Wednesday, March 30, 2011

Budak Kelantan Gedebe ???

Salam Satu Malaysia ...

Disclaimer: Gambar Sekadar Hiasan

Kali ini aku nak cerita sikit pasal BUDAK KELANTAN. Aku tak tahu ini propaganda atau apa, tapi sejak pasukan bola sepak Kelantan mempamerkan aksi kebangkitan yang mendadak sehingga menjadi juara Piala Malaysia, gelagat penonton mereka sering menjadi tajuk utama akhbar. Keghairahan mereka dalam menyokong pasukan telah membuat banyak pihak tidak berpuas hati. Mereka juga sering digelar "gedebe".

Gedebe dalam maksud bahasa Kelantan secara kasarnya bermaksud samseng. Tapi, jika diurai satu persatu, ia boleh juga dibawa kepada maksud yang lebih positif. Gedebe juga boleh membawa maksud berani. Mungkinkah kita boleh memberi maksud Tok Janggut pahlawan Kelantan suatu masa dahulu sebagai Gedebe? Jadi, aku ingin mempositifkan keadaan dengan memaksudkan gedebe sebagai berani.

Memang tidak dinafikan dahulu, aku juga antara golongan yang anti kepada orang-orang Kelantan. Minda aku amat sempit dan terlalu stereotaip. Bila kita bercakap pasal budak Kelantan, sikap asabiyah merekalah yang kita nampak. Mungkin ada kebenaran. Tapi, jangan disangka jika tidak kita mengetuk pintunya, masakan bisa mereka membuka dan memberi peluang untuk kita mendalami sifat dan sikap orang Kelantan. Pergi balik pun, kita masih di bumi Malaysia.

Minda yang cetek dan terlalu sempit ini telah ditukar kepada pemikiran yang lebih dewasa. Aku mula mendalami dan mendekati budak-budak Kelantan semasa zaman universiti aku. Mereka secara peribadinya, tidaklah seperti tanggapan pertama aku. Memang benar, dalam setandan pisang tidak semuanya elok. Mungkin hanya segelintir sahaja daripada mereka yang mungkin aku agak sukar untuk dekati. Ini pon mungkin disebabkan masalah pertuturan. Tapi, lama kelamaan, ia sudah menjadi seperti biasa. Sama seperti negeri mana pun.

Kini, aku boleh berbangga kerana mempunyai ramai kawan dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Haizum, Faezah, Anur, Firza, Mudong, Jemey, Arul, Erry, Mesol, GG dan ramai lagi yang aku sendiri tak boleh nak senaraikan di sini. Secara peribadinya, mereka sama seperti orang negeri-negeri lain. Hanya mindaku yang sempit dan terlalu skeptikal membuat keadaan berasa pelik dan janggal. Sesungguhnya kita adalah satu bangsa satu negara. Sekarang, aku OK je kawan dengan sesiapa. Jangan diskriminasi. Aku juga sekarang boleh memahami bahasa kelantan dan bertutur secara tak rasmi (tak power).

Nota Kaki: Maksud Gedebe diperoleh daripada Arul & Erry

18 comments:

  1. weyh...

    aku pon budok klate gok... aku banggo jadi saim mu! ehehehhe

    ReplyDelete
  2. Paad: aku tak paham apa maksud ko tu ... :)

    Aiman: kita satu Malaysia boh...-:)

    ReplyDelete
  3. pza bdk klate gedebeMarch 30, 2011 at 1:56 PM

    mujur mu ada letok maksud lain gedebe..haha

    baguh2.bleh naik rating blog mu ni

    1 lagi mu tamboh.awek klate pun cun2 :)

    ReplyDelete
  4. Pza bdk klate gedebe: sumbak mu..

    ReplyDelete
  5. demo gdebe dop?? nk gocoh ko??!!!

    thanks ada gak nama aku.. hahah

    ReplyDelete
  6. Erry: gocoh kawe tak khatam agi..hahaha

    ReplyDelete
  7. hahah... gocoh sinonim la dgn gdebe tuh...

    ReplyDelete
  8. hohoho...mana ambo nak tahuuu...hehehe

    ReplyDelete
  9. namo kawe xdok pon.. demo nok keno gocoh??

    ReplyDelete
  10. kawe lupo deng...kawe lupo...seryes ambo lupe...

    ReplyDelete
  11. hahahahah..bgus2..mu open minded..pasni rmai r bloger ppuan dari klate visit blog mu...mudoh r nk cri calon bini..hahahah

    ReplyDelete
  12. Anony: cm ku kenal siapa gerangan nya ni... :) haiip haiip

    ReplyDelete
  13. Sy pn xsuka org kelantan first2.tp lama2 jdi suka bahasa kelantan menarik.

    ReplyDelete

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...