Sunday, March 6, 2011

ST Team Mengamuk

Salam Satu Malaysia ...

Nota: Sila baca dalam nada berita.

Laporan Asal: Otroman Taro

Subang, 5 Mac - Kejohanan Futsal Sokernet yang dilangsungkan di Sunway Extreme Park telah menarik sebanyak 16 pasukan terhandal dari seluruh Malaysia. Kejohanan yang menawarkan hadiah kebanyakannya hamper-hamper bernilai ratusan ringgit membuat pasukan Steady Troopers atau lebih dikenali ST Team cukup teruja.


ST Team dianggotai oleh 9 ahli pasukan (walaupun pendaftaran pemain terhad kepada 8 orang sahaja) rata-ratanya bekas pemain negeri telah berjaya memberi tentangan sengit sepanjang kejohanan. Menurut ketua pasukan ST Team, Mohd Asrul Radzi, ini merupakan antara kejohanan pemanas badan untuk ST Team sebelum menempuh liga futsal kebangsaan yang dijadualkan pada bulan Ogos 2011.

"Ingat! Kita main ini bukan untuk menang atau emosi. Kita main sebagai salah satu aktiviti sosial kita pada hari Sabtu dan Ahad." kata ketua pasukan ST Team dalam memberi kata semangat sebelum perlawanan pembukaan pasukan tersebut. Kata semangat yang diberi amat tegas tapi manja dan banyak memberi kesan kepada permainan pasukan ST Team.

Secara keseluruhannya, ST Team memungut 4 mata dari 3 perlawanan dan menduduki tangga ketiga untuk kumpulan A. Perlawanan pertama, ST Team tewas 2-1 kepada juara tahun lalu Meriam Buloh F.C. Pada perlawanan kedua, VIVA FC berjaya bangkit untuk mengikat ST Team 1-1. Manakala pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan, ST Team mudah menjinakkan pasukan pilihan Sokernet iaitu Sokernet Muda 2-1.

Dengan itu, ST Team tidak layak ke pusingan seterusnya lalu pulang untuk makan tengah hari di Murni Discover di USJ 10. Setibanya di Murni Discovery, post-mortem kecil-kecilan telah dilakukan tetapi hasilnya tetap sama iaitu lari topik. Wartawan yang bertugas pun sudah tiada idea lantas pulang ke rumah untuk tidur sebelum nyaris kemalangan kerana tertidur semasa pemanduan. Akhir kata, semoga berjaya pada ST Team untuk kejohanan liga futsal kebangsaan akan datang.

Nota Kaki: Gambar Asal oleh Erry editted by Otroman Taro

15 comments:

  1. pergh!...

    terbaek ar...!

    ReplyDelete
  2. heh he
    hehe
    heheheheheheehe
    waakakakakakakak....


    *cakap pakcik tuh yg salah kuar simpang.
    cakap,kerana tertidur semasa pemanduan.

    ReplyDelete
  3. Anonymous Satu: perghh!!perghh!! terbaik apa ?? ST mmg terbaik..

    Anonymous Dua: pakcik tu salah kuar simpang..klo tertidur skalipun, jln tu str8...klo die salah kuar simpang, kene langgar salah dia..yg tertidur, aku sorg je tau...keh keh keh

    ReplyDelete
  4. nih team mane nih.. ape kaitan ngn tentuluran?

    ReplyDelete
  5. Deng: susah cite sini deng..kalau nak tau detail, jom lepak minum kopi 18 gelas dlu ke..baru leh cite semua..xde kaitan ng tentuluran tp berkait dgn Otroman..

    ReplyDelete
  6. azi: dah kenape pulak ttbe halamak nih ??

    ReplyDelete
  7. hahaha...sumpah lawak

    ReplyDelete
  8. Anony: hang style x percaya team nih mampu masuk liga futsal kah ?? haodoiiyaiii..hehehehe

    ReplyDelete
  9. aku percaya....
    keh...keh...keh...

    ReplyDelete
  10. awan: hang percaya ?? santekkkkkk... mmg style Cech.. kih kih kih

    ReplyDelete
  11. dh la smart2 plak tuh smua.. hahahha

    ReplyDelete
  12. erry: nak gak tambah smart tu...hahahaha

    ReplyDelete

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...