Sunday, April 24, 2011

Trip to Seoul - Ep. 4

Salam Satu Malaysia ...

Hari kedua di Korea memang banyak pengalaman berguna. Apa yang dirancang tidak semestinya akan disusuli dengan execution. Setelah berehat semalam selepas tiba dari airport, esok paginya kami bangun awal. Seawal jam 5 pagi malaysia kami dah bangun dan menghirup udara nyaman Incheon. Kawasan yang merupakan seolah-olah country side Korea ini memang segar rasanya. Juga amat sejuk sehingga tangan menggeletar untuk memegang kamera.


Kami bersarapan roti yang disediakan oleh tuan rumah tersebut dan milo packet yang dibawa dari Malaysia. Selepas berbincang untuk aktiviti hari tersebut, kami meminta pertolongan tuan rumah untuk memberi pendapat dengan jadual yang kami rancangkan. Eliz begitu berbesar hati dengan meminta suaminya Jackie untuk menghantar kami ke jeti agar kami dapat ke Sindho Island. Barang semua kami tinggalkan di rumah tersebut kerana selepas aktiviti kami nanti, Jackie akan membawa barang kami dan hantar kami ke stesen Subway berdekatan.

Kami ke Sindho Island dengan menaiki ferry. Sepatutnya kami perlu berhenti di perhentian pertama, tapi dek kerana leka dan tidak faham bahasa yang dituturkan, kami terlepas perhentian tersebut lalu perlu menunggu ferry tersebut untuk berpatah balik. Kami kerugian sejam di situ. Tapi, tidak mengapa kerana itu pengalaman berguna. Ia juga memberi kami peluang untuk melihat persekitaran pulau tersebut dari laut.

Setibanya di perhentian sepatutnya, kami terus berjalan untuk menyewa basikal agar dapat meneroka Sindho Island.Sindho Island bukanlah sebuah pulau yang begitu besar jika menaiki kereta. Tapi, jika berbasikal, agak besar jugak lah. Kami menghabiskan masa selama 3 jam untuk meneroka pulau tersebut. Untuk meneroka separuh pulau tersebut sebenarnya. Tempat yang kami teroka termasuklah Full House Drama Set & Sculpture Park yang terletak di hujung pulau.

Full House Drama Set merupakan set pengambaran drama popular Full House pada satu ketika dahulu. Kerana sekarang musim spring, keadaan tersebut tidaklah seindah yang digambarkan di dalam drama tersebut. Sculpture Park pula terletak di kawasan tepi pantai. Menarik juga sebenarynya. Memandangkan matahari memancarkan sinarnya, keadaan agak panas tapi kami tidaklah berpeluh dek kerana suhu masih lagi terkawal di situ. Kami pulang semula ke jetti untuk aktiviti kami seterusnya dan Jackie akan mengambil kami di situ.

Jackie menghantar kami ke airport kerana kami ingin memulakan aktiviti kami dari situ. Setelah membaca peta dan petunjuk, sepatutnya kami terus ke Gwanggido. Ia merupakan kawasan pinggiran di Seoul. Memandangkan mengikut nasihat Jackie, perjalanan itu mungkin memakan masa yang lama dan pada ketika itu jam sudah pun menunjukkan pukul 5 petang, kami batalkan hasrat untuk bermalam di sana. Kami terduduk di airport sambil memikirkan apakah yang harus kami lakukan.

Akhirnya kami bersetuju untuk menghala terus ke Seoul. Kami ke Seoul dengan menaiki train subway. Kami menaiki Airport Railway dari Incheon Airport hingga ke stesen Digital Media City. Dari situ kami tukar kepada Line 6 untuk menghala ke stesen Beotigogae. Sepatutnya kami check-in di Seoul pada hari keempat. Tapi, kami gamble jugak untuk ke Seoul dan terus telefon tuan rumah guest house di Seoul, Mr. Kang. Beliau memaklumkan ada bilik kosong memandangkan hari itu merupakan hari bekerja. Kami terus mengumpul peta laluan Subway untuk ke Seoul. Akhirnya kami tiba di Seoul pada jam 9 malam dan dijemput oleh Mr. Kang.

Setelah berbincang dan membuat bayaran selain menerima taklimat ringkas dari Mr. Kang, Ainna terus berehat manakala Hanif, Firza dan Aku keluar untuk mencari makanan di kedai berdekatan. Tiada makanan yang boleh dibeli kerana diragui kehalalannya. Kami hanya membeli nasi instant yang boleh dimasak di dalam microwave. Selepas itu, kami terus melabuhkan mata untuk dibuai mimpi-mimpi indah selama berada di Korea.

3 comments:

  1. best-best.. teringat zaman dulu2 masa pg korea.

    ReplyDelete
  2. mamahani: heee :D

    Janggel: jangan nak ingat sangat zaman dulu2..hahahaha

    ReplyDelete

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...