Wednesday, April 27, 2011

Perasaan Jengkel di Office

Salam Satu Malaysia ...

Keadaan menjadi kelam-kabut. Semua serba tidak menjadi. Ini mungkin gara-gara prestasi semalam yang langsung tidak memihak kepada aku. Aku berasa sangat tidak puas hati. Sangat frustated melihatkan prestasi sebegitu. Oh yaaa. Untuk makluman pembaca, ini tiada kaitan dengan pasukan Selangor yang kecundang di tangan Kelantan semalam.

Prestasi aku bukan di tahap terbaik mahupun tahap average aku. Itu yang memusykilkan aku sehingga hari ini. Apa yang tidak kena? Kini, barulah aku faham perasaan seorang insan yang bernama Fernando Torres dengan ketiadaan gol dalam 14 penampilan. Tapi, aku bukan Torres. Aku hanyalah insan yang meminati sukan yang dimainkan oleh 5 orang pemain di dalam gelanggang getah. Natijah daripada itu, aku rasa amat bosan di pejabat.

Sempatlah aku siapkan kerja aku yang harus disegerakan. Semua masih lagi terkawal di pejabatku. Aku cepat melenting walaupun aku cuba mengawal. Ia berjaya aku kira. Sempat juga aku membuat kerja lain selain kerja rutin aku dengan mendaftarkan pasukan yang bakal aku bermain untuk kejohanan futsal 1 Malaysia anjuran Jabatan Penerangan Negeri Selangor. Tetapi, aku tetap mengenangkan prestasi aku semalam. Adakah ini menandakan zaman kejatuhan aku? Mungkinkah zaman aku sudah berakhir?

7 comments:

  1. yo..naper ni...relax lar...up kan balik sumer keja awk...biar ur bos open their eyes! do ur best!

    ReplyDelete
  2. salam

    asal ni bro?takkan dapat M3 kot? huhuhu..takpe2..rezeki ade mana2 dan kite tatau ape yang ditulias oleh-Nya..moga2 success slalu

    ReplyDelete
  3. aiman:

    just bosan duk office sbb malas buat keje ... xde kaitan dgn PPA ... hahaha ... outside matters blend into working environment, mmg tahik la jadinya ...

    ReplyDelete
  4. oooh...baguh la kalo camtu.. ingt kene bende2 tu.. orait2!

    ReplyDelete
  5. sekali down dh nak menyerah ker?? kamon beb... lawan lawan lawan.....!!!!

    ReplyDelete

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...