Tuesday, May 3, 2011

Fast & Furious 5

Salam Satu Malaysia ...

Fast & Furious 5 atau lebih senang orang panggil Fast 5. Ok. Konklusi dari aku tengok cerita ini aku bagi dia 7 daripada 10 bintang. Cerita ini agak terbaeik compare Fast & Furious sebelum-sebelum ini. Walaupun aku bukan penggemar Fast & Furious tapi aku layan gak lah cerita Fast & Furious sebelum nih.



Nak dijadikan cerita, Sabtu lepas (Ahad mungkin sebab tgk mid-night). Aku & rakan-rakan futsal Klang aku boleh lah tgh-tgh lepak minum petang, bukak handphone tengok Fast 5 dah keluar. Terus pergi TGV Jusco Bukit Tinggi, angkat tiket terus layan mid-night kat situ. Citer start pukol 12:30 pagi (Ahad). Ingat mengantuk, tapi, cerita dia amat best. Kenapa?

Firstly sebab aku suka tengok aksi-aksi cerita dia. Barisan pelakon tu takyah ceritalah sebab kali ini nak komen based on die punya jalan cerita, aksi & aspek perfileman lain (cehhwaahh). Aksi citer nih memang terbaeik. Standard cerita aksi Hollywood lain lah. Tapi dengan sound system mantap tambah aksi best, memang masyuk lah tengok cerita nih.

Jalan cerita dia kadang-kadang boleh agak apa dia. Tapi, kadang-kadang ada gak yang surprise. Yang kadang-kadang aku sendiri tak duga. So, aku kategorikan sebagai best sebab aku tak leh nak jangka. Aku bajet jalan cerita lain, sekali lain kesudahannya. So, bagi aku memang terbaeik lah sebab boleh kalahkan minda pemikiran aku nih.

Paling aku suka cerita nih ialah plan-plan dorang nak rompak si penjahat tu. Plan dorang dah ala-ala Italian Job. Cuma, dorang ada unsur keganasan je. So, tgk detail plan dorang best. Bila initial plan gagal, mitigation plan die pon masyuk gak. End up, aku fikir citer nih terbaeik bagi aku sebab gabungan Fast & Furious dengan Italian Job.

So, kat sini macam aku cakap tadi, aku bagi 7 daripada 10 bintang untuk cerita ini. Tak rugi lah tiket wayang RM 12 (harga dah turun balik) untuk tengok cerita macam nih daripada habiskan dengan beli rokok. Apetah lagi kalau habis dengan main futsal tapi opponent tah ape-ape. Ok. Aku dah merepek. Buhbyes.

1 comment:

  1. mmg sumer citer fast & furious terbaik! x penah miss tgk!huhuhu..

    ReplyDelete

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...