Monday, April 11, 2011

Trip to Seoul - Ep. 1

Salam Satu Malaysia ...

Nota Tangan: Aku sedih sebab tak dapat tengok Man. Utd vs. Chelsea 2nd Leg UCL.

Tepat jam 1345 waktu Malaysia (hari Isnin), kami berempat (Otroman Taro, Firza, Hanif & Ainna) akan berangkat ke Korea Selatan sebelum disusuli Faezah pada hari Rabu nanti. Kemudian, kumpulan kedua akan menyusul pada hari Isnin minggu depannya yang diketuai oleh Nina. Ini merupakan trip pengembaraan paling panjang aku rasa pernah aku buat. Dengan persiapan yang tak seberapa, kebanyakkannya last minute. Tapi info carik sana sini banyak membantu.



Pada awalnya, kumpulan pertama (kumpulan aku) terdiri daripada Aku, Firza, Ainna & Nur Amalia. Tetapi, di atas komitmen kerja, Nur Amalia tidak dapat mengikuti pengembaraan ini. Jadi, pada hari Khamis yang lalu, betul-betul selepas housemate aku (Hanif) baru pulang dari offshore, aku terus ajak join sekali. Alhamdullilah, respon yang diberi adalah positif. Hari Jumaat itu jugak baru beli tiket yakni 3 hari sebelum hari pelepasan.

Itinerary untuk tempoh 10 hari itu telah kusiapkan minggu lepas. Checklist barang telah juga kusiapkan minggu lepas. Barang-barang keperluan asas juga telah kusiapkan hari ini (Ahad). Tapi, kini aku rasa agak nervous skit kot. Maklumlah, ini pengembaraan pertama luar Malaysia. Kalaulah dulu aku accept offer belajar di University of Seoul, mesti aku tak jakun seperti ni. Itu semua cerita lama. So, kami akan pulang pada 20 April, Rabu malam (waktu Korea) dan terus masuk office sebab cuti tak approve lama-lama.

Jadi di kesempatan ini, aku tak tau nak describe macam mana. Jika dulu, pengembaraan kami yang sepatutnya ke Krabi, Thailand terpaksa dibatalkan gara-gara banjir yang melanda Hatyai. Kini, dengan gempa bumi dan kesan radioaktif di Jepun pula seolah-olah menjadi penghalang. Tapi, mengikut sumber yang diperoleh, keadaan di sana selamat dan kami tetap akan meneruskan pengembaraan ini. Semoga semuanya selamat hendaknya.

Nota Kaki: Apsal entri aku macam touching je bile baca balik. Atuyai.

4 comments:

  1. mood membaca sedang ada tapi otak tak selesa.. sama macam idea yg mencurah2 tetapi tak tahu mana nak mula.... rasa nak membebel pnjang2 tapi cukup la untuk aku letak kat komen nih... pernah tengok seorang kutu sedang jalan-jalan sambil buat-buat matang?? haaa... itu lah aku sekarang.... ha ha ha...

    ReplyDelete
  2. mesol: nnt lepak ambo gitau :p

    cheredz: gulp~!!

    erry: melankolik lenggang lenggok..terbaeik..

    ReplyDelete

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...