Tuesday, April 5, 2011

Jom Check Performance Blog Anda

Salam Satu Malaysia ...

Nota Tangan: Background Music: Tropika - Cinta Pantai Merdeka

Selalu aku update blog je. Tapi tak pernah pulak terfikir apekah performance blog aku. Tadi dalam bosan-bosan, aku pon korek-korek lah dashboard blogger nih. Tup tap, baru aku perasan, ada satu tab amat informative. Tab STAT (statistic). Secara amnya, kat sini kita boleh tahu performance blog kita. Berapa ramai pelawat, dari mana mereka datang, entri apa popular, dorang search blog kita dari mana dan macam-macam lagi.

Dashboard Blogger

Dengan itu aku godek-godek la menatang nih. Semangat punya pasal, terus aku message Erry (blogger sempoi..support die rakan blogger) kat FB, mane lah tau die boleh tulis sesuatu pasal benda nih. Lagipun penulisan dia agak kreatif. Aku suka baca blog dia. Alamak, cam lari topik la plak. Sorry Sorry Sorry. Jom lah kita beramai-ramai kembali kepada analysis http://tentuluran.blogspot.com dari May 2010 hingga April 2011.

First sekali kita tengok traffic overview kat sini. Basically blog aku nih takdelah famous mana pon compare blog-blog otai lain. Biasa-biasa je sebab blogging ni just hobby masa lapang. Tapi, syukur gak lah dalam tempoh dekat 12 bulan nih, adalah 13, 212 kali page aku orang tengok. Kagum gak lah dengan figure nih untuk blog sengal camnih.

Traffic Overview

Dari mana pulak datangnya pelawat-pelawat blog aku nih? Aku pun tertanya-tanya gak kekadang. Dari statistik Encik Blogger nih, majoriti pelawat aku dari Malaysia. Itu sudah pasti sebab aku rakyat Malaysia. Selain itu, ada gak pelawat aku dari negara luar seperti United States, Japan, Canada, Singapore dan lain-lain lagi. Ha ha ha. Lepas nih kena update dalam English la plak. Baru global kan? Kat sini jugak, korang boleh tengok kat belah kanan gambar bawah nih, browser mana orang salu guna untuk tengok blog korang dan OS ape dorang guna.

Blog Audience

Traffic dah sudah. Pelawat dah sudah. Kenapa pelawat nih datang blog aku secara tak langsung naikkan traffic aku? Aku rasa mesti ada entri best yang dorang carik untuk jadikan bahan bacaan. Terkejut gak aku ramai orang suka gosip. Letak tajuk "Gambar Mawi Tak Senonoh" terus ramai nak tengok page tu. Basically cerita sebenar Mawi nih nanti korang boleh baca sendiri. Tajuk aku rasa memainkan peranan untuk menarik minat pembaca. Tajuk gempak dan best, sure ramai singgah walau tak drop komen.

Popular Entry

Seterusnya, dari mana dorang boleh tahu blog aku? Of course medium promosi aku ialah Facebook. Memang sahih lagi nyata FB memainkan peranan penting untuk aku terus berblog. Kat statistik bawah nih, basically ada 3 traffic sources (i.e. Referring Sites, Referring URLs, Search Keywords). Macam aku cakap tadi, ramai refer blog aku dari FB. Kalau ikutkan URLs, google lah pemenangnya. Selain itu, blog Deng juga menjadi penyumbang dalam traffic sources untuk blog aku. Terima Kasih Deng.

Traffic Sources - Referring Sites

Traffic Sources - Referring URLs

Traffic Sources - Search Keywords

Mungkin lepas nih kita boleh buat monthly performance analysis la untuk memantapkan blog kita ye ke tidak. Secara tidak langsung, boleh jugak belajar macam mana nak promosi kan blog dan share kat orang lain. Kalau korang ada informasi lebih, mari-marilah kita kongsi. Ilmu dunia tak rugi kongsi ramai-ramai. He He he. Aku memang suka pon tengok benda-benda statiscal nih. Biasalah, background engineering nih memang suka tengok nombor.

Nota Kaki: Sumber tu semua dari STAT kat Dashboard. Kalau tipu, salah lah.

8 comments:

  1. have fun cik anis...check jgn x check...weeeee :D

    ReplyDelete
  2. yeah kte dah check..united states pembaca no 1 blog kita..org malaysia tak minat blog kite ke?kesian btul..sop sop..

    ReplyDelete
  3. awan: cait cait cait..ngade2 lak..jengggg

    ReplyDelete
  4. x selit2 gak blog aku ctu.. hahah

    ReplyDelete

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...