Monday, April 4, 2011

Pemergian Seorang Sahabat Yang Ku Sayangi

Salam Satu Malaysia ...

Pemergian Seorang Sahabat Yang Ku Sayangi

Saudara Amirul Hakimi Bin Abdul Alyem
25 April 1986 - 5 April 2006

Aku ingat lagi dulu-dulu.
Bila dia ada.
Dia tempat aku meminta apa-apa.
Dan dia tak pernah mengecewakan aku.

Waktu aku demam, selain mak dan ayah, dia yang paling ambil berat tentang aku.
Payah untuk aku lupa.
Dia suka sangat buat lawak.
Walaupun kadang-kadang lawak yang dia buat tu tak menjadi.
Dia suka hiburkan semua orang.walaupun dia sendiri sedang bersedih.

Wajah dia selalu sayu tiap kali tiba 1 syawal.
Kedua-dua orang tua nya pulang ke rahmatullah seawal usianya 3 tahun.
Dia tinggal dengan kakaknya.

Waktu di asrama dulu, bila semua orang tidur dia menangis seorang diri.
Dia menangis senyap-senyap di sebalik bantal.
Aku sedar sebab aku berpura-pura tidur.
Dia menangis dan menangis sampai betul-betul tertidur.
Aku tak tahu apa yang aku perlu buat ketika itu.
aku tahu,dia rindukan kedua-dua orang tua nya.

Tahun 2006 dia meninggal dunia.
Dia mengadu selalu sakit-sakit dada pada aku.
Doktor kata dia sakit barah paru-paru.
Dia kena tahan di wad.

Aku selalu jadi hiba bila datang melawat dia.
Hiba dengan keadaan dia.
Hiba dengan orang-orang di sekitar dia.
Dia yang setiap kali aku sekeluarga datang melawat ke hospital, tak ada pun orang-orang di samping dia.
Bukan macam pesakit di sebelah kanan dia yang selalu saja ada keluarga dan saudara-mara datang.
Bawa makanan, buah-buahan dan macam-macam.

Dia yang semalamnya nampak ceria, kuat, dan sihat hari itu jadi lemah.
Yang aku tau aku jadi sangat sebak bila tengok dia terlantar dikatil hospital.
Bercakap dalam nada paling rendah dan lemah pernah aku dengar.
Aku diam.
Sikit pun aku tak tanya dia sakit ke, nak makan atau apa.
Aku cuma diam.
Cuma itu yang mampu aku buat.

Lepas tu doktor benarkan dia balik.
Bukan sebab dia dah sembuh.
Aku tau.
Tapi sebab dah tak ada harapan.
Aku tau.
Walaupun tak ada sesiapa yang beritahu aku.

Dia balik.
Dengan keadaan lemah.
Berbeza sebelum kakak dia bawa dia ke hospital.
Dia cuma baring dan duduk-duduk di katil.

Aku tak tahu macam mana nak buat dia terhibur macam dulu-dulu.
Air mata aku selalu bergenang tapi aku tak mahu menangis depan semua orang.
Depan dia.

Bila dia tidur aku selalu pandang dia dari jauh.
Sayu.
Kadang-kadang aku pergi dekat katil dia.
Aku tak tahan tengok dia.
Hati aku jadi sangat-sangat hiba dan sebak.
Aku tak mahu menangis depan dia.

Awal-awal aku cuba bersiap menghadapi kemungkinan.
Aku cuba lupakan dia yang sakit dan hidup macam biasa.
Aku takut aku tak mampu nak lepaskan dia bila waktunya tiba, jadi aku bersiap awal-awal.
Tapi aku silap.
Aku telah merelakan dia pergi sebelum sampai masanya.
Sebab aku takut.
Takut kehilangan dia.

Suatu subuh,aku menerima SMS dari kakak dia.
"Dia dah takde,dik".
Aku terus ke rumah dia.
Dia terbaring kaku.
Tak ada beza pun dengan dia waktu tidur.
Wajah dia masih sama.
Aku tengok dada dia lama-lama.
Aku harap dada dia masih turun dan naik.
Tapi dia memang kaku tak bergerak.

Aku tak menangis pun.
Sejak kakak dia beritahu yang dia telah pergi sampai lah jenazah dia selamat dikebumikan.
Aku tak menangis.
Sampai beberapa hari selepas tu pun aku tak menangis.
Sebab aku dah relakan dia pergi.
Awal-awal lagi.

Lima tahun selepas dia pergi, dia datang kembali.
Dalam mimpi.
Wajah dia tetap macam dulu.
Tetap dia,sahabat yang aku sayang dan rindu.
Dia panggil aku.
Ajak aku tengok pemandangan awal pagi di kampung yang sangat-sangat cantik.
Syahdu dan segar.

Yang paling indah waktu tu bila cahaya matahari pagi yang bersinar lembut jatuh terbias atas embun-embun yang bergantungan di daun-daun pokok.
Berkilau-kilau.
Macam manik-manik kristal.
Bila aku pandang ke luar sekali lagi, embun-embun yang macam manik-manik kristal tu semua dah tak ada.
Dah kering.
Matahari dah naik semakin tinggi.
Pemandangan tu dah tak secantik tadi.
Dah tak ada apa yang istimewa.
Lesu.
Aku jadi terkilan.
Dan mimpi tu pun tamat macam tu saja.

Dah terlalu lama aku rindu dan nantikan dia.
Tapi sebelum-sebelum tu aku memang tak mahu dia datang dalam mimpi-mimpi aku.
Aku cuba nak lupakan dia dalam hidup aku.
Aku cuma tak mahu hilangkan dia dari hati aku.

Dia datang hari itu dengan pesan.
Hargai apa yang aku ada sebelum ianya hilang.
Memang aku selalu macam tu, niat nak buat macam-macam benda, tapi aku suka tunggu dulu.
Tunggu sampai sesuatu tu hilang baru aku tersedar aku dah tak ada peluang untuk buat semua yang aku niatkan.

Bila terjaga, aku rasa sebak.
Aku pejam mata.
Sambil baring.
Bayangkan wajah dia.
Sebenarnya aku tak ada pun gambar dengan dia.
Pertama kali selepas lebih 5 tahun.
Aku bertemu kembali dengan dia.
Walaupun didalam hanya mimpi.
Bahagia.
Hiba.
Aku rasa mata aku basah.

Tiba-tiba...

Pesanan Putera Katak:

"Hargailah apa yang ada disekeliling kita. Yang patah bisa tumbuh. Yang hilang bisa berganti. Tapi, adakah yang tumbuh dan berganti itu sama seperti yang patah dan hilang itu."

Nota Kaki:
Cerita adalah rekaan semata-mata.
Pengajaran yang ingin disampaikan.
Gambar juga sekadar hiasan.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...