Sunday, March 13, 2011

Musibah 19 Mac ??

Salam Satu Malaysia ...

Dunia akan dilanda musibah pada 19 Mac ???

Itulah persoalan yang sedang diajukan kepada pengamal astrologi dunia. Ini kerana pada 19 Mac, Bumi dikatakan akan berada pada kedudukan paling hampir dengan Bulan sejak tahun 1992. Dengan kedudukan ini, akan berlakulah fenomena yang dikenali sebagai "lunar perigee" ataupun "Supermoon".

*Gambar Sekadar Hiasan Ikhsan Google Image*
Bila fenomena Supermoon ini berlaku, huru-hara dunia akan berlaku seperti ribut taufan, gempa bumi, letusan gunung berapi dan pelbagai bencana alam yang lain. Mengikut pakar astronomi, mereka memberikan alasan "graviti" yang tercetus akibat kedudukan hampir antara Bulan dan Bumi pencetus kepada pelbagai masalah cuaca melampau (sebelum mahupun selepas tarikh 19 Mac).

*Gambar Sekadar Hiasan Ihsan Google Image*
Menurut pakar astrologi lagi, bencana-bencana alam tersebut boleh berlaku disebabkan kedudukan hampir Bulan dan Bumi yang menyebabkan lebih banyak graviti berlaku kepada Bumi. Pada ketika itu, jarak antara Bulan dan Bumi hanyalah lebih kurang 356, 577 kilometer sahaja. Ia merupakan jarak paling hampir sejak tahun 1992.

Jika berdasarkan sejarah peristiwa yang berkaitan dengan fenomena Supermoon, berikut merupakan antara bencana yang pernah terjadi natijah daripada fenomena Supermoon.
  1. Januari 2005 - Tsunami yang melanda Acheh (2 minggu sebelum fenomena Supermoon).
  2. December 1974 - Puting beliung Tracy melanda Darwin, Australia.
Sejauh manakah kebenaran Fenomena Supermoon akan melanda Bumi, tepuk dada tanya diri. Semudahnya, kita berharap yang terbaik untuk Bumi kita ini.

8 comments:

  1. Ape yg terjadi pon ada hikmah yg Allah SWT cuba sampaikan.. Allah menguji hamba2nye..

    ReplyDelete
  2. erry: pagi tadi buat research pas baca paper .. hohoho

    ReplyDelete
  3. insyaallah xde pape..
    mudah2an umat islam di dunia akan sedar..
    doakan kebangkitan islam di dunia dan
    keselamatan umat islam khususnye...
    stuju??

    ReplyDelete

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...