Thursday, May 19, 2011

ST BBQ di Chamang

Salam Satu Malaysia ...

Bulan lepas, di kala Aku, Arol & Finan baru balik dari The Mall singgah di Tasik Titiwangsa utk pekena cendol, tercetus lah satu idea revolusi yang dipanggil Air Terjun Chamang. Kemudian, terus saja isu itu diutarakan di laman sosial FB di bawah kelolaan Group Secret ST Buddies. Namun, ianya tidak dapat sambutan dek kerana cerita Erry yang menyatakan tempat tersebut pernah terjadi satu peristiwa benar yang agak berpuaka. Maka, isu itu terhenti di situ begitu sahaja.

Beberapa minggu kemudian, isu itu kembali dibentangkan di e-
mail yang mana aku menggunakan proposal lama event yang aku nak buat dulu. Kali ini, ia mendapat sambutan dan tanggal 17 Mei 2011 ia mencatat satu lembaran sejarah apabila aktiviti BBQ di Air Terjun Chamang, Bentong berjaya dilaksanakan. Peserta yang mengikuti aktiviti tersebut ialah Sham, Pian, Pi Nan, Pi Dot, Achap, Erry, Awan, Arol & Aku.

Kami bertolak dari Kuala Lumpur pada jam lebih kurang 9:30 pagi. Pada malam sebelum itu, persiapan rapi telah dilakukan termasuk persiapan BBQ dan sebagainya. Kami tidak terus ke Bentong kerana kami ingin singgah sebentar di stesen minyak Petronas, Bentong. Kenapa kena singgah sini? Saja nak "check-in" bagai. Itu amat poyo ok. Lebih kurang jam 11:00 pagi kami tiba di Air Terjun Chamang.

Mencari port sesuai untuk berBBQ, kami lepak di kawasan x landai sangat di bawah air terjun yang deras dan keruh airnya kerana semalam hujan lebat melanda. Ayam dipunggah, air dibancuh, arang dibakar, api dinyalakan. Lantas bermulalah satu ekspedisi yang dipanggil ST BBQ di Chamang. Permulaan yang agak menarik aku rasa tapi, dek kerana matahari sudah pun terpacak di atas kepala ia agak panas dan begitu sesuai untuk melelapkan mata.

Aku dan Sham terus mendaki air terjun (tempat kering) untuk mencari port. Sham untuk mencari port ambil gambar. Aku amik port nak test camera sambil carik port kalau boleh tidur. Candid, try camera 18 das, kami turun semula untuk mengenyangkan perut yang sudah kelaparan. Terima kasih kepada Arol, Pi Nan, Pian yang aku kira banyak bertungkus-lumus dalam menyiapkan hidangan kami.

Selepas mengtekedarah, kami terus ke kawasan berair untuk menikmati kesejukan sungai yang tidak pernah tercapai di Kuala Lumpur. Airnya sejuk tapi agak keruh dek kerana hujan sebelum itu. Aku yang sememangnya tidak pandai berenang dengan secara tidak sengaja telah menenggelamkan diri sendiri ke dalam air. Kusangkakan airnya cetek, namun ianya amat dalam sehingga menenggelamkan diri aku ini yang boleh tahan tinggi jugak. Ku jerit meminta pertolongan namun tidak disapa. Sehinggalah Sham datang dari belakang menolak aku ke kawasan cetek. Itu pengalaman ngeri aku kira yang tidak boleh dibeli dengan wang kertas RM50.

Aku agak terkejut seketika terus ke kawasan kering untuk menenangkan fikiran yang kusut. Mereka semua pada mulanya ingatkan aku bergurau senda ala-ala Otroman Toretto dalam Fast 5. Mereka silap! Namun, mood kami kembali ke asal kerana masing-masing gembira pulak bila masuk air. Tak pernah kan masuk air sebelum nih mungkin. Aku gembira melihat kawan-kawan aku gembira bermain air walaupun aku hanya mampu duduk di batu mengambil gambar.

Bermacam gaya yang diperagakan. Ada seperti model. Ada seperti haiwan yang comel. Ada bermacam-macam ragam dipamerkan. Itulah keunikan mereka aku rasa. Setelah puas berendam, aku kembali semula ke atas kawasan air terjun (kawasan kering). Port yang aku carik tadi berguna rupanya. Tempat itu sesuai untuk melepak dan tidur di kala angin dan bayu air terjun menerjah muka.

Selepas berehat sebentar, kami pon bersiap untuk kembali ke kota kesesakan. Kali ini kami memilih jalan yang lebih mencabar. Kami melalui jalan lama yang agak mengular menguji cara pemanduan dan kawalan stering. Secara keseluruhannya, Air Terjun Chamang sesuai lah untuk berkelah dan menenangkan fikiran yang semakin hari semakin merosot prestasinya.

19 comments:

  1. mendaki lar bukit broga plak...mesti lagi mencabar dan menarik!

    ReplyDelete
  2. awan: tengs..

    anony: buat la proposal ... wekkkkk~

    ReplyDelete
  3. ni nak tanya. air terjun chamang tu dekat mana??

    ReplyDelete
  4. Anony: www.google.com...soalan xleh blah...

    ReplyDelete
  5. buat proposal??hahahaha...kn ada energy yg sgt kuat!

    ReplyDelete
  6. kasih: kertas kerja dalam erti lain..

    ReplyDelete
  7. kertas kerja cng jerk..=) nk daki bukit broga kn g pg2...nk smpai ke puncak tu...tp pic kat sn mesti cantek...ramai kwn dh g sn...tmpt tu amt menarik! broga hill!

    ReplyDelete
  8. Anony: cbe perkenalkan diri..kan senang nak berinteraksi..hahahaha

    ReplyDelete
  9. hahaha..awk knl saper sy...

    ReplyDelete
  10. Anony: i'm not talking to strangers..bye..

    ReplyDelete
  11. Abseiling dkt Gombak!Dkt air terjun....

    ReplyDelete
  12. broga hill macam okeh je,
    bila engkau nk pergi sana??

    ReplyDelete
  13. strangers nih macam bisa aku kenal...ermmmmm

    ReplyDelete
  14. aku cam xde je... chit... btw. nice chamang

    ReplyDelete
  15. uihs..ade la..gambar first..heeeee

    ReplyDelete
  16. siyot.. mai try tengok aku... hahah...

    ReplyDelete
  17. tu diaaaa...stail bahasa Kedah..tu diaaaaa

    ReplyDelete

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...