Sunday, March 20, 2011

Champion League Quarter Final

Salam Satu Malaysia ...

Background: Final Raja Lawak 5 Ulangan di Astro

Semua sedia maklum Jumaat lepas, proses pengundian untuk 8 pasukan terakhir dalam kejohanan bola sepak kelab eropah telah dilakukan. Ada yang mengejutkan, ada yang sudah meramalkan. Itulah hakikat bola sepak dunia. 8 kelab terbaik eropah yang dimaksudkan ialah Real Madrid, Tottenham, Inter Milan, Schalke 04, Chelsea, Manchester United, Barcelona & Shakhtar Donetsk.

Kalau tengok pada undian (seperti gambar di atas), pasti anda terkejut dengan pertemuan antara Chelsea & Manchester United. Kat sini, taknak cerita banyak tentang pasukan lain sebab pasukan kegemaran ialah Chelsea. Kalau di FB, memang ramai sangat fans Manchester United jika dibandingkan dengan Chelsea.

Kalau zaman universiti dulu, sanggup tengok kat mapley UTP. Pergi mapley tengok match dua team tu, memang terbaik. Tempo permainan yang tinggi dan menarik. Tapi, akhirnya Manchester United menang dengan sepakan penalti. Paling mengecewakan ialah kapten Chelsea, John Terry melepaskan peluang untuk menjadi hero pasukan apabila sepakan dia tersasar.

Pada tahun ini, kita tidak tahu pasukan mana yang bakal menang. Jika berdasarkan prestasi semasa, mungkin pasukan Manchester United di landasan terbaik untuk memenangi perlawanan. Mereka berada di prestasi terbaik mereka. Sungguhpun Chelsea membeli Fernando Torres, itu tidak bermakna akan membantu pasukan Chelsea untuk memenangi perlawanan tersebut.

Dengan itu, aku berharap sangat Chelsea dapat memenangi perlawanan tersebut yang dijadualkan pada bulan April nanti. Semoga pasukan terbaik memenangi perlawanan tersebut. Harap juga perlawanan tidak dicemari dengan kebodohan pengadil yang sering kali dijadikan isu ketika perlawanan besar. Good luck to both of the teams. Kepada fans Manchester United, jangan bakar yek. Kita kawan. Bola itu bulat.

2 comments:

  1. cam gampang je.. ape salah nya kalau chelsea lawan shaktar ke, schalke ke.... bukan takut.. tapi boring tgk lawan sesama epl... klu nk jmpa pon tggu la final.. hakhakhak.....:)

    ReplyDelete
  2. hahahaha..tenang sudah...xdahal..sure leh makan nye...kata ada abang Fernando...:)

    ReplyDelete

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...