Wednesday, March 23, 2011

... dalam Rumah !!!

Salam Satu Malaysia ...

Background: Dewa 19 - Roman Picisan

Kehidupan liku-liku Kuala Lumpur benar-benar membosankan aku sejak kebelakangan ini. Rutin harianku adalah bangun pagi. Siap pergi kerja (itu pun kadang-kadang lambat sampai office). 8 jam paling kurang di office. Balik kerja. Tidur kejap. Buka internet. Baca blog sambil buat entri baru (kalau rajin). Main FB. Tengok TV jap. Tidor balik. Sebabnya ?? Jammed !!! Buat aku malas betul nak keluar.

Sekarang pon kat rumah nih duduk sorang-sorang. Housemate aku semua tiada buat masa ini. Kami menyewa di Kampung Baru seramai 4 orang kesemuanya. Azizi, Najmie, Hanif & Aku. Ketika ini hanya aku sorang sahaja berada di rumah. Azizi sedang terlantar di Prince Court Medical Centre sebab baru operate lutut. Najmie kerap ulang-alik rumah dia di Subang. Hanif kini berada di tengah-tengah Laut China Selatan atas dasar kerja. Aku hanyalah di rumah kerana kerja aku banyak di office buat masa ini. Jadi, entri kali ini aku nak cerita mengenai housemate aku.

*Azizi a.k.a GG*

Pertama. Azizi. Orangnya berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Kuala Krai kampung halamannya. Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra. Menyambung pelajaran di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) dengan mengambil jurusan Kejuruteraan Kimia. Kini bertugas di KLCC, Menara 2. Dulu pernah satu team squash dengan dia & kami dapat tempat pertama kategori pasukan.

*Najmie a.k.a Mie*

Kedua. Najmie. Orangnya berasal dari Subang. Mendapat pendidikan di Kolej Tentera Diraja. Seperti Azizi, beliau juga mendapat pendidikan di UTP dengan jurusan Kejuruteraan Kimia. Kini bertugas di KLCC, Menara 1. Merupakan kipas susah mati Liverpool. Rakan futsal pada suatu ketika dahulu di UTP untuk aktiviti hujung minggu.

*Hanif a.k.a Anep*

Ketiga. Hanif. Orang utara. Negeri Kedah asalnya. Titi Haji Deris rumahnya. Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Sains Pokok Sena. Di UTP, beliau mengambil Kejuruteraan Elektrik & Elektronik. Bertugas dengan Kencana Petroleum. Dulu merupakan rakan serumah semasa di UTP. Kalau ikutkan, patutnya aku kenal awal die dlu sebab masa sekolah dulu, pernah ada forum untuk pengawas dan kami pernah berjumpa tapi tak kenal (bukti aku pengawas dlu).

*Azmil a.k.a Jamel*

Aku? Nak cerita gak ke? He he he. Orang berasal dari Selangor. Tinggal di daerah Klang. Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa. Sama seperti Hanif, di UTP mengambil Kejuruteraan Elektrik & Elektronik. Aktif bersukan kot. Kini bertugas di KLCC, Menara 1. Itu serba sedikit pasal aku la nak cerita. Yang lain, cm dah banyak terdedah je.

Kesimpulannya, antara persamaan kami ialah:
  1. Pendidikan di Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
  2. Universiti Teknologi PETRONAS.
  3. Siswazah kejuruteraan.
  4. Berkhidmat dengan syarikat oil & gas.
  5. Minat sukan.

5 comments:

  1. cait..mane ade fantastic 4...tu kan superhero...hahaha

    ReplyDelete
  2. haip2...mana ada...aku maintain...:)

    ReplyDelete
  3. xleh blah... ahahaha...
    nk gambo slim jeh...

    ReplyDelete

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...