Thursday, March 10, 2011

Tips Futsal

Salam Satu Malaysia ...

*Gambar Sekadar Hiasan*

Entri kali ini saja nak share mengenai permainan futsal dari sudut pandang yang berbeza. Permainan futsal memerlukan beberapa elemen penting dan apabila bergabung, ia akan menjadi satu permainan yang dasyat. Secara amnya, permainan futsal memerlukan KEPANTASAN, KEAJAIBAN, TAKTIKAL, FORMASI & PERTAHANAN. Berikut merupakan huraian ringkas bagi setiap elemen yang dinyatakan agar dapat dijadikan tunjuk ajar kita sedikit jika tidak banyak.

:: KEPANTASAN ::
Permainan futsal memerlukan kepantasan yang tinggi. Inilah rencah sebenar permainan futsal kerana ia menggunakan gelanggang yang kecil. Pemain tidak akan mempunyai cukup masa untuk berlengah semasa bermain. Secara keseluruhannya, semua pemain dalam pasukan perlu mempunyai kepantasan yang tinggi untuk mencari ruang dan memberi bola kepada rakan sepasukan. Ini kerana bola akan lebih banyak di sekitar gelanggang. Jika di Brazil, futsal banyak dimainkan oleh kanak-kanak sebelum mereka menceburi dan fokus di dalam bola sepak sebenar. Sebagai contoh, permainan yang ditunjukkan oleh Ronaldinho, ia lebih bertumpu kepada teknik kawalan untuk gelanggang yang kecil.

:: KEAJAIBAN ::
Kebiasaannya, gol-gol yang dijaringkan semasa pertandingan futsal adalah bercorak teknikal dan berseni. Kalau ikut tempo permainan, futsal memerlukan tempo permainan berkelajuan tinggi. Ini kerana, pintu gol futsal lebih kecil berbanding bola sepak sebenar. Dengan itu, ia akan memberi tempoh masa yang cukup untuk pertahanan lawan bertahan di hadapan pintu gol masing-masing. Akibat daripada cabaran ini, pemain-pemain futsal akan menggunakan teknik-teknik individu yang tinggi dalam menjaringkan gol sehingga pihak lawan akan menganggap itu adalah keajaiban. Ajaib untuk menjaringkan gol seperti itu.

:: TAKTIKAL ::
Oleh kerana tempo permainan yang tinggi, kebanyakkan jurulatih akan kerap melakukan pertukaran. Antara taktikal yang sering digunakan ialah, jurulatih akan mengeluarkan keempat-empat pemain (kecuali penjaga gol) dan diganti dengan barisan empat pemain baru. Ini bergantung dengan corak permainan pasukan. Terdapat pasukan yang sudah sedia ada bersedia empat terbaik untuk melancarkan serangan pantas. Ada juga empat terbaik hanya untuk melakukan pertahanan. Jika keadaan terdesak seperti pasukan ketinggalan, jurulatih mungkin akan mengeluarkan penjaga gol dan memasukkan kelima-lima pemain sebagai pemain.

:: FORMASI ::
Formasi pasukan futsal bergantung kepada percaturan jurulatih pasukan. Ada pasukan menggunakan formasi 4-0 seperti yang pernah digunakan oleh pasukan kebangsaan Sepanyol. Terdapat juga formasi 3-1 yang mana formasi ini bergantung kepada seorang pemain penyerang yang akan bertindak untuk memegang bola selepas bola dihantar oleh pertahanan. Formasi 2-2 pula sesuai jika pemain berada dekat antara satu sama lain. Bagi untuk menyerang secara terbuka, pasukan akan menggunakan formasi 1-2-1 kerana formasi ini menggunakan pemain sayap kiri dan kanan.

:: PERTAHANAN ::
Beberapa tahun sebelum ini, banyak pasukan mengamalkan corak pertahanan menggunakan sistem zon. Tetapi, dengan bola sepak moden yang memerlukan kepantasan, pasukan lebih gemar kepada pertahanan yang bercorak individu atau "man-to-man marking". Ini diakui oleh lembaga teknikal FIFA sebagai salah satu cara dinamik untuk bertahan.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...