Sunday, April 10, 2011

Saya Risau Prestasi Saya !!!

Salam Satu Malaysia ...

Nota Tangan: Dengan rasa risau diri ini dalam menulis entri ini.

*Picisan FC*

Di universiti dulu, Picisan FC merupakan team pertama aku bernaung. Hasil titik peluh sendiri untuk menubuhkan pasukan, pasukan ini berjaya bermain 2 musim untuk Liga UTP. Kalau ikutkan, ini merupakan pasukan kedua di dalam Batch UTP Jan'04. Majoriti pemain adalah dari lembah klang, utara dan selatan semenanjung. Kini pasukan ini bolehlah dikatakan sudah berkubur. Hanya bermain bila masing-masing bercuti. Itupun main futsal. Tapi kini semuanya sudah berubah.

*Wajib Main FC*

Kemudian, aku selalu bermain futsal dengan Wajib Main FC. Dari zaman universiti, asal ada cuti je kiteorang akan main sekali. Sampai lah sekarang. Masing-masing dah tau gameplay masing-masing. Senang nak main bersama sebab masing-masing dah tau nak buat ape, camne nak main dan sebagainya. Lagipun kiteorang berkawan sejak dari sekolah rendah lagi. So, keakraban di dalam pasukan itu ada. Kini kiteorang masih bermain setiap hujung minggu. Lagipun aku suka bermain dengan dorang sebab aku dapat position favourite aku (left dan gameplay macam gambar).

*Cheese Burger*

Selepas aku bekerja, aku bermain pulak dengan Cheese Burger. Pasukan inilah yang mendedahkan aku kepada pasukan-pasukan lain. Di sini jugaklah aku mula menapak membuat contact untuk mencari pasukan-pasukan baru yang boleh kiteorang friendly. Cheese Burger memang pasukan yang tidaklah kuat mana tapi selama aku bermain dengan dorang, aku senang buat gameplay aku. Senang nak follow gameplay dorang. Senang berinteraksi juga. Kejayaan manis bersama pasukan ini ialah tempat-4 pertandingan futsal KSRP PETRONAS.

*ST Team*

Dari Cheese Burger, kini beralih kepada ST Team. Pasukan biru yang dulu nya boleh dikatakan pesaing hebat untuk Cheese Burger. Memang dari dulu Cheese Burger friendly dengan ST Team, aku akan bermain untuk Cheese Burger. Hinggalah aku diajak untuk join sekali ST Team. Dorang nih ok sebab banyak aktiviti sosial hujung minggu. Keakraban antara dorang bolehlah aku kategorikan seperti keakraban aku dengan Wajib Main FC.

Apa Yang Aku Cuak?

Ibarat perpindahan Fernando Torres dari Liverpool ke Chelsea. Sudah hampir 10 game dia bermain, tapi masih belum mendapat prestasi terbaik. Ibarat Amri Yahyah injured di pertengahan season lepas gara-gara menyelamatkan anaknya, sehingga sekarang masih belum berada di prestasi terbaik beliau. Itulah yang aku cuba sampaikan di sini. Ok. Aku bukanlah seperti Fernando Torres mahupun Amri Yahyah. Aku cuma nak sampaikan persamaan situasi sahaja.

*Amri Yahyah*

Kalau dulu, aku pernah cakap, blog ini lah rakan baik aku. Tempat terbaik untuk aku meluahkan segala apa yang terpendam. Kali ini, ia serius. Aku perlu dedahkan kesukaran yang aku alami sekarang. Memang prestasi aku turun naik turun naik. Kalau turun memang turun gile-gile. Kalau naik, memang peak. Aku secara jujurnya bolehlah dikatakan orang yang lambat panas dalam futsal. Selalu aku akan tengok game opponent dulu untuk disesuaikan dengan apa yang aku nak buat. Tapi, kadang-kadang terlalu lambat untuk panas menyukarkan aku dan pasukan.

*Fernando Torres*

Untuk pasukan terbaru, ST Team, aku baru bermain sekali dengan dorang. Secara jujurnya, itu bukan prestasi sebenar aku. Corak permainan dorang lain dari 2 pasukan yang aku pernah join sebelum ini (dalam kategori futsal). Aku tau dorang dah lama bermain sesama sendiri, sukar untuk aku catch-up gameplay dorang setakat ini. Jika diikutkan dengan minat aku, aku tak berapa suka sangat actually nak join team yang ramai star. Seriously. Macam Cheese Burger, team dorang bukannya semua star, tapi average dan boleh bermain. Cukuplah sekadar boleh bermain.

*Jamel*

Dengan lutut aku yang kerap sakit selepas bermain pon menjejaskan prestasi aku. Bila sudah berehat terlalu lama, dia kembali segar. Tapi, xkan aku nak berehat sepanjang masa? Sekarang, aku rasa takut & risau sedikit dengan permainan aku bersama ST Team. Ini secara jujurnya. Pertama sebab ia pasukan yang baru aku join. Kedua kecederaan aku yang kadang-kadang menghantui sedikit sebanyak prestasi aku. Keadaan aku seperti Fernando Torres & Amri Yahyah. Sehingga kini kedua-dua star itu masih belum di prestasi terbaik mereka. Risau Risau Risau. Mungkin aku perlu ke posisi kegemaran aku seperti bermain dengan Wajib Main FC & Cheese Burger.

Nota Kaki: Masih lagi risau. Dan terus risau.

7 comments:

  1. ala... nak cakap ST Team tu power je kan kan kan...?? kahkahkahkah......

    ReplyDelete
  2. moga kaki tu akan sembuh.tambal lah koyok ke apa ke tuk kaki tu..mana tau leh baik.

    ReplyDelete
  3. Lydia: hu hu hu..koyok ?? lame x gne koyok..thx..:)

    Erry: tacing tacing mende...atuyai...:|

    ReplyDelete
  4. kapan2 main ke indonesia, nemanin safee...

    ReplyDelete
  5. myone1way: nemain safee ?? xnak xnak xnak .. safeee power..ahakz..:D

    ReplyDelete

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...