Saturday, April 23, 2011

Trip to Seoul - Ep. 3

Salam Satu Malaysia ...

Seperti janji aku sebelum ini untuk menceritakan pengalaman sepanjang 10 hari berada di Korea akan aku mulakan dengan cerita pada hari pertama. Pada hari pertama, perjalanan bermula dari rumah sewa aku di Kampung Baru. Aku & Hanif bergerak berjalan kaki menuju ke LRT memandangkan tempat perjumpaan dengan Ainna & Firza adalah di KL Sentral.

Di KL Sentral, kami memilih untuk menaiki bas ke LCCT. Perjalanan lebih kurang sejam diharungin dengan dengkuran tidur yang tak seberapa. Setiba di LCCT, perut berkeroncong tidak apa, asalkan berjaya check in dahulu. Selepas check in barulah operasi mengalas perut di Mc Donald berdekatan. Selepas itu, kami terus ke balai pelepasan.Penerbangan yang memakan masa selama 6 jam tu, berjaya diharungi dengan dengkuran-dengkuran kecil.

Setibanya di Incheon International Airport, serius kami tak tahu nak buat apa. Syiling dicarik untuk menelefon pemilik guest house yang kami dah plan nak duduk. Tapi, tak tahu nak guna telefon tu macam mana. Lastly, berjaya jugak. Kami dijemput oleh Eliz di airport dan dia terus membawa kami ke guest house miliknya yang diberi nama Lazy Bird Guest House. Orangnya fasih berbahasa Inggeris. Setibanya di guest house, masing-masing sudah keletihan, lantas terus melabuhkan punggung dan badan untuk membuaikan diri dengan mimpi-mimpi indah.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...