Tuesday, April 26, 2011

Trip to Seoul - Ep. 5

Salam Satu Malaysia ...

Hari ketiga di Korea atau lebih tepat di Seoul, kami telah memulakan pengembaraan yang lebih mencabar. Kami bangun awal pagi untuk bersarapan kerana aktiviti pada hari itu telah kami tetapkan kerana ia pasti akan berpanjangan sehingga ke malam hari. Aktiviti kami pada hari ini ialah ke Namsan Tower, Myendong Fashion Street & Nandaemun Market selain mencari makanan halal di Itaewoon.

Kami menaiki subway yang disediakan sehingga ke stesen yang aku sendiri dah lupa. Dari situ kami berjalan kaki menaiki kawasan berbukit sedikit sehingga ke Namsan Park. Untuk ke Namsan Tower, sebenarnya kami boleh memilih untuk menaiki kabel car yang disediakan. Akan tetapi, kami lebih gemar untuk mendaki bukit tersebut semata-mata untuk menghayati keindahan alam yang tercipta.

Sepanjang perjalanan ke puncak iaitu sehingga ke Namsan Tower, kami bertemu dengan pelbagai ragam manusia. Ada yang sedang berjogging, melepak dan sebagainya. Pendakian yang agak memenatkan itu diikuti rapat dengan rehat yang diselang-selikan dengan sesi mengambil gambar. Setibanya di puncak, kami dipersembahkan dengan satu kebudayaan Korea iaitu demo untuk memberitahu rakyat jelata jika negara ingin diserang musuh. Ia begitu klassik sekali.

Seterusnya, kami pergi ke tempat yang banyak-banyak kunci seperti dalam drama Awan Dania. Memang pelbagai mesej boleh didapati di sini. Kami terpegun seketika kerana terdapat banyak sangat path lock dengan mesej-mesej cinta yang menusuk kalbu. Rasa kaget dan kagum pon ada. Memang terasa seperti Benjy cuba melamar Dania di sana.

Perjalanan pulang kami, kami memilih untuk menaiki kabel car. Setibanya di kaki bukit, kami bercadang untuk ke Nandaemun Market & Myendong Fashion Street memandangkan kedua-dua tempat tersebut tidak jauh antara satu sama lain. Di Nandaemun, kami berjaya membeli souvenir sehingga bergaduh dengan makcik yang menjual kerana masalah komunikasi.

Selepas itu, kami ke Myendong. Amat kami kesali kerana di Myendong, souvenir yang kami beli tadi bernilai lebih murah. Memang operasi tawar menawar menjadi kebiasaan kami. Orang cakap, sebelum membeli elok kita tawar kerana harga yang ditawarkan pada awalnya mungkin berlipat kali ganda. Di Myendong, memang kawasan yang agak urban dengan fashion terkini jika dibandingkan dengan kawasan lain yang telah kami lawati.

Selepas penat berjalan seharian, kami bercadang untuk pulang sebentar. Kami singgah di kedai untuk membeli nasik instant memandangkan bekalan serunding dan sambal ikan bilis masih lagi banyak di rumah. Selepas membeli nasi instant, kami berubah fikiran untuk makan sahaja di Itaewoon. Jadi, mala tersebut kami bercadang untuk ke Itaewoon.

Di Itaewoon, kami tidak biasa dengan tempat tersebut. Tapi, setelah kami explore barulah kami menjumpai beberapa kedai halal di situ. Bukan sahaja kedai makan, bahkan kedai menjual benda-benda instant seperti roti canai, kari dan sebagainya. Kami membeli sedikit untuk bekalan.

Seterusnya kami ke Restoran Usmania untuk makan nasi. Inilah kali pertama dan terakhir kami makan secara berat di luar. Selepas makan, kami pulang. Oh ya. Dalam perjalanan pulang, kami terserempak dengan seorang lagi ahli kumpulan kami, Faezah kerana dia baru tiba dari Kuala Lumpur.

Nota Kaki: Mungkin ejaan aku banyak salah sebab aku pun tak sure apa ejaan sebenar.

7 comments:

  1. best nyaaaa pergi korea! teringin sangat nak pergi ke korea.

    ReplyDelete
  2. best kot,da ka ole-ole utk rakan blogger ni..hahaha

    ReplyDelete
  3. koreaaa...hmmm...bole jadi masuk list ni....seems nice jugak...=)

    ReplyDelete
  4. waniesya: yeah yeah yeah...masuk dalam list and pergi sekali..:)

    ReplyDelete
  5. terbaik lar!!!pics pn nice!

    ReplyDelete

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...