Saturday, March 12, 2011

Otroman Itu Wira Jika ...

Salam Satu Malaysia ...

Background: MSL Negeri Sembilan vs. Selangor

Apa yang dilihat diluar tidak seperti yang digambarkan di dalam. Itulah ungkapan sesuai di kala kita sedang enak memikirkan sesuatu secara bersendirian. Itulah lumrah kehidupan bagi seorang manusia yang ingin menjadi lebih baik daripada keadaan asalnya. Walaupun dicaci, dibenci, dikeji, dicuci, mana bisa ia tahan. Ia tidak ubah seperti perumpamaan "Jika Empangan Sudah Dibuka Mana Bisa Ku Menahannya". Terlalu sastera kah bahasaku kali ini?

*Gambar Sekadar Hiasan*
Pada 2 minggu lalu, aku dikejutkan dengan satu berita baik sebenarnya. Aku ditawarkan untuk berpindah ke Kerteh untuk meneruskan kerjaya aku di sana. Akan tetapi, keadaan seolah-olah tidak memihak kepadaku kerana aku belum bersedia untuk ke sana. Walaupun itu yang kuimpikan, bila difikirkan kembali, seolah-olah ada sesuatu yang menahan pemergian aku ke sana. Dengan itu, aku meminta untuk menangguh perpindahan tersebut dan kini ia sedang dalam peringkat perbincangan orang atasan pejabatku.

*Gambar Sekadar Hiasan*
Dengan keadaan tersebut juga, membuat aku terasa kucar-kacir seketika. Keserabutan itu tetap melanda kerana mengenangkan kerjayaku akan bersambung di mana. Memang kuimpikan untuk kembali ke pangkuan operasi di Kerteh. Tapi, mungkin belum tiba masanya lagi. Banyak kurahsiakan daripada pengetahuan orang yang jauh dariku. Kerana aku percaya kepada kata-kata "Singa Datang Seorang, Babi Datang Ramai-Ramai". Orang berani akan cuba melakukan seorang diri, hanya orang kurang keyakinan akan bergantung harap pada yang lain.

*Gambar Sekadar Hiasan*
Untuk melegakan keadaan yang dialami, malam-malamku dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang dirancang. Permainan seperti futsal, boling dan snuker menjadi peneman untuk aku melupakan segala dilema yang dihadapi. Ia juga sebagai tempat untuk aku memajukan diri dalam bidang tersebut. Seperti aku katakan tadi, walaupun luaran kita nampak ok, dalaman tiada siapa yang tahu. Ibarat, "Status Facebook Menarik, Tetapi Ia Hanyalah Maya". Kesimpulannya, Otroman Itu Wira Jika ... dia bijak membuat keputusan dengan tepat.

2 comments:

  1. halloooo!~~!!!
    chill...ada hikmah atas aper yang terjadi tuuu....

    ReplyDelete
  2. Anony: Cun..Betul sungguh!!!Agreed!!

    ReplyDelete

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...