Sunday, March 20, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Salam Satu Malaysia ...

"Jika pintu empangan sudah dibuka, mana bisa ku tahan airnya"

Itulah antara bait-bait dialog yang masi terngiang-ngiang di telinga walaupun sudah lebih 24 jam menyaksikan cerita lagenda melayu Hikayat Merong Mahawangsa. Secara ratingnya, aku beri cerita ini 4 daripada 5 bintang. Ini berdasarkan plot cerita dan grafik yang menarik selain kepelbagaian yang ditonjolkan hasil kerja tangan anak tempatan. Sebelum itu, mari kita imbas kembali informasi mengenai Hikayat Merong Mahawangsa (HMM).


INFORMASI


HMM atau Sejarah Kedah adalah hikayat yang menceritakan susur galur Merong Mahawangsa dan pengasas Kedah, sebuah negeri di Malaysia. Sungguhpun terdapat beberapa fakta sejarah, ia turut mengandungi dakwaan yang mengagumkan. Era yang dirangkumi oleh teks ini bermula dari pembukaan negeri Kedah oleh Merong Mahawangsa, yang didakwa sebagai keturunan Iskandar Agung dari Macedonia sehingga ketibaan Islam pada abad ke-2 Masihi. Merong Mahawangsa merupakan penganut Hindu dan terdapat sembilan pemerintah Hindu sebelum Phra Ong Mahawangsa memeluk Islam pada 1136 dan mengambil nama Sultan Mudzafar Shah. Hikayat ini turut mengambarkan serangan Chola ke atas Kedah (Original Source).

Harbour Place

Actually, kisahnya begini. Aku begitu teruja dan ingin sangat menyaksikan filem nih. Dengan itu, aku ajak lah rakan-rakan futsalku sekali. Sebab aku tau dorang pon memang nak tengok filem nih. So, kteorg decide nak pergi tengok kat MBO Cinema yang terletak di pusat membeli-belah Harbour Place. Tempat situ tak ramai orang sebab wayang situ baru bukak. Tiket pon murah (RM10 je).

MBO Cinema

Dalam wayang tu, boleh lah aku cakap kurang dari 20 orang tengok cerita tu. Aku expect cerita tu tak best sebab time tgk 2 Alam dlu, tak sampai 20 orang tengok cerita tu dalam panggung. Tapi, bila tengok sampai habis, aku tak expect cerita orang tempatan kita berada di kelas tersendiri.

Tiket RM 10 je

KENAPA PERLU TENGOK ???
  1. CGI effect dia mantap (utk kategori filem Malaysia).
  2. Ada Panglima Kamawas Geruda.
  3. Kalau malas baca buku sejarah, filem ini boleh bagi korang faham.
  4. Lakonan Ummi Nazeera (Embok) amat sempoi.
  5. Merong Mahawangsa (Stephen Rahman) berlakon ada kelakar & pandai cakap melayu.
  6. Acting ala-ala perang yang menarik (tambah plak ada Jehan Miskin yg kekadang tak paham kenapa die perlu ada).
  7. Bahasa kiasan dia yang memenatkan otak tapi best untuk didengar.
  8. Korang tengok & tambah sendiri.
So, ape lagi? Serious berbaloi la duit korang invest kat filem nih. Tapi, janganlah expect cam filem Prince of Persia ke ape ke. Overall, aku repeat, aku kasi 4 daripada 5 bintang. Tahniah !!!

8 comments:

  1. aku dah tgk. rasa nk tgk sekali lagi. haha

    ReplyDelete
  2. Hapiz Rahman: agak lah..rase cm tak puas..ho ho ho..

    ReplyDelete
  3. dude, jgn lupa tgk movie "anu dalam botol".5 bintang tu..

    ReplyDelete
  4. samah: tu kene ajak pizza .. keh keh keh

    ReplyDelete
  5. sampai masa, tibanya waktu... huhu

    ReplyDelete
  6. tak puas gak tgk.. tapi aku still tak paham kenapa perlu ada jehan miskin

    ReplyDelete
  7. mesol: dua jasad bersatu ... :P

    wadieq: tau takpe..kenape die perlu ade...hurmmm

    ReplyDelete
  8. Pewaris Mutlak Takhta Kerajaan Merong Mahawangsa Ada Disini..

    ReplyDelete

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...