Tuesday, March 22, 2011

Workaholic Syndrome

Salam Satu Malaysia ...

Background: Dewa - Separuh Nafas

Dalam keenakan & keasyikan merenung tepat ke arah laptop di office siang dek leka membuat kerja tiba-tiba "ting". Satu email telah menjengah ke dalam inbox outlook. Kerana sedar dek kekurangan diri hari ini kerana lambat masuk ke pejabat, email itu terus diabaikan buat sementara waktu kerana ia daripada orang yang tidak berkaitan dengan kerja aku.

Selang beberapa minit selepas itu, tergerak jari untuk klik apakah isi email tersebut. Ternyata ia bukan perihal kerja. Tetapi berupa nasihat agar kita tidak terlalu rajin dalam pekerjaan atau dalam bahasa glamor dia "workaholic". Menurut artikel tersebut, "Workaholism May Be Killing You". Lantas aku amati satu persatu kandungan artikel tersebut.

Namun, perasaan hati ini tidak pernah puas dengan apa yang ada. Aku buat extra research sikit dan jadikan ia dalam bentuk poster. Benda ini sekejap je kena buat. Cuma kena study skit informasi-informasi yang ingin digunakan. Ini kira kerja amal untuk memajukan diri sendiri lah agar tidak terperangkap dengan kesibukan kerja. Hasilnya ada lah seperti di bawah atas.

Secara ringkas, definisi "Workaholic" ialah orang yang ketagih dengan kerjanya (direct translation). Natijah daripada workaholic ini, ia akan membuat seorang itu lebih cenderung kepada anxiety (kegusaran), obesity (kegemukan), depression (kemurungan) dan heart disease (masalah jantung akibat stress). Ia mempunyai pelbagai kaedah untuk mengatasi "workaholic syndrome" nih. Sebelum itu, antara syndrome workaholic ini ialah:
  1. Mudah dihubungi oleh rakan sekerja lain (24 by 7) atas dasar urusan kerja.
  2. Pulang dari rumah lewat malam atas alasan sibuk menyiapkan tugasan.
  3. Sambung membuat kerja di rumah walaupun office hour hanya dari 8-5.
  4. Orang itu berfikiran dialah asset kepada syarikat dengan tidak mahu menyalurkan tugasan kepada orang lain.
  5. Bila lepak cakap kerja. Bila lunch cakap kerja. Senang cerita semua pasal kerja.
Jadi, macam mana untuk mengatasi masalah "workaholic syndrome"? Mudah dan sangat mudah. WLB jalan penyelesaianya. WORK LIFE BALANCE. Kita perlu mengamalkan "Work Life Balance" dalam persekitaran kita. Bagaimana untuk melakukannya? Cuba anda lihat poster di atas dan tengok betul-betul di bahagian "HOW?". Itulah jawapannya. Jadi, nasihat saya di sini, amalkan keseimbangan kerja & kehidupan agar kita lebih menghargai orang sekeliling dan dapat menjana kepada kehidupan yang cemerlang dan gemilang.

2 comments:

  1. oh,i workaholic...
    sampai skng xtido2.huhu...
    yeke nih..

    ReplyDelete
  2. syafiQakarim: hahaha...depends la...get ur life back ... get ur life back ... hahahaha

    ReplyDelete

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...