Sunday, April 3, 2011

ST Bowl

Salam Satu Malaysia ...

Laporan Asal: Otroman Taro

Wangsa Maju, 3 April - Kejohanan Boling tertutup peringkat ST telah berjaya menarik seramai 7 peserta. Pertandingan yang dijadualkan pada 2 April jam 8 malam terpaksa ditunda kepada 3 April jam 12.30 pagi atas masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Menurut penganjur, pertandingan itu terpaksa ditunda gara-gara kemenangan Manchester United ke atas West Ham dan kekalahan Liverpool cap ayam kepada West Brom.

Peserta-peserta yang menyertai pertandingan ini adalah seperti ST [6], ST [19], ST [23], ST [7], ST [8], ST [4] dan ST [17]. Walaupun permainan kesemua peserta adalah hambar pada awal permainan berikutan masalah cuaca di tempat kejohanan, peserta masih mampu tersenyum girang gara-gara bola boling menjengah longkang. "Ini adalah permainan pertama saya dalam dunia bowling. Saya hebat tapi saya rilek", kata peserta yang berasal dari Sungai Petani iaitu ST [4].

Pelbagai aksi dapat ditonton tatkala peserta membolingkan diri masing-masing. Berikut antara rumusan aksi untuk peserta yang menyertai kejohanan tersebut.
  1. ST [6] - Aksi poyo dan selambe amat menarik minat gadis-gadis sekeliling.
  2. ST [19] - Cuba berlagak cool dengan balingan-balingan spin ala-ala spinning gasing.
  3. ST [23] - Gaya balingan seperti Peter Cech sambil tersenyum kambing.
  4. ST [7] - Aksi superhero ala-ala superman selepas membuat balingan.
  5. ST [8] - Mamat ni macho dengan gaya tersendiri.
  6. ST [4] - Balingan ke belakang tanpa disedari peserta lain.
  7. ST [17] - Aksi STAR (sambil tangan di dada & muka pandang ke atas & lidah terjelir keluar).
Keseluruhannya, pertandingan semalam didominasi oleh ST [17] dengan 173 mata dicucuk rapat ST [8] dengan 145 mata manakala ST [6] dengan 109 mata. Peserta lain mendapat markah kurang daripada 100. Tetapi, masih mampu tersenyum kambing kerana pertandingan seumpama ini mampu mengeratkan silaturahim antara ST ST sedia ada. [T][E][R][B][A][E][I][K].

11 comments:

  1. hahah.. nk cakap dia menang la tuh.. syabas ST yg gila smua...! via ST-19.

    ReplyDelete
  2. erry: ecehhcehhcehh..hang sep power smalam..xpa2..agipn, bkn nak habaq aku menang...nak habaq last point tu, "MENGERATKAN SILATURAHIM"

    ReplyDelete
  3. hahaha... aku just kontrol jgn masuk longkang je.. yg kena sipi pon xpe.. nak sep power ape.. kehkehkeh... yep! acara bulanan ST kot..

    ReplyDelete
  4. sempoi..acara bulanan...jgn berbual telo sudah..smlm nyaris xdpt main...nan paling semangat..klo xmain, xtau apa jadi..hahaha

    ReplyDelete
  5. semangat ke tekanan.. hahah

    ReplyDelete
  6. ahahaha....
    korang suma bernasib baek...

    seping aku suma x jadi...
    suma menuju ke longkang
    gara² tenaga yg di salurkan x mencukupi...
    kerna aku "sudey mengantok!"

    yg last tp mmg least
    yg menang aku ucapkan tahniah..!
    dan yg kalah tu...
    udah² le... anda mmg xtera!
    keh...keh...keh..!

    ReplyDelete
  7. perghhh...komen panjang dan alasan bernas dari Awan...perghhh

    ReplyDelete
  8. aku tertanya dimanakah ST12 berada.. ouh itu band ST12

    ReplyDelete
  9. hahaha..ape ko merapu nih..hahahah

    ReplyDelete
  10. ai salute ngan kata kata yu awan....

    ReplyDelete

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...