat dari source internet.

Filem nih kalau dari segi aksinya, aku leh rate as 5 stars la. Bila tengok cerita nih, rasa macam kita askar betul untuk bertempur di medan perang. Cara dia sampaikan cerita tunjukkan macam ada satu sifat 'brotherhood' dalam askar tu sendiri. Walaupun pada awalnya, semua cam bengang dengan Sarjan Nantz, tapi towards the end, Sarjan Nantz tu lah hero dorang. Ada lah kisah kenapa dorang bengang.

Lagi satu aspek ialah dengan siapa dorang berlawan. Kalau dari filem nih, aku rasa dorang cuba sampaikan makhluk asing telah menyerang bumi. Tujuan makhluk asing tu nak serang bumi adalah untuk menjajah bumi dan menghapuskan populasi asal bumi. Yang uniknya, dorang try nak jajah sebab kekayaan bumi. Bukan kaya emas ke ape ke. Tapi sebab air. Tapi, semua makhluk asing nih dikawal oleh satu sistem berpusat.

Bercakap pasal sistem berpusat nih. Inilah kunci kepada kejayaan Sarjan Nantz & gang. Dorang hanya perlu hapuskan sistem berpusat ini dan secara automatiknya makhluk asing nih akan dapat dikalahkan. Yang bestnya, dorang kene carik sendiri apa yang akan menyebabkan makhluk asing nih kalah. So, as penonton aku sendiri lambat tangkap macam mana nak kalahkan dorang.

Tapi, untuk aksi pertempuran di medan perang, aku memang salute la dengan cerita nih. Ini kira macam pre-Transformer lah nih. Kan tak lama lagi Transformer 3 nak keluar. Overall aku bagi 3 daripada 5 bintang. Oh ya. Lupa pulak, cam ner cerita ... Dalam Botol tadi ??? Aku tak tengok lagi. So, korang layan la trailer die dulu ok.



Nota Kaki: Lepas layan movie, malam kang jam 11 nak men futsal lak.

10 comments:

  1. haa..gigi baru tgk je smlm..memang best arh cita nih!! salute arh..!! winkwinkwink! :)

    ReplyDelete
  2. gigiAriEma: best kan aksi die.. heee :D

    ReplyDelete
  3. pergh.... poie x ajak...!

    ReplyDelete
  4. esok saya mau pi tgk wayang. tak sabar nk tgk battle of LA.. tgk triller cam best gila kot.

    ReplyDelete
  5. an.nabihan: sure..pergi la tengok..:D

    ReplyDelete
  6. saya belom tengok lagi......!!!

    ReplyDelete
  7. Erry: dh ko kenapa nak saya awak bagai kat sini..hahaha...sile gi tgk...

    ReplyDelete
  8. hahah.. tetiba rasa nk demam

    ReplyDelete
  9. deyh...itu pon leh jadi kah ??? tba2 lak rasa nak demam..kui kui kui

    ReplyDelete

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...