Wednesday, March 16, 2011

Perpindahan Termurah JT[17]

Salam Satu Malaysia ...

Nota: Baca dalam nada sinis agar dapat masuk bakul angkat sendiri

Kuala Lumpur, Selasa - ST Team memecahkan rekod perpindahan dalam sejarah kelab futsal Gugusan Tanah Melayu apabila mengikat kontrak dengan Jamel Torres menerusi bayaran secara percuma dari kelab Cheeseburger F.C.

Penyerang SelangorNyol itu mengikat kontrak selama-lamanya bersama ST Team jika terdapat perlawanan yang memerlukan khidmat beliau. Perpindahan ke ST Team yang disifatkan sebagai rekod perpindahan terbersih tanpa menggunakan wang dan berkhidmat secara sambilan adalah yang pertama kali berlaku di Gugusan Tanah Melayu.

Perpindahan itu juga adalah salah satu perpindahan tanpa bayaran dalam sejarah futsal dunia dan masih belum lagi diatasi oleh mana-mana kelab futsal lain. Sebelum ini Cheeseburger F.C cuba mendapatkan khidmat Jamel Torres dari kelab Wajib Main F.C pada 2009 tetapi perpindahan tidak dapat dilakukan atas dasar polisi kontrak kedua-dua pasukan.

Menurut pegurus pasukan ST Team, Mr. Michael Colombay, Jamel Torres yang sebelum ini pernah berkhidmat bersama Wajib Main F.C sebelum berhijrah ke Cheeseburger F.C pada penghujung musim 2010 dijangka tidak dapat beraksi bagi tempoh yang agak lama gara-gara kecederaaan lututnya yang semakin meruncing. Namun, ST Team bakal menyediakan rangka program pemulihan khas untuk beliau.

4 comments:

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...